Pages

Subscribe:

Thursday, June 28, 2007

ALLAH knows

ALLAH Knows - Zain Bhikha

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)

BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

bingkai kehidupan

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harakah

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghayatuna
Ar Rasulu qudwatuna
Al Qur'anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasululullah teladan kami
AlQur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

kelas baru, hafazan dan ...

Hampir seminggu masuk kelas baru. Perasaan biasa je. Duduk kelas yang berpenghawa dingin tahap petala kelapan, tahap ekstrem, amat menyeksakan. Hari-hari terpaksa menahan kesakitan. Kaki dah separa cramp. Haduh...

Lagi satu, perkara yang teramatlah tidak disukai duduk sebaris dengan budak-budak form 5 ni, mereka teramatlah suka untuk melepak di koridor. Menyusahkan kami para banat untuk lalu. Malah, siap berkaraoke. Macam-macam.

Hafazan? Alamak... Ujian syafawi berapa entah Raden cakap hari tu. Tahriri tak ambil. Dalam menghafaz ni, yang paling susah adalah untuk mengulang hafalan. Kalau suruh menghafal, laju je. Average, 1 jam 1 muka. Tapi bila sampai bab mengulang, aduh... Malas benar nak mengulang. Kenapa macam ni? Makin lama makin malas. Sampai ada hafalan yang terlupa. Bila nak ingat balik, alangkah susahnya. Kadang-kadang entah melalut ke mana. Kesian sungguh pada diri ini. Sepatutnya, 3 juz dah ada dalam tangan. Huh... apa nak jadi Ainnur?!

Wednesday, June 27, 2007

hate

Benci. Hate. Menyampah. Meluat.

Perkataan yang menggambarkan perasaan setiap kali kaki menapak ke dalam 3 Intisor. Bukan pada kelasnya, tetapi pada warganya. Bukan semua, hanya segelintir. Setiap kali menatap wajah-wajah mereka yang berkenaan, rasa membara di dada.

Seringkali di khabarkan pada hati, jangan turutkan perasaan. Nanti binasa jadinya. Tapi adakalanya tersasar juga. Wahai hati, tabahlah dikau. Tak lama, tinggal 2-3 bulan sahaja lagi. Sabar...

Kenapa membenci mereka? Kerana diri mereka sendiri. Kerana sikap mereka yang selfish. Yang bertalam dua muka. Yang mengkhianati. Yang tak tahu nak hormat orang lain.

Mungkin pada orang, benda kecil je ni. Takkan sampai benci. Tapi pada saya, 3 tahun bersama mereka, saya banyak makan hati. Setiap hari, berbuku rasa di dada. Makin hari, makin memuncak perasaan.

I HATE YOU GUYS! But not all of you eh. Just a few person yang mentang-mentang dah berjawatan, semua ikut suka diorang je. Grr...

Monday, June 25, 2007

kelas baru

Hari ni masuk kelas baru. Orang lain masuk Sabtu lepas, kita masuk baru hari ni. Sabtu lepas balik kampung. Kenduri durian. Baru gugur dari kebun. Yang dekat Pekan Nanas gugur, belakang rumah pun gugur. Apalagi... pesta durian la seisi keluarga.

Hari ni, pagi-pagi lagi mood dah dirosakkan. Huh... sakit hati yang teramat sangat. Entah berapa guni 'kata-kata pujian' yang dilemparkan pada yang berkenaan tak tahulah.

Duduk kelas baru (barula untuk kami) yang berpenghawa dingin, bestlah jugak. Tapi yang tak bestnya, SEJUK! Dahlah saya tak boleh nak duduk dalam bilik sejuk macam tu lama-lama. Nanti startlah kaki dengan tangan cramp. Sakit yang teramat. Balik sekolah tadi, terus baring. Kaki sakit. Tangan pun sakit. Bergabung dengan sakit di hati, makin sakit jadinya.

Harap-harp dapatlah bertahan dengan kesejukan yang ekstrem di kelas baru kami tu. Adios.

Sunday, June 24, 2007

macam-macam kerenah

Farhanah: ainnur
BUZZ!!!
Farhanah: tau x bile nt x dtg hari sabtu 2...byk sgt drama berlaku...hehehe..
ain aliya: saya...
ain aliya: drama apa? mind to share?
Farhanah: yup...nk share lah nie
Farhanah: ana geram sgt2
Farhanah: jap
Farhanah: sblum tuh kene psg doodle
Farhanah: biar lg terang
ain aliya: apa2 je lah nt ni
Farhanah: cam nie
Farhanah: kiterang
Farhanah: nk ubh tmpt ddk...arrangements meja sume
Farhanah: ana yg bg idea, di support oleh piyah maz and sofea
Farhanah: cam nie
Farhanah: purple 2 white board
ain aliya: ok
ain aliya: menghadap tingkap ke dinding?
ain aliya: oh... mcm ni...
Farhanah: menghadap tngkap
ain aliya: ok
Farhanah: bnt merah...biru banin
ain aliya: ok...
Farhanah: sblm pape....
Farhanah: nt stju x kalau kedudukan mcm nie
Farhanah: ?
Farhanah: ana stuju
Farhanah: ?
ain aliya: ana ok je... ramai x setuju ke?
Farhanah: jap ana cite dulu
Farhanah: 1st mintak pndpt ustzh
Farhanah: ustzh terima
Farhanah: pas2 mintak pndpt bnt
Farhanah: terima
Farhanah: tp wak2 2 ade sorang bnt x de
ain aliya: siapa?
Farhanah: nad
ain aliya: then?
Farhanah: pas2 buatla mesyuarat kelas lgpun x de pape wak2 2
Farhanah: n banin pun nk tau
Farhanah: lg satu...
Farhanah: org yg bertande kuning tuh
Farhanah: akn menghadap bnt dhdpn mrk
ain aliya: ok... then?
Farhanah: pas2...x kesah la...banin ade yg tolak...tp alasan x munasabah
Farhanah: kate iman trn naikla
Farhanah: pape jela derang tuh
ain aliya: haha... mmg x munasabah
Farhanah: pas2 tgk2
Farhanah: bnt yg 1st sokong kite td tuh
Farhanah: rpenye2 ade buat conference prs lah kat dpn tuh(ana dok blakang)...
Farhanah: kan 1st skali sume stuju
Farhanah: pas2 nad dtg
Farhanah: ckp ngan sume prs die x stuju
ain aliya: siapa yg buat conference tu?
Farhanah: pas2 prs pun ikut jjak die
Farhanah: ala...perbincangan syp2 la...sumer prs xcept sara
Farhanah: ana nmpk dr blkg
Farhanah: pas2 nad plk berdiri
Farhanah: dhla kite ckp sume bnt terima cdgn...afiqah pn terima
Farhanah: nad kate
Farhanah: ana stuju ngan amar rosla
Farhanah: roslan
Farhanah: nnt x jage mate la...
Farhanah: pas2 maz ade ckp dlm mesyuarat...nnt mcm sng sket nk bbual psl dkt...merptkn ukhwah...praktikal sket...
Farhanah: nad pun kate...mcm mane nk rptkn ukhwah kalau org dpn x boleh nk bckp ngan org blakang
ain aliya: dah tu?
Farhanah: (pd ana itu alasan bodoh)
ain aliya: betul...
Farhanah: pas2 derang kate tkt ikhtilad la
ain aliya: pulak
Farhanah: dlm hati ana kate, woi ppndai la jage...ana x de nafsu nk ngk bnn klas nie
ain aliya: tau x pe...
ain aliya: sokong nt
Farhanah: die tuh overreacting
Farhanah: benci gile...
ain aliya: nad?
Farhanah: nad and other prs x cept sarah
Farhanah: derang tuh mcm over lah
ain aliya: sarah kata apa?
ain aliya: dia x ckp ape?
Farhanah: sarah stuju ngan ana
Farhanah: x die syp
Farhanah: cube nt fikir
Farhanah: at least kite adela gk pnddhan sblum nk pergi ke U...kalau kat U nnt culture shock nth2 lg truk dr kite
ain aliya: mmg...
Farhanah: bknnye slame2nye kite akn terpisah ngan banin
Farhanah: satu hari kite akn ter-exposed gk ngan masyarakat luar
Farhanah: apelah...alsn2 yg x munasabah
ain aliya: maryam pun sama ke?
Farhanah: geram btul ana
Farhanah: yup
Farhanah: nape x ckp awl2 derang x ske
Farhanah: buat malu ana,maz ngan piyah je
Farhanah: pas2 ana pun geram kluar dr kelas
Farhanah: pi blak eh
Farhanah: bilik air
Farhanah: pas2 bile ana masuk...
Farhanah: tgk2 sume pdg ana,maz n piyah
Farhanah: perghj bengang gile
Farhanah: pas2 ttibe amar r bgn
Farhanah: die ckp
Farhanah: jgn merajuk la,,,,,jd open -mindedla(pdhal derang yg x opne-mndd)...papelah lg cermh pjg die tuh
Farhanah: buat sakit hati je
Farhanah: pas2 nad lg skali bgn
Farhanah: die kate' pd maz n de gang, jgnlah merajuk....n so on
Farhanah: pergh malu gile ana
Farhanah: cm nk nangis(dh nangis dh pun)
Farhanah: kalau nk mintak maaf pun jmp la personally
Farhanah: nie smpai bnn2 igt kite mrajuk...nnt derang fikir kite nie teruk
Farhanah: ARGGHHH
Farhanah: ana geram
Farhanah: ana malu
Farhanah: ana rase dikhianati
Farhanah: ana benci PRS kelas kite JE
Farhanah: derang x mcm prs klas lain SPORTING ABES
Farhanah: d'you feel what i feel noe/???
ain aliya: yg lain xcept prs semua tu kata apa? xkan diam jek?
ain aliya: yaa... i know how you feel...
Farhanah: syp je la
Farhanah: dh rase b'slh kot
Farhanah: x nk bg pergdhn nie lg truk
Farhanah: rpenye sofia n hanani feels the same way
ain aliya: as you?
Farhanah: ana igtke ana maz aisy piyah n zatil
Farhanah: yup
ain aliya: so... apa kata putus?
Farhanah: derang nk ddk as we sat in our old class
Farhanah: tp ana ddk line ke-3
Farhanah: sblh aisy
ain aliya: aiyoo....
Farhanah: ana x igt nt dok mane
Farhanah: tp nt gram x?
Farhanah: ana cite kt aisy...die kn gi stdython....die nangis...huhuhu
ain aliya: kalau ana kat tempat nt, ana pun geram
Farhanah: owh
ain aliya: ana pun tgh geram nih
Farhanah: jgn lpe hfl utk BA ujian lisan
ain aliya: hafal apa?
Farhanah: uhuhuhu...
Farhanah: sume b'jangkit
Farhanah: ktas ustzh bg...owwww
Farhanah: nt x dpt
Farhanah: aa
Farhanah: x pe
ain aliya: yg mana?
Farhanah: nt bleh bg x cuse
Farhanah: ade ustzh bg..klah gtg
Farhanah: bb...thnx 4 hearing me!
ain aliya: sama2...
Farhanah: bb
ain aliya: bye

Itulah serba-serbi perbualan kami di YM. Huh... seriuosly, malas nak komen apa-apa. Dah faham sangat perangai diorang yang konservatif tu. Iman turun naik? Huh... berguling saya 100 kali dari hujung katil ke hujung katil. Bertudung kuning berenda biru. Hee... i don't know what to say la. Malas nak cakap apa. Sebab tu kalau diorang ada buat mesyuarat ke apa, i'll just keep quiet. Apa diorang kata ikut je. Padahal dalam hati, berbakul 'kata-kata pujian' yang dilontar.

Kalau dari sekarang kita tak keluar dari kepompong, bila dah keluar sekolah nanti, macam mana nak berhadapan dengan masyarakat yang karenahnya berbagai. Bukanlah nak menggalakkan pergaulan bebas antara banin dengan banat, tapi cuma untuk lebih berfikiran terbuka. Jangan duduk dalam kelompok yang sama. Sampai bila duduk dalam kelompok yang sama?

Bila dah masuk U, dah kerja, kita akan berhubung dengan makhluk yang bernama lelaki. Sampai bila kita nak mengelak? Bila sebut je pasal banin, masing-masing terus buat muka. Kalau tak nak bekerjasama, baik buat penghadang dekat kelas tu. Macam Ustazah Suzana pernah cakap. Kita dalam satu jemaah. Kalau sekarang kita gunakan guru-guru sebagai perantara, adik-beradik sebagai perantara, sampai bila kita nak begitu. Adakah bila dah masuk universiti nanti, dah kerja nanti kita nak guna cara yang sama. Panggil ustaz / ustazah mintak tolong.

Farhana... ribuan ampun dan maaf sebab 'menyiarkan' perbualan kita tanpa kebenaran.

friends

Nak update blog, tapi tak tahu nak tulis tentang apa. Tengah dok godek-godek internet ni, jumpa sajak ni.

Friends by Collin Mccarty

Having a friend is like having a wish come true; one hat will always bring the best of life to you.

A friend is a blessing and a miracle. A friend is a guiding light. A friend is a reminder that everything is all right. Friends are on the same wavelength; they understand. They do more than hear; they listen. They smooth out the rough edges and offer a hand. A friend likes you for you. A friend says, 'With me, you can be yourself.' With a friend, you don't have to hide. You can be exactly who you are inside.

Friends share, their shortcomings, their highest hopes, their serious thoughts. Their silliest jokes. Friends are where honesty comes form and where wishes go when they don't want to be alone. Being with a friend.. is what really means to feel at home.

Friends know how you feel. They have insights into your very soul. They know the big and little things. Your highs and lows. Your special dreams. They know where your 'Achilles' heel' is, but secret stays between you two. They know what hurts and what helps, and friends come to the rescue. When things aren't right, they throw you a rope and help you hang in there. Friends are one of a kind. Friends are tender loving care.

Wonderful friends – who mean this much to one another – can be separated by distance and time, and yet, upon meeting again, continue on as though they had never been apart. Why? Because they never have been. You are my most wonderful friend.

And I thank you with all my heart.

kata mak, KAWAN itu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang

kata abah, KAWAN itu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit

kata atuk, KAWAN itu seperti air terus mengalir

kata nenek, KAWAN itu bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana

kate saudara, KAWAN itu macam makanan, KAWAN makan KAWAN

kata abang, KAWAN itu seperti lembu mengikut saja apa yang dikata

Kata kakak, KAWAN itu tak ubah macam durian bau busuk tapi sedap dimakan

kata adik, KAWAN itu macam biskut sekejap ade sekejap tak ada

kata aku, KAWAN tu tak kisahlah macam mana, walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT, dia tetap KAWAN. kenapa? sekali aku dah kawan dengan, dia selamanya dia tetap kawan aku

Friday, June 22, 2007

ABC a friend

Accepts you as you are.
Believes in you.
Calls you just to say 'Hi'.
Doesn't give up on you.
Envisions the whole of you (even the unfinished parts)
Forgives your mistakes.
Gives uncoditionally.
Helps you.
Invites you over.
Just 'be' with you.
Keeps you close at hearts.
Loves you for who you are.
Makes a difference in your life.
Never judges.
Offers support.
Picks you up.
Quiets your fears.
Raises your spirits.
Says nice things when you need it.
Tells you the truth when you need to hear it.
Understands you.
Values you.
Walks behind you.
X-plain things you don't understand.
Yells when you wont listen.
Zaps you back in reality.

minggu yang memenatkan

Akhirnya, lepas dari penyeksaan yang begitu menyeksakan. Rasa macam badan ni dah hancur berkecai. Dua hari berturut-turut balik sekolah lambat. Lambat bukan sebarang lambat. Lambat yang memang teramat lambat. Pukul 9, pukul 10 malam baru balik. Sampai rumah, dah malam sangat. Semua semata-mata kerana pertandingan memasak antara sekolah untuk mewakili daerah. Ya Allah... penatnya tak terhingga. Tak terkata.

Malam pertandingan (Selasa), tidur pukul 1 (lebih kurang). Padahal kena bangun pagi. Saya dengan Maziah mata macam kena gam. Maziah sempat tidur masa saya tengah mandi. (Kami tidur rumah Nadhirah). Trainer kami yang ditempah istimewa asyik memberi arahan untuk final touch up. (Apa aku tulis ni? Meraban je). Ummi balik tengah malam. Sebenarnya, berat hati nak suruh ummi balik sorang malam-malam buta macam tu. Tak pernah ummi balik lambat tak berteman. Lagipun dia pun bukannya sihat sangat. Kalau jadi apa-apa tengah jalan, siapa susah. Nauzubillahiminzalik. Simpang malaikat 44. Rasa macam nak je suruh ummi tidur rumah Nad sekali, tak pun tidur rumah Along. Alhamdulillah... tak jadi apa-apa.

Hari pertandingan agak meng'stress'kan. Kesian Nad kena marah dengan kami. Ampun dan maaf ya Nad. Masa tu agak tension. Ada butterfly dalam tummy. Kepala dah berdenyut. Oleh kerana kami sampai agak lewat, jadi kami akan memasak pasa sidang ke-2. Pukul 11 mula. Barang memanglah teramatlah banyaknya. Bila dah start, rasa macam blur je nak buat apa. Ah... lantaklah. Buat je apa-apa tugas yang free sementara menanti giliran untuk masak. Bila masa tamat, agak kelam kabut sebab ada beberapa yang tak settle lagi. Hiasan tak sempat nak letak. Macam-macam lagilah. Akhirnya... berakhir juga penyeksaan.

Keputusannya, sebenarnya nak buat surprise. Tapi dah tak jadi nak buat sebab ada mulut-mulut gatal yang menyebarkan. Lantak kamulah. Asal kamu bahagia (di atas kesengsaraan orang lain). Ayat akhir jangan peduli. Itu tak ada kena mengena pun.

Sunday, June 17, 2007

ceritaku

Makin dekat PMR, makin terasa bahangnya. Semua sibuk nak study. Termasuklah Ain. Alhamdulillah... cuti dua minggu sebelum ni taklah mengikut sangat hawa nafsu. Siang, menyibukkan diri dengan buku-buku sekolah, buku-buku latihan. Buat nota dan sebagainya. Hafazan lepas Maghrib dan Isya'. Kemudian, barulah bertenggek depan komputer dari malam hingga ke pagi. Sibuk dengan KKS dan penulisan.

Cerita tentang menulis ni, teringat satu cerita sedih yang terjadi sewaktu menulis. Di malam yang sunyi dan hening, sedang tangan laju menari di atas keyboard, secara tiba-tiba laptop shoutdown. Bila on balik, tengok apa yang dah ditaip hilang begitu sahaja. Rasa macam nak menangis. About 10 pages hilang. Hati dah membara. Kalau diikutkan rasa hati, nak je hempuk laptop ni. Bukan senang nak dapatkan idea nak siapkan 10 pages tu. 10 PAGES!!! Lebih-lebih lagi dalam satu malam. Dan tiba-tiba, hilang begitu sahaja.

Hari Rabu (20 Jun) ni, ada pertandingan masak. Pertandingan akan berlangsung di sekolah Mutiara Rini 2. Tahu akan ada pertandingan masak dah lama, cuma the actual date tak pasti bila kerana tak dapat lagi pengesahan. Bila dah dapat surat, tinggal seminggu je lagi. Ya Allah... seminggu tu sempat ke nak buat preparations, berlatih semua. Dengan KKG dan KKS nya lagi. Tapi Ain tahu bukan Ain sahaja yang tension, team member yang lain pun tension. Kan Maziah kan. Nasib baiklah ummi sudi menyumbang idea nak buat apa. Kalau nak harap Ain... memang hancurlah.

Doakan kami supaya dapat lakukan yang terbaik di pertandingan tu nanti. InsyaAllah...

Thursday, June 14, 2007

lalalalalala

Penat. Penat. Penat. Penat yang teramat. Terasa kudrat yang tidak seberapa ni tercabar. Setiap kali balik sekolah, terasa seolah-olah bantal sedang melambai-lambai. Dugaan... Entah kenapa badan terasa teramatlah lesu. Padahal sejak naik sekolah ni, dah tak tidur lambat lagi. Kalau tak ada homework, pukul 10, pukul 11 dah berlayar di lautan mimpi dah. Tapi pagi mesti mengantuk yang teramat sedangkan kalau tidur lambat seperti kebiasaannya (3, 4 pagi) tak pulak mengantuk.

Sekarang tengah struggle nak siapkan KKG dan buat final touch up untuk KKS. Dah tak lalu dah mata ni nak menghadap words setiap hari. Tambah pula, kalau tak ada aral, hari Rabu depan ada pertandingan masak antara sekolah peringkat daerah. Masa dah suntuk sangat. Nak masak apa pun undecided lagi. Hiasan lagi... hadui... boleh pecah kepala macam ni.

Hari ni ada ujian Syafawi. Dari juz 1-6. Tak lancar. Tak faham ustaz cakap apa. Tak dengar ustaz baca ayat apa. Last-last, ustaz suruh balik. Huh... gaya macam itik bercakap dengan ayam. Ustaz tak faham apa Ain cakap, Ain pun tak faham apa ustaz cakap.

Wednesday, June 13, 2007

back to school

Akhirnya, setelah dua minggu bercuti, tibalah masa untuk kembali ke sekolah. Argh... malasnya nak pergi sekolah. Kalau pergi sekolah tak belajar ok la jugak. Semangat yang pada mulanya berkobar-kobar nak ke sekolah, jatuh merudum. Bangunan baru tak siap lagi. Ingat bila naik sekolah dah boleh guna. Sekali belum. Hampeh...

Semalam, masa waktu PJK, ingat nak lepas gian lepas lama tak main. Stor pula terkunci. Pulak dah. Banin pulak conquer dua-dua court. Huh... tak aci. Last-last, tengok bola. Free show. Tak payah bayar tiket. Banin main bola, kita tengok la. Ingin ditegaskan, tengok bola. Sekali lagi, tengok bola. Sekali lagi, tengok bola. Bukan tengok orang yang main bola. Tak cam siapa yang main. Maklumlah... orang rabun. Kalau bukak speck lagilah tak nampak.

Minggu pertama di sekolah setelah lama bercuti, ok lah. Kertas-kertas periksa dah dapat. Tapi tak sanggup nak tengok. Masa examination week tu pun, kepala masih tak betul lagi. Demam masih belum baik sangat. Lagipun masih under observation. Tambah pulak kena makan ubat. Pening lalat jadinya. So... memang tak dapat nak perform sangat exam kali ni. Pasrah sajalah.

Sunday, June 10, 2007

oh no!!!


Oh no! Esok dah sekolah naik balik. Waa... tak nak. Kenapa tak sambung cuti lagi?! Tak nak pergi sekolah. No!!! Tidak!!!

tagged! again?!

Waa... kenapalah semua orang sekarang ni rajin sangat nak tag orang? Orang tengah malas tahap giga ni. Tapi demi kerana kawan, gagahkan juga diri nak jawab tag tu.

Tag dari Nadia.

IF YOUR LIFE WERE A MOVIE, WHAT WOULD THE SOUNDTRACK BE?

Here's how it works.
1. Open your library (iTunes, iPod, Media Player, Winamp, etc)
2. Put it on shuffle
3. Press play
4. For each question, type the song that's playing
5. When you go to a new question, press the next button
6. Don't lie and try to pretend your cool

(P/S: Taken directly from Nadia)

Opening Credits
No Promises - Shayne Ward

Waking Up
My Happy Ending - Avril Lavigne

First Day at School
If You're Not The One - Daniel Bedingfield

Falling In Love
You Took My Heart Away - Michael Learns To Rock (MLTR)

Fight Song
My Baby You - Marc Anthony

Breaking Up
Unwritten - Natasha Bedingfield

Prom
Since U Been Gone - Kelly Clarkson

Life
I Lay My Love On You - Westlife

Mental Breakdown
Now And Forever - Richard Marx

Driving
Purest Of Pain - Son By Four

Flashback
One Sweet Day - Mariah Carey ft. Boyz ll Men

Wedding
Nothing Gonna Change My Love For You - George Benson

Birth of Child
Just So You Know - Jesse McCartney

Final Battle
Show Me The Meaning Of Being Lonely - Backstreet Boys

Death Scene
Never Be Replaced - 1st Lady

Funeral Song
Seasons In The Sun - Westlife

End Credit
Famous Last Words - My Chemical Romance

Ok done. Punyalah lama. Sayang kalau dengar lagu sekerat jalan je. Kenalah habiskan. Hmm... semua lagu English. Sebab kebetulan tengah dengar yang English song punya. Hehe...

So... nak tag siapa? Hmm...

Puas dah dok fikir. Tapi tak tahu nak tag siapa. So... macam biasa, officially, siapa yang terbaca / terjumpa dan yang sewaktu dengannya, anda kena tag. Dan rajin-rajinkanlah diri ye menjawab tag tu. Sekian terima kasih.

tagged

Another tag. Kali ni dari my sweet sis, Kak Diya. What the task? Something about flowers. Bunga apa yang menjadi pujaan? Hmm... Well...

Presenting...
LAVENDER!!!


Kenapalah tak ada lavender farm di Malaysia ni. Dekat negara beriklim sejuk juga dia nak. Teringin sangat nak melawat ladang lavender. Hai... bilalah dapat peluang tu. One of the reason nak further study dekat abroad, kerana ni. Well... not actually. Tapi dah alang-alang ke abroad, pergilah sekali kan. Tapi study ke abroad memang cita-cita.

Hmm... tak tahu nak tag siapa pula. Senang-senang, siapa yang baca, OFFICIALLY, semua kena tag. Sekian terima kasih...

Sunday, June 3, 2007

oh tag

1.Where were you when it turned 2007?
>> home. sleeping.

2. How did you get the idea for your friendster name?
>> from my name. ainnur adliyah.

3. Recent favorite old songs you just listened to?
>> My Promises - Shayne Ward

4. Has the death of a celebrity ever made you cry?
>> Huh... what for? Bazir air mata je...

5. Do you talk to your crush?
>> Crush? Haha... tak pernah ada crush, for the time being la. Tak tahulah in the future.

6. One good thing about today?
>> Nothing...

7. Where were you today?
>> Home...

9. What you do tonight?
>> Surf internet, cari idea nak menulis, tidur...

10. What's your favorite memory from last weekend?
>> Shopping...

11. What are the last two digits of your mobile number?
>> Handphone tak pernah ada. Phone rumah boleh tak?

12.What was the last thing you ate?
>> Chocolate funge, ummi buat. Yummy...

13. What was the last thing you drank?
>> Justea lemon

14. What was the last movie you watched?
>> Waris Jari Hantu

15.What do you dislike right now?
>> Tak boleh beli novel sampai PMR. Uwaaa....

16. What food do you crave right now?
>> Chicken chop, fish and chips, pizza

17. Did you dream last night?
>> Yup... tapi tak ingat mimpi apa.

18. What was the last TV show you watched?
>> Manja Lara

19. What is your favorite piece of jewelery?
>> Bracelet, necklace, anklet, tak suka earings.

20. What is the phrase of song that keeps playing in your head?
>> 'I lay my love on you... It's all I wanna do... Everytime I breathe I feel brand new... You open up my heart... Show me all your love, and walk right through... As I lay my love on you

21. What was the last thing you kept telling yourself over and over?
>> Sabar... sabar... sabar... nanti datanglah idea tu...

22. Who last text messaged you?
>> Nobody...

23. One sweet thing about your loved one?
>> Caring... thank you my love... hehe...

24. What side of the bed do you sleep on?
>> Left side... dekat dengan dinding...

25. What color shirt are you wearing?
>> Dark green... Yew... I don't like green...

26. What is your favorite frozen treat?
>> Strawberry ice-cream...

27. How many piercings do you have?
>> Kat telinga adalah...

28. What's your favorite store/s?
>> Badan Cemerlang, Harris, MPH...

29. Are you thirsty right now?
>> Not really...

30. Recent good news you just heard?
>> Nothing...

31. What did you do last night?
>> Cari idea nak menulis...

32. Do you care what people think about you?
>> No... Buat apa nak kisah.

33. Have you ever done something you regret and cant help stop doing it?
>> Yup... how i wish i can turn back the time...

34.When was the last time you worked out?
>> Err... bila ek?

35. What are your font colors on YM?
>> purple

36. When was/is your most looking forward event?
>> October... cepatlah PMR berlalu...

37. Are you aggressive?
>> Quite

38. Mobile phone network?
>> Sorry, got no handphone...

41. What is the thing that you would most like to change about yourself?
>> Kemalasan...

42. What size are your feet?
>> 7

44. What is your favorite color?
>> light colours

45. Your favorite quote?
>> 'Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'

46. What do you tell people when times get hard?
>> Err... tatau. You go and ask siapa-siapa yang pernah consult me tapi ada ke...

47. Would you ever sky dive?
>> How I wish to...

48. Do you sleep on your side, tummy or back?
>> Back...

49. Have you ever bid for something on eBay?
>> Never in my life...

50. Will you stay in the game called love?
>> Sound interesting...

Kena tag lagi. Lepas ni, siapa-siapa yang nak men'tag' Ain, tinggalkan pesan di shoutbox di tepi tu ya. Kalau tak, sampai ke sudah Ain tak tahu. Ain ni malas sikit nak berjalan-jalan ke blog orang lain kecuali blog e-novel.

Friday, June 1, 2007

most wanted things

Hmm... most wantwd things ye. Ok... ni barang-barangnya.

1) Laptop. Laptop ni dah macam siput speed dia. Sakit jiwa dibuatnya.

2) MP3 Player. Nak MP3 yang paling besar kapasiti. Yang ada sekarang 1 GB.

3) Pendrive. Nak pendrive baru. Pendrive yang sedia ada dah penuh. Ummi ada kata, kalau dapat 9 A's ummi belikan yang 50 GB punya.

4) Novel. Nak novel. Nak semua novel.

5) Castle. Terbayang dalam fikiran castle macam dalam cerita fairytales tu. Kalau dapat... alangkah seronoknya. Siap dengan swimming pool, fish ponds, garden. Allah... akan tercapaikah hasratku ini?

6) Handphone. Buat masa sekarang, tak perlukan lagi. Tapi kalau dah dapat, takkan nak tolak. Ciri-cirinya sama macam Maziah.

7) Bookshop. Cita-cita dan impianku yang sekian lama berlegar di fikiran. Siap dengan cafe, internet cafe. Bookshop yang ala-ala perpustakaan. Bolah pinjam buku. Kemudian, perkhidmatan internet. Ada cafe untuk minum-minum.

8) Money. Kalau tak ada duit, macam mana nak capai semua yang diatas tu.

Malas nak fikir nak tag siapa. So... siapa yang baca n3 ni, officially, semua kena tag.

my hobbies

Cuti sekolah, tak ada yang nak di cerita. Kalau setakat cerita duduk rumah, habiskan baca novel yang bertimbun, bina badan aja lah yang ada dalam poket. Tapi sebab tangan ni gatal nak mengupdate, fikirlah satu topik untuk di post. Fikir punya fikir, terlintas dalam fikiran nak share hobby dengan semua. Manalah tahu kalau ada yang sama hobby.

1) Membaca. Ain percaya ramai yang tahu hobby Ain yang satu ni. Walaupun ramai yang tahu Ain suka baca novel, tapi Ain juga suka baca buku berkaitan komputer, sirah nabawiyah, sejarah, buku-buku pelancongan. Ain juga suka baca buku tentang decoration. Demi untuk memenuhi tuntutan, kadang-kadang sanggup ikat perut. (Setakat ni tak pernah sampai macam tu.)

2) Cross-stitch. Sejak sekolah rendah suka buat cross-stitch. Mula-mula buat yang kecik dulu. Tapi cepat sangat siap. Try buat yang besar. Masa tu baru habis UPSR. Memang besar. Ambil masa 2 tahun lebih nak siap. Tapi puas bila tengok hasilnya.

3) Puzzle. Ini pun satu hobby, or kegilaan i should say. Biasanya kedai cenderamata ada jual puzzle. Bersusun-susun. Mula-mula sekadar tengok je. Kalau-kalau ada yang berkenan sebab hampir semua gambar cartoon. Bila jumpa, susahlah nak resist. Last-last beli jugak. Sampai sekarang, dah ada dalam 10 yang dah siap frame, 5 masih dalam kotak sebab frame tak ada. Dah siap pasang, bubarkan balik. Puzzle yang 1000 ke atas tau. Bukan puzzle budak-budak tu.

3) Gift wrapper. Ini lagi satu kegilaan. Asal pergi stationary shop je, mesti ada gift wrapper yang dibeli. Walaupun dah pesan pada hati, tak nak beli. Tapi dia degil. Akhirnya... beli jugak.

4) Keychain. Suka sangat kumpul keychain. Dah bermacam bentuk dalam koleksi. Kalau pergi berjalan, jumpa yang menarik, mesti beli setelah puas tawar-menawar. Teringat masa pergi Medan, Indonesia dulu. Masa di Pulau Samosir, ada bermacam keychain yang jumpa sepanjang jalan. Banyak yang menawan. Banyak jugalah duit yang melayang.

5) Opal bracelet. Hobi sejak dari kecil. Pantang jumpa. Mesti nak. Kalau melancong ke mana-mana, mesti beli sekurangnya satu. (Tak pernahnya beli satu, mesti lebih.) Masa pergi Medan dulu, banyak yang diborang dengan harga yang murah-murah. Suka sangat.

6) Al-Qur'an. Suka sangat kumpul Al-Qur'an yang berbagai. Ummi pun tak kisah. Ain lagilah tak kisah sebab bukan Ain yang keluar duit. Kalau Al-Qur'an, Ummi tak kisah kena keluar duit. Kalau yang lain susah sikit. Sampai sekarang, banyak juga koleksi Al-Qur'an.

7) Frame. Frame ni selalu digunakan untuk buat hadiah. Sesiapa yang selalu terima hadiah dari Ain, hadiah frame bukanlah sesuatu yang pelik.

8) Note book @ test pad. Kalau pergi kedai, tak sah kalau tak beli dua benda ni. Dekat almari tu, dah bertimbun dah.

9) Convenience box. Atau lebih dikenali sebagai kotak hadiah tu. Ala... yang bercorak-corak tu. Ada sesetengah kedai yang jual, buy 1 free 1. Memang suka. Masa nak beli, beli banyak. Nampak macam membazir. Selalu kena marah dengan ummi. Tapi... nanti kita yang dicari, minta kotak nak buat hadiah.

10) Mengarang. Mengarang ni biasanya untuk mereleasekan tension. Tak kisahlah, sajak ke, cerita ke. Tapi jarang bagi kawan-kawan baca apa yang ditulis.

12) Duit syiling. Minat ni timbul bila berkunjung ke rumah kawan ummi yang hobi dia mengumpul duit syiling. Dari duit zaman dulu, sampai sekarang. Dari berbagai negara ada. Sejak itulah hobi ni mula timbul. Tapi tak banyaklah dalam koleksi. Paling kurang pun, Singapore Dollar, America Dollar, Pound, Rupiah. Itu je lah. Itupun sebab tempat-tempat tu je yang pernah pergi. Bila Abang Jit pergi Jepun nanti, nak minta duit buat koleksi.

13) Setem. Macam mana minat ni boleh timbul, sama dengan macam mana timbulnya hobi mengumpul duit syiling. Surat-surat yang dapat, gunting elok-elok, simpan. Album tak ada, simpan dalam kotak.

14) Bookmark. Suka sangat kumpul bookmark. Lebih suka yang ada kata-kata. Kalau jumpa, harga pun murah, kata-kata pun sedap, mesti beli. Sekarang ni, kalau beli novel pun disertakan bookmark.

15) Pen @ Mechanical pencil. Sebagai persediaan, kalau-kalau rosak ke, atau ink habis.

16) Kata-kata hikmat. Juga hobby. Banyak jumpa di internet. Simpan, kemudian print.

17) Postcard.

Cukuplah, banyak sangat dah tu. Tangan pun dah penat nak menaip.

Rasanya, tak ada orang buat lagi kan. So... Ain nak tag kawan-kawan supaya ceritakan hobi masing-masing.

Safiah, Maziah, Nadia, Qurratu' Aini, Nadia Farhana, Kak Ain, Kak Anis, Kak Hannah. Cukuplah ek. Dah ramai dah tu. So... buat. Jangan tak buat.

a tale to share

Cuti sekolah sudah bermula. Dan sepanjang masa dua minggu ni, masa cuma dihabiskan di rumah. No travelling, no makan angin, no jalan-jalan. Rasa macam nak balik kampung, tapi fikir dua kali sebelum tu.

Kampung = Internet lambat. Eventhough it is fun spending time there, but... But what?

Semalam, keluar jalan-jalan sambil cari barang-barang rumah. Peti ais dah hampir kosong.

At first, pergi Plaza Pelangi. Niatnya ke situ nak makan chicken chop at my favourite restaurant. But later I found out chicken chop dah tak jual. And I was just like... Hmm... Chicken chop dia, besar, sedap and of course murah. RM 10. Dengan salad, baked potato, black pepper sauce yang memang mengancam, baked corn. But now... Gigit jari je lah. Last-last I eat chicken rice while ummi eat laksa johor. Not bad. For dessert, we choose chocolate funge. Yummy... Oleh kerana laksa ummi tak habis, terpaksalah cik adik ni *tuding jari pada diri* habiskan. Sayang! Bukannya banyak mana pun. Adalah 2-3 suap.

After that, jalan-jalan sekejap di Metrojaya. Tengok shirts, vase, handbags, shoes, bracelets. Tengah dok belek-belek tu, mata terfokus pada satu bracelet. Opal bracelet. Pink colour. Tanya ummi, nice tak? At first, her impression was like, ini you kata cantik? Then, bila try dekat tangan, cantik pulak. Design pun simple je. Harga pun taklah mahal sangat. RM 13 something, tolak 20% off. Around RM 11. Well... not bad. Terus sambar. Ada lagi colour dark purple dengan white, tapi hati lebih berkenan dengan yang pink tu.

Opal bracelet memang antara barang-barang yang dibuat koleksi. Ain tak minat sangat dengan gelang emas. Tapi lebih tertarik pada opal bracelet. Banyak jugaklah koleksi. Beli masa pergi Indonesia, Thailand. Ada juga yang my aunt bagi. Maklumlah... orang tak ada anak perempuan. Apa-apa yang dirasakan cantik, dibelikan untuk Ain. Ain pulak, orang dah bagi, ambil je lah. Rezeki jangan ditolak.

Kemudian, ummi ada beli handbag yang I admit it is beautiful. Tengoklah siapa yang pilih kalau bukan anak dara ummi ni. Hehe... Keluar Metrojaya, singgah kedai cenderamata. Geram rasanya tengok kotak-kotak puzzle yang bersusun. Mula, sekadar tengok je. Sebab tengok banyak cartoon. Kemudian, ada jumpa satu ni. Cantik! Ada glitters lagi. Terus sambar. Ada la aktiviti nak buat cuti ni. Gaya cakap macamlah berhari-hari baru nak siap. Padahal sehari dah siap. Nak pasang 1000 puzzles in a day, cuma dalam 5-6 hours je.

Lepas tu, pergi Jusco Tebrau City. Niat asal ke Pelangi just untuk makan, then baru pergi Jusco beli groceries yang sudah surut sangat. Memang every month je bila barang-barang dah surut, pergi Jusco. Sampai rasanya dah boleh kenal kedudukan kedai dalam tu. Tapi pelik bila kawan-kawan kata pergi Jusco Tebrau City boleh sesat? Sesat ke? Rasa macam tak pun masa mula-mula pergi. Habis satu shopping complex dijejak. Dari ground floor sampai 3rd floor.

Sebelum masuk Jusco, pergi Harris dulu. Tempat yang wajib jejak bila ke sana. Cari buku rujukan dengan buku-buku latihan. Ummi... entah ke mana pun tak tahu. Tapi I know where to find her. So... tak kisah sangatlah. Dah habis cari, pergi ruangan novel pulak. Bukan dekat rak yang bersusun, tapi dekat rak yang tinggi tu. Mata terus meliar cari Gurindam Jiwa, Surat Ungu Untuk Nuha, Senafas Rindu, Kasih Dania, Kerna Dia Cinta. Yang jumpa cuma Senafas Rindu. Kemudian bergerak ke rak yang bersusun. Carik kat situ buku-buku yang lain. Pun tak jumpa. Pergi pula meja kat depan tu. Ahha... jumpa KDC. Yang lain, out of stock. Kasih Dania tak sampai lagi. Huh...

Lepas tu cari ummi. Kan betul dia ada kat situ. Tengah baca buku pasal 'What Happen Next In Harry Potter and Deathly Hallow'. Khusyuk benar membaca sampai tak pusing kiri kanan. Buku-buku yang penat dikendong, letak sebelah ummi. Lepas tu lari balik ke bahagian novel lagi. Kali ni nak cari buku untuk Nadia and Aaeshah. Mula-mula cari untuk Aaeshah dulu. Pendragon Book Seven. Tajuk dia lupa. Lama berdiri depan rak tu. Tangan pulak ligat menyusun kedudukan buku yang agak berterabur. Habis susun, tengok, cuma ada sampai Book Six je. Hmph!!!

Kemudian cari pulak buku untuk Nadia. Sophalic apa tajuk dia. Tak pernah nak ingat. Puas dok keliling meja cari buku Sophie Konsella. Tak jumpa-jumpa. Dari satu meja ke satu meja. Berkali-kali pusing. Petugas kat situ pun sampai naik pelik. Ada jugak orang yang tengok dengan satu macam pandangan - weird. Agaknya dia ingat Ain ni betul ke tak kot? Hehe... Bila tak jumpa, bergerak ke bahagian rak pulak. Ahah... jumpa pun. Belek-belek buku-buku Sophie Kinsella, cari yang ada perkataan Sophalic. Jumpa! Terus capai. Tengok harga, terbeliak biji mata. Mak oii... Harga dia je boleh habiskan my one month allowence. Pantas kepala mencongak nak beli ke tak? Tak bawa enough money. Tak sangka harga dia masih mahal. Eventhough ada 15% discount, berapa banyak sangatlah yang kurang. So... i decided letak dulu buku. Next visit which is on the 2nd June, i'll buy.

Bila on the way nak pay je, ummi kata boleh beli just one novel. Ala... Ok fine! Pergi letak balik KDC. Bila pergi dekat ummi balik, she said, "I know you would choose Damya Hanna." Ain cuma tersengih je.

Lepas tu pergi makan dekat Vivo. Then shopping. Baru beli groceries. Baru balik.

Pen off.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011