Pages

Subscribe:
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, February 8, 2008

permintaan

Salam...

Pada cik abang, cik akak, cik adik sekalian... Lain kali kalau nak komen apa-apa di blog orang, harapla sangta-sangat disertakan nama. Tak perlulah nak sorok identiti dengan menggunakan nick 'Insan', 'anonymous', 'Hamba Allah' dan sebagainya. Apa cik abang, cik akak, cik adik semua tak ada nama? Macam mana nak bangunkan Islam kalau sekadar nak menegur orang pun tak berani untuk tonjolkan diri. Cuma pengecut sahaja yang buat begitu!

Lagi satu... mohon la sangat-sangat supaya cik abang, cik akak, cik adik semua menggunakan bahasa yang sopan, yang sedap dibaca dan tidak mengguris perasaan sesiapa yang membaca terutama tuan punya blog! Kami juga manusia yang punya perasaan. Kalau nak menegur tu, biarlah dengan cara yang berhemah. Bukan datang ceroboh blog orang, cakap 'bodoh', 'bangang', 'b*b*' ikut sesedap hati. Apa perasaan cik abang, cik akak, cik adik sekali jika orang mengatakan begitu kepada cik abang, cik akak, cik adik?

Saya menegur dengan cara yang pada perkiraan saya berhemah. Bukan marah-marah, membabi buta menuduh dan mengeluarkan perkataan yang tidak enak dibaca. Jadi saya harap dan mohon pada sesiapa yang berkenaan, haraplah ubah cara selepas ini.

Wednesday, January 16, 2008

what's in a blog

What's in a blog?

Macam-macam ada. Ada e-novel, journal kawan-kawan (including orang yang saya tak kenal tapi main 'ceroboh' je blog orang tak bagi salam ke apa ke) dan macam-macam yang saya tak dapat nak figure out sekarang.

Tujuan saya membuka blog adalah untuk berkongsi kehidupan seharian (walaupun tak hari-hari update) dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya. Saya juga nak berkongsi suka duka hidup saya. Saya menjadikan blog saya ini sebagai satu medium untuk saya melepaskan tekanan di kala saya tension, marah, sedih dan sebagainya. TAPI tak semuanya saya luahkan di sini. Patut-patutla sikit.

Bukan tak tergerak hati untuk cuba menyebarkan da'wah melalui blog, tapi setiap kali saya sudah bersedi di hadapan PC dan jari-jari sudah berada di atas keyboard, saya kehilangan kata-kata. Otak saya tiba-tiba jadi kosong walhal sebelumnya penuh dengan idea yang bagaikan tak sabar-sabar untuk di'curah'kan dan disemadikan dalam bentuk kata-kata.

Penyudahnya saya lebih senang bercerita tentang kehidupan seharian saya, tentang orang di sekeliling saya dan apa yang saya rasa.

P/s : Ummi dah ada blog. Dah lama sebenarnya ada tapi sebab saya malas nak tolong cat rumah tu, ummi tak update. Dan oleh kerana hari ni saya tak sekolah, maka saaya pun merajinkan diri untuk mengecat dan mendekorasi rumah tu supaya cantik. Sampai pening kepala saya. Macam-macam yang ummi nak letak. Oleh kerana saya dah malas saya biarkan dulu. Nanti-nanti bila ada masa baru sambung balik. Kalau ada masa, sudi-sudikanlah melawat ke SINI.

Wednesday, January 2, 2008

confused

Tinggal sehari sebelum penggal persekolahan sesi 2008 bermula. Persiapan apa pun tak buat. Kasut tak beli, baju tak beli, apa semua tak buat. Langsung langsung! Rasa macam cuti masih berbaki sebulan.

Tinggal sehari sebelum sekolah dibuka, sebelum saya melangkah ke tingkatan 4. Aliran pun tak pilih lagi. Antara sains tulen atau sains sosial. Walau pada asalnya dah nekad nak pilih sains tulen, tapi sekarang dah mula ragu-ragu. Tambah lagi dengan keputusan PMR baru-baru ni. Sains B. Adakah itu bakal memungkinkan saya untuk melangkah ke tingkatan 4 sebagai seorang pelajar aliran sains tulen? Entahlah!

Sama ada saya bakal meneruskan pengajian di sekolah itu atau tidak pun tak tentu lagi. Memang hati berkeras untuk berpindah tapi akal menghalang. Memang kalau boleh semua nak turut kata hati. Tapi... entahlah! Tak tahu nak cakap macam mana.

Ummi pulak awal-awal (lepas keputusan ambil result PMR) dah kata, nak masuk MRSM atau sekolah sains memang agak susah. Kemudian terfikir SBP pulak. Tapi syarat ummi kalau nak pindah cuma MRSM atau sekolah sains. Sekolah teknik mati hidup semula pun ummi tak bagi. Huh... susahnya! Tapi tak tanya pendapat ummi tentang SBP tu lagi.

Beberapa hari lepas cik suki telefon. Tanya nak try apply MRSM tak. Dia ada kawan yang boleh tolong. Tapi bila bagitau sains yang B, dia pun macam dah pening sikit. Bukan tak boleh, tapi susah sikit la. Sebab reqiurement nak masuk MRSM mesti BI, Math and Science A. Kemudian dia cadangkan sekolah agama. Huh? Kalau macam tu lebih baik stay dekat SMIH je.

Tapi bila saya kata nak pindah, tak semestinya mesti masuk MRSM, sekolah sains atau SBP tu. Setakat sekolah belakang rumah tu pun dah cukup elok. Dekat pun dekat. Boleh jalan kaki je. Ummi pun tak payah susah payah nak ambil dah hantar ke sekolah.

Hadoila... peningnya kepala! Susahnya keadaan! Nak pindah sangat-sangat tapi dengan keadaan macam ni... entahkan terjadi entahkan tidak.

Sunday, December 30, 2007

2007

Setahun lagi datang dan pergi. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar kita sudah hampir ke penghujung 2007. Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke SMIH untuk memulakan sesi persekolahan baru dan bersiap sedia sebelum PMR. Masa datang dan berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. It just happened.

Banyak yang telah Ain pelajari dan lalui sepanjang tahun 2007 ini. Juga mengenali rakan-rakan baru di alam maya. Dan belajar menjadi dewasa. Betullah... dengan masa apa sahaja mampu berlaku. Tentunya dengan izin-NYA.

Azam? Alhamdulillah... azam tercapai. Walaupun tidak seperti yang diharapkan. But it's better than nothing, kan?

Tinggal sikit hari saja lagi yang tinggal sebelum tahun 2007 melabuhkan tirai dan 2008 membuka tirai. Kira dah boleh tutup buku lama dan buka buku yang baru lah.

Pada semua, Ain mohon ampun dari hujung kaki hingga ke hujung rambut sekiranya ada terkasar bahasa atau terlanjur kata sehingga menyinggung perasaan. Kita mulakan tahun yang baru dengan azam dan permulaan yang baru.

Selamat menyambut tahun baru!

Saturday, December 29, 2007

alhamdulillah

Alhamdulillah... Segalanya sudah berakhir. Syukur sangat dengan keputusan walaupun tidak sehebat rakan-rakan yang lain. Terbit juga rasa cemburu melihatkan betapa cemerlangnya keputusan rakan-rakan. Tapi Ain terima keputusan Ain dengan penuh rasa syukur yang teramat. Teramat-amat syukur sebab tak pernah terjangkau dek fikiran Ain akan mampu dapat keputusan seperti apa yang Ain dapat. Malah terima bahawa inilah bahagian Ain yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Walaupun ummi cakap she was very happy with my result, tapi Ain boleh rasa dia agak terkilan. Balik ambil result tu, masa dalam kereta ummi ada cakap, "Result kakak dah cukup baik. Ye la... dengan keadaan ummi yang tengah tak menentu masa tu."

Lepas tu Ain terus buat sesuatu yang tak pernah Ain lakukan depan ummi sekian lama - menangis! Sejak menginjak ke alam remaja, malah sejak Ain faham bagaimana corak kehidupan yang kami tempuh, Ain tak pernah menangis depan ummi. Kalau ada pun sorok-sorok. Memang... keadaan masa tu memang agak kelam-kabut. Ya ALLAH! Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan Ain masa tu. Berserabut!

Masa ujian trial keputusan amatlah tidak memberangsangkan. Teruk! Fikiran masa tu bercelaru sungguh! Tak tahu apa yang seharusnya dilakukan. Sampai kena kaunseling dengan ustazah Jamilah. Tapi kerana ummi, Ain kuatkan semangat, cekalkan hati demi menghadapi peperiksaan yang tinggal tak berapa lama lagi. Tahu... harapan ummi untuk melihat Ain berjaya. Tahu... ummi pasti kecewa sekiranya Ain gagal dalam PMR. Kerana itu Ain tak boleh berputus asa.

Dan alhamdulillah... Ain berjaya! Walaupun keputusan tak seberapa, Ain cukup berpuas hati. Sekurangnya itu dapat menebus kembali kegagalam Ain dalam trial. 8A 1B sudah cukup memuaskan. Malah lebih dari memuaskan.

Terima kasih pada semua...
Pada teman-teman... kerana sentiasa di sisi... kehadiran kalian cukup bermakna...
Pada guru-guru... atas ilmu yang dicurahkan selama ini...
Pada ummi... kerana kasih sayang dan sokongan yang tidak jemu-jemu... hanya ini yang mampu kakak persembahkan...

Sunday, December 2, 2007

yada... yada... yada...

Assalamualaikum and a very good day to everyone.

It's been a long time since i last updated my blog. Opps... or should i say blogs? Been busy with something.

I miss my blog so much!!!

PMR dah lama berlalu. Raya Aidilfitri pun dah berlalu. Sekolah pun dah habis. Dan tak lama lagi tahun 2007 pun akan berlalu. Banyak yang telah Ain pelajari dalam tempoh masa setahun. Pelajaran yang tidak terdapat di dalam mana-mana silibus kurikulum. Hanya dapat dipelajari dari kamus kehidupan.

Well... 2007 pun masih ada sebulan lagi. Tolak campur darab bahagi. Guess i'll see you again sooner or later.

Happy day everyone!

Monday, July 2, 2007

kenapa?!

Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?!

Kenapa saya tak boleh meluahkan ketidakpuasan hati saya di blog SAYA sendiri terhadap kawan-kawan saya?

Kenapa saya mesti mengikut telunjuk mereka yang merosakkan perasaan saya, mempunahkan jiwa dan raga saya, menghancurkan hati saya?

Kenapa boleh jadi sampai macam ni?

Kenapa saya tak boleh nak mewujudkan perasaan kasih kepada kawan-kawan saya walau secebis cuma?

Saya benci awak semua. Lebih baik kalau awak semua tak muncul dalam hidup saya, kalau kehadiran awak semua cuma untuk mencalit parut di hati saya.

'Uhibbuki fillah'. Suka untuk saya mengatakan yang saya merasa jelek untuk mendengar kata-kata itu meluncur laju di bibir kalian. Alangkah bagus kalau ianya lahir dari hati, bukan dari bibir yang bisa berdusta. Kata-kata cuma mainan bibir. Sedangkan yang terperosok di sudut hati, siapa yang tahu?

Cepatlah waktu berlalu. Saya tak tahan dengan semua ni. Saya tak mahu menatap wajah-wajah tersebut lagi. Biarlah orang kata saya pengecut kerana melarikan diri, saya tak kisah. Yang penting, perasaan saya tenang. Hati saya bahagia. Hidup saya penuh warna-warna. Dan saya tak perlu untuk berlakon lagi, seolah-olah saya begitu sayangkan mereka, sedangkan di hati saya, tiada lagi kasih sayang untuk mereka. Cukuplah dengan luka yang dipalit selama ini.

Awak... saya rindukan awak. Saya rindukan kata-kata semangat awak. Hanya awak yang memahami. Bila saya rasa buntu sangat, saya baca balik email-email awak pada saya. Saya rasa seolah-olah awak berada di sisi saya. Mendengar luahan hati saya. Terima kasih, awak. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya, tatkala saya dibuang oleh kawan-kawan saya sendiri. Berikan saya kata-kata semangat untuk terus mengharungi hidup.

Nad... terima kasih sudi menjadi kakak saya. Saya sayang awak.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011