Pages

Subscribe:
Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

25 days to go

Sekarang dah hampir 10 Ramadhan. Bermakna apabila tambah tolak darab bahagi, tinggal 25 hari saja lagi sebelum aku bergelar mahasiswa UTM. Ya, Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor Bahru. Reaksi orang sekeliling?

"UTM? Dekatnya!"

Rata-rata itu reaksi yang aku terima. Aku biasa-biasa saja. Belajar kat mana-mana pun sama bagi aku. Yang penting ilmu. Ada sesetengah yang tahu, aku dapat tawaran USM. Dan aku tolak. Ya, aku tahu USM tu APEX universiti. One of the top universiti in Malaysia. Aku tolak bukan pasal jauh, tapi kursus yang ditawarkan bukanlah kursus yang aku minat walaupun ia tersenarai dalam pilihan aku. Dan kursus yang aku minat pula, aku tak dapat sebab aku tak hadir temuduga. Jadi aku tunggu keputusan UPU keluar. Maka, tercampaklah aku ke UTM yang sekangkang kera dari rumah tu.

Bak kata mak aku,

"Tak kisahlah belajar mana-mana. As long as you get your degree and finish your PhD before you're 30."

Dan aku hanya mampu tersengih mendengar ayat yang entah berapa banyak kali singgah di gegendang telinga.

Di kala ini, semua orang tengah sibuk mengisi borang. Aku masih rileks lagi. Borang penjamin, saksi, medical check up semua tu aku tak buat lagi. Selamba kan? Sebab aku berpegang pada ayat "Masa panjang lagi!".

Saturday, March 1, 2008

a week

Salam...

Sedar tak sedar rupanya dah seminggu tak post apa-apa. Lama! Tapi kenapa rasa macam sekejaaaap sangat ek? Itu tandanya masa berlalu begitu pantas sehingga kita, manusia biasa selalu terleka dengan waktu.

This week, I got my exam result. It was bad. Not very bad. Just bad. Urgh... I am not satisfied... What's done cannot be undone. Accept the fact Ainnur that you are ****** and lazy and... I don't know what is the best words to describe it.

I also started my sports practice. I am in the RED (the BEST among the BEST... haha...) team. It was fun. I enjoyed my self. Looking forward for the sports day. Come April...

I think that's it.

p/s : Saya tak tahulah kamu yang membaca ni buta ke apa. Saya dah berkali-kali tulis, sampai lenguh tangan saya menaip. INI BLOG SAYA!!! SUKA HATI SAYALAH SAYA NAK TULIS APA SAYA NAK, LETAK BACKGROUND BLOG SAYA NI WARNA APA SEKALIPUN, APA KAMU PEDULI? IF YOU DON'T LIKE, YOU COULD JUST GO AWAY. KAMU TIDAK DIINGINI DI SINI. AND I HATE YOU!!!

Monday, December 24, 2007

countdown

Countdown?

Ya. Countdown sebelum result PMR keluar Khamis ni. Debar di hati tak usah cakaplah. Rasa nak pecah dada menahan debaran. Semakin dekat hari nak ambil result semakin kuat debaran. Tinggal berapa hari je ni. Ya ALLAH...

Nervous? Sangat nervous. Hanya ALLAH yang tahu. Kadang-kadang sampai tak boleh nak tidur malam. Serba tak kena dibuatnya. Tapi tak adalah sampai termimpi-mimpi. Kelakar juga dengar cerita ada kawan-kawan yang mimpi pasal ni. Apapun segalanya diserahkan pada ALLAH. Walau debar di hati dah tak tahu nak letak tempo berapa.

Beberapa hari ni seboleh-bolehnya nak lupakan sekejap. Tak nak fikir sangat. Takut lain yang diharap lain yang jadi. Tapi tak boleh. Semakin cuba dilupakan semakin kuat dia melekat di fikiran. Setiap saat dia menghantui. Sampaikan nak menulis pun tak boleh. Macam mana nak menulis kalau fikiran tak tenteram. Asyik teringat-ingat!

Apapun... doakan untuk kejayaan Ain dan kawan-kawan ya! Semoga berjaya!

Sunday, August 19, 2007

long time no see

Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rasa kekok pulak. Sepanjang tempoh tu, banyak yang berlaku.

Trial PMR baru berlalu. Result memang tak memberangsangkan. Orang pujuk, kata tak apa. Baru 1st trial. 1st trial pun, perasaan tetap down. Ditambah pula dengan amukan Maziah. Makin rasa bersalah. Hampir-hampir nak menangis time tu. Tapi tahan. Kemudian sepanjang hari, memang down. Nak luahkan, tak tahu nak cakap pada siapa. Nak sangat share dengan seseorang how i felt.

Bila dengar apa Kak Wani cakap, luluh perasaan. Kak Wani baru cakap sikit, dah menangis. Tambah lagi bila tahu apa yang berlaku. Makin tension, makin tertekan. Masa tu, dah tak kisah. Tak kira la kalau orang lain tak menangis, Ain sorang yang menangis. Hilang semua perasaan malu.

Ain tak sepandai kawan-kawan yang lain. Tambah-tambah lagi Science. Itulah satu-satunya pelajaran yang Ain fail. Dari form 1 sampai sekarang, tak pernah dapat A. B jarang sekali. C lah yang selalu dapat. And believe me, hampir-hampir fail subject ni. Memang putus asa. Rasa macam nak drop je. Tapi selalu pujuk hati.

So... cuti ni, memang nak struggle habis-habis. Apa outcomenya, berserah saja pada Allah. Apa yang terbaik pada Allah, itulah yang terbaik untuk Ain.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011