Pages

Subscribe:
Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di KMNS

Alhamdulillah, it's been two days since Ramadhan arrived. Baru dua hari, masih boleh bertahan.

Tiba-tiba, terkenang Ramadhan tahun lepas di KMNS. Pertama kali menyambut Ramadhan sendiri tanpa ummi. Agak sedih tapi excited dalam masa yang sama. Sepanjang-panjang aku hidup 19 tahun atas muka bumi ni, itulah pengalaman pertama aku. Selalu, 1 Ramadhan kami akan pulang ke kampung dan bersahur dan berbuka dengan nenek, pakcik, makcik dan sepupu tiga orang tu.

Setiap petang, kunjungan ke bazar adalah wajib. Sama ada lepas kelas atau lepas Asar. Itupun terpulang kalau larat nak turun naik tangga yang tinggi amat itu. Kalau tidak, habis saja kelas terus serbu bazar walaupun aku habis kelas pukul 4 petang. Ya, pukul 4 petang aku dah serbu bazar disebabkan sifat malas aku nak mendaki Batu Caves yang tinggi tu. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.


Tangga Batu Caves yang terkenal di kalangan pelajar KMNS

Selalu aku macam tak cukup nafas apabila selamat sampai ke puncak. Kalau tengah puasa lagilah. Tenaga habis naik tangga ni sahaja. Rasa macam tak nak naik. Nak duduk bawah tunggu kren datang angkat naik atas. Mula-mula rasa macam nak menangis bila tiap-tiap hari kena panjat tangga ni. Mujur bilik dekat first floor. Kalau tidak mau aku meraung nak balik tiap-tiap hari. Tapi, lama-lama dah biasa sampaikan tiap-tiap hari aku balik bilik untuk solat Zuhur. Even waktu Ramadhan. Penat tak penat, alah bisa tegal biasa.

Apapun, pengalaman berpuasa sebagai perantau memang manis. Tiap-tiap hari, aku dan roommates akan berbuka di bilik depan. Siapa kata makan ramai-ramai tak seronok? Sangat seronok okay! Setiap hari kami akan berbalah siapa yang akan lead untuk baca doa. Tapi yang pasti setiap orang dapat giliran masing-masing. Kemudian, kami solat Maghrib berjemaah. Ini pun satu lagi masalah. Hari-hari berbalah siapa patut jadi imam. Again, setiap orang ada giliran masing-masing. Bersesak kami enam orang dalam ruang yang limited. Tapi pengalaman tu memang seronok.

Waktu sahur pula, aku sahur sendirian. Sebabnya roommates aku yang Muslim dua orang tu tak suka bangun sahur. Yang sorang lagi pulak Chinese, dah tentu-tentu dia tak bangun sahur. Menu sahur pula tak tentu. Tapi biasanya roti. 3 keping roti, secawan air panas cukup untuk alas perut. Sekali dua, melantak maggi. Ya, pagi-pagi buta, pukul 5 pagi membaham maggi. Dapat tahu dek roommate, kena marah. Lepas tu sakit perut. Memang padan muka! Tapi itulah pengalaman, kan?

Masih ada 28 hari lagi Ramadhan. Sama-sama kita berusaha untuk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

Sunday, May 18, 2008

3 in 1

I am at lost for words. Berkali saya menulis, berkali juga saya memadam. Terlalu banyak yang ingin dikisahkan tapi saya tak tahu bagaimana untuk memulakan, dan apa yang harus diceritakan.

*tarik nafas*

*lepas*

"Kenapa anti lama tak datang?"

Oh... saya percaya berulang-ulang soalan yang sama akan diajukan sebaik saya menjejakkan kaki ke sekolah. Saya belum kembali ke sekolah pun sudah ada yang mengajukan pertanyaan yang sama. Tapi bukanlah ramai sangat pun, sorang je. And as a matter of fact, cuma sorang je telefon saya. Yang lain, tak ada! No! Yilee! Nil! Zero!

Seminggu saya tak ke sekolah menjaga nyai - temankan ummi jaga nyai di kampung sebenarnya, yang sakit. Mild stroke, bahagian tubuh sebelah kanan setelah jatuh dari kerusi dan pengsan. Bahagian kepala sebelah kanan sehingga telinga lebam, biru! Tiga hari dia di HSA, tiga hari juga saya dan ummi menjaga nyai. Dari pagi hingga malam. Mandikan, tukarkan lampin, suapkan makan dan etc... Dia mula admitted hari Sabtu (3/5/08).

Nak dijadikan cerita, malam kedua di wad, dia berjalan di sekeliling wad, mengejutkan orang. Ini diceritakan 'jiran' di katil sebelah dan juga nurse. Bila dengar je, saya rasa antara nak tergelak dan tak percaya. Sedangkan nak ke bilik air yang dekat pun mesti dipapah takut jatuh, inikan pulak berjalan keliling wad. Pulak tu siap mengejutkan orang. Saya betul-betul tercengang. Mungkin dia lapar agaknya sebeb siangnya, dia makan tak banyak. Dia seolah berjalan dalam tidur. Bila tanya dia cakap tak ada. Tapi yang peliknya boleh dia berjalan tu. Haila nyai... nyai...

Hari Selasa dia dibenarkan keluar dan dibawa balik ke rumah saya. Sebelum tu, dah tanya sama ada dia nak belik terus ke kampung ke, nak balik ke rumah saya. Dia kata tak kisah. Cadangnya keesokan harinya nak hantar dia balik ke kampung sebab tahu dia tak betah duduk di sini. Dulu sebulan lebih duduk sini di asyik sibuk nak balik. Pulaknya hari Rabu tu, dia dah lain macam. Mula cakap sesuatu yang tak pernah dia cakap. Tingkah dia pun dah lain. Seolah-olah dah tiba masanya nak pergi. Kebetulan saya tak ke sekolah kerana 'period pain'.

Aduh... saya, ummi dan mak teh dah kalut dah. Ummi terus telefon kampung. Sementara tu saya bacakan Yasin. Masuk waktu Zuhur, dia mintak nak sembahyang, sedangkan sebelum ni dia terbaring aje. Hati saya terus berdegup kencang. Terus saya terfikir, tiba-tiba cakap nak sembahyang, takkan lepas sembahyang nanti...

I don't even want to think abaout it. Tapi, alhamdulillah, dia okey. Kiranya false alarm. Tapi terus kami bawa balik kampung. Cadangnya saya akan duduk kampung sampai Ahad (minggu lepas) sahaja, tetapi oleh kerana Cik Ora kerja dan sementara nak cari orang - bibiklah kiranya dan nyai tak nak duduk sorang lepas kes orang pecah rumah hari tu, saya dan ummi saya yang jaga. Maka cuti saya berlanjutan dari hari Rabu sampailah sekarang.

Sudahlah sekarang minggu periksa. Banyak kertas yang saya tak ambil. Mungkin saya terpaksa korbankan seperuh masa cuti saya untuk menjawab soalan, itupun kalau dibenarkan.

------------------------

Seluruh sekolah gempar apabila bas Sabar 1 terlibat dalam kemalangan. Syukur alhamdulillah tak ada yang cedera parah atau maut (nauzibillah!).

Pada hari itu, mood saya dalam keadaan tak baik. Penat menjaga nyai hingga lewat malam baru balik, kemudian 'dipaksa' pula ke sekolah. Juga kerana perubahan hormon dalam badan. Saya sangat berharap masa akan berlalu dengan pantas sebab saya dah tak sabar nak balik. Malah upacara penyampaian hadiah unit sukan pun tak menarik minat saya seperti biasa. Apabila PKHEP ke depan sebagai wakil pengetua untuk memberi ucapan, hati saya jadi tidak sedap. Tambah lagi bila tengok mata guru Add Math saya yang merah.

Semakin bertimpa-timpa persoalan di kepala saya apabila sebelum itu beberapa orang pelajar masuk ke dalam dewan dalam dengan muka kesan menangis. Saya yang terus melayan perasaan sendiri tak ambil pusing pun. Malah hati diterjah rasa lucu apabila ternampak gerak bibir guru BM saya semasa tengkatan 1, "Kenapa? Kena inject ke?" Langsung tak terlintas di hati saya ada musibah yang berlaku. Saya anggap ketiadaan pengetua mungkin kerana beliau menghadiri mensyuarat.

Sebaik PKHEP mengumumkan berita tersebut, tubuh saya terasa seperti terkena arus elektrik. Mengertilah saya kenapa adik-adik yang masuk tadi berwajah begitu, kenapa mata guru Add Math saya merah, kenapa hati saya tidak sedap. Kedua belah tangan saya saling bersulam antara satu sama lain menahan perasaan.

Segera fikiran saya teringatkan nasib rakan-rakan dan adik-adik yang menaiki bas tersebut. Dalam hati tak henti saya berdoa agar dijauhkan segala musibah. Saya teringatkan rakan-rakan saya. Sepanjang hari kami menanti khabar tentang mereka. Cederakah mereka? Atau okkah mereka? Dan sepanjang hari juga, apa yang diajar guru-guru seakan tak lekat di kepala. Ibaratnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sungguh saya tak pasti saya akan dapat menerima dengan hati yang terbuka andai ada di kalangan rakan-rakan saya yang ditimpa musibah.

Kedua-dua peristiwa di atas membuatkan saya semakin tersedar, maut tidak menunggu masa juga tidak mengenal siapa. Bila-bila masa dia akan datang dan siapa-siapa juga dia akan meragut nyawa.

------------------------

Hawa. Balqis. Zulaikha.

Kak long. Kak ngah. Kak chik.

...

...

...

...

...

Saya kehilangan kata.

Sungguhlah kata orang, kita tak akan sedar betapa bermaknanya sesuatu itu sehingga kita kehilangannya.

Friday, February 8, 2008

uhibbukum fillah abadan abadaa

Sedih...

Seorang demi seorang rakan melangkah pergi. Membuatkan saya terfikir, mungkin perasaan ini jugalah yang bakal dirasai teman-teman saya sekiranya saya tetap dengan keputusan saya untuk berpindah. Sedih dan kehilangan! Dua rasa yang bercampur baur di dalam hati.

Saya tak dapat jumpa Amirah buat kali terakhir. Hari Rabu merupakan hari terakhir Amirah di SMIH. Dan saya tak datang kerana masalah kesihatan. Terkilan. Terkilan yang amat. Walau apapun saya doakan yang terbaik buatnya di sekolah baru kelak. Harapan saya moga jalinan persahabatan kami tidak akan terputus walaupun saya taklah begitu rapat dengan Amirah.

Sejenak saya terkenangkan rakan-rakan saya yang lain yang sudah tidak berada lagi di bumi Hidayah. Rahmah Nadiah, Noramizah, Zati Nadira. Dulu kami ada geng yang kami namakan F5 (Forever 5). Dua lagi ahli dah tentulah saya sendiri dan Aaeshah. Tapi bila melangkah ke tingkatan 1, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Maka F5 pun terbubarlah secara tidak rasmi.

Noramizah

Setahun lebih saya tak dengar khabar dari Nora. Sebelum ni, pantang cuti sekolah, sama ada dia akan call saya atau saya akan call dia. Saya faham dia duduk asrama. Tapi dalam pada waktu itu pun, kadang-kadang dia akan call saya dari sekolah. Pernah sekali dia call saya dari sewaktu bulan ramadhan. Bila saya tanya kenapa, jawapan yang saya terima betul-betul membuatkan saya terharu. "Ana rindu nt dan nak ucapkan Selamat Hari Raya!" Hampir menitik air mata saya. Waktu itu hampir waktu berbuka. Saya tak sangka begitu sekali ingatannya kepada saya.

Tapi entah kenapa sejak setahun kebelakangan ini, apabila saya cuba untuk call dia, asyik tak dapat. Engaged memanjang. Saya rindu sangat pada dia. Tiga tahun tidak menatap wajahnya membuatkan saya rindu. Dialah antara kawan yang paling saya senangi. Ye la... dua-dua sama-sama 'gila-gila'.

Zati Nadira

Dalam banyak-banyak kawan, ketiadaan Zati paling saya rasai. Saya kenal Zati bukan sehari dua, bukan juga setahun dua. Tetapi hampir 6 tahun. Sejak kami di darjah 4. Zati... kenapa tak cakap nt nak pindah masa kita jumpa hari tu. Janji kita nak buat outing lepas PMR tak terlangsai lagi. Entah bila kita ada masa untuk buat outing yek. Ana rindu waktu dolu-dolu... setiap kali kita buat outing. Juga pada waktu ana jadi posmen tak rasmi korang masa nt gaduh dengan Rahmah dulu.

Rahmah Nadiah

Kawan yang selalu buat saya risau dan pening kepala dengan perangai dan sikap dia. Saya selalu risaukan dia. Tapi sejak berpisah, saya langsung tak pernah dengar khabar dia. Walhal rumah dia taklah jauh sangat dari sekolah tu. Itupun kalau dia masih menetap di situ. Tapi dia duduk asrama. Tapi adakalanya Nora (dululah sebelum lost contact) ada juga cerita pasal dia. Cerita yang pastinya membuatkan saya mengeluh berat. Harapnya dia taklah begitu lagi. Setiap kali selepas solat saya berdoa supaya dia tidak dengan perangai lama dia tu.

Asiyyah

Perkenalan pertama yang sampai sekarang mampu membuatkan bibir saya mengukir senyum tanpa sedar. Sewaktu orientasi tingkatan 1 dulu, kami disuruh mengisi borang entah apa entah tak ingat. Kebetulan dia duduk di sebelah saya. Dia tak bawa pen. Dan saya yang bersemangat bawa pencil box yang gedabak tu pun dengan baik hatinya meminjamkan pen saya kepadanya. Sebelum tu saya dah perasan dia asyik menoleh pada saya. Selesai tugasan, pen saya dikembalikan. Masa tu yang meluncur dari bibir hanyalah "terima kasih..." dan "sama-sama". Itu sahaja!

Kemudian sewaktu nak keluar dari musolla banin (musolla lama, rindu pulak!) sekali lagi dia di sebelah saya. Dan waktu itulah dia membuka mulut dan bertanya. "Nt ni anak mak limah ke?" Itu yang saya dengar. Menyangkakan soalan itu bukan ditujukan kepada saya, saya pun buat tak tahu lah (sebab saya tunduk memandang kaki). Takdir kami ditempatkan di kelas yang sama. Dan hubungan kami mula rapat walaupun taklah serapat mana. Apabila kisah sewaktu orientasi dibuka kembali, saya ketawa berdekah-dekah.

Rupa-rupanya soalan yang diajukan ialah "Nt ni anak muallimah ke?" Kata Asiyyah, muka saya sama seperti anak muallimah. Dan kerana saya tak menjawab soalannya ketika itu, saya dicop sebagai orang yang sombong! Haha...

Ramai lagi sahabat yang sudah meninggalkan bumi hidayah. Untuk menulis bingkisan khas untuk setiap seorang dari mereka, entah bila akan habis. Nama mereka tidak tertulis di atas, tidak bermakna saya melupakan mereka.

Mardhiah
Faiqah
Iffah A'laa
Afiqah Shamsul
Farah Francis
Umi Fakhriyyah
Aisyah Ahmadi
Azyan
Aishah Ismail

dan ramai lagi yang tak tersebut namanya di sini...

Buat sahabat-sahabatku sekalian...

In my mind, you never leaved me,
In my heart, you always be with me,
But in reality, you never be with me.

Jarak yang memisahkan kita usah dijadikan alasan sebagai pemutus sebuah persabahabatan, kerana setiap saat dan detik, kalian sentiasa di lipatan kenangan.

Uhibbukum fillah abadan abada...

p/s : hampir sejam saya menulis entry ini....

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011