Pages

Subscribe:

Friday, June 1, 2007

a tale to share

Cuti sekolah sudah bermula. Dan sepanjang masa dua minggu ni, masa cuma dihabiskan di rumah. No travelling, no makan angin, no jalan-jalan. Rasa macam nak balik kampung, tapi fikir dua kali sebelum tu.

Kampung = Internet lambat. Eventhough it is fun spending time there, but... But what?

Semalam, keluar jalan-jalan sambil cari barang-barang rumah. Peti ais dah hampir kosong.

At first, pergi Plaza Pelangi. Niatnya ke situ nak makan chicken chop at my favourite restaurant. But later I found out chicken chop dah tak jual. And I was just like... Hmm... Chicken chop dia, besar, sedap and of course murah. RM 10. Dengan salad, baked potato, black pepper sauce yang memang mengancam, baked corn. But now... Gigit jari je lah. Last-last I eat chicken rice while ummi eat laksa johor. Not bad. For dessert, we choose chocolate funge. Yummy... Oleh kerana laksa ummi tak habis, terpaksalah cik adik ni *tuding jari pada diri* habiskan. Sayang! Bukannya banyak mana pun. Adalah 2-3 suap.

After that, jalan-jalan sekejap di Metrojaya. Tengok shirts, vase, handbags, shoes, bracelets. Tengah dok belek-belek tu, mata terfokus pada satu bracelet. Opal bracelet. Pink colour. Tanya ummi, nice tak? At first, her impression was like, ini you kata cantik? Then, bila try dekat tangan, cantik pulak. Design pun simple je. Harga pun taklah mahal sangat. RM 13 something, tolak 20% off. Around RM 11. Well... not bad. Terus sambar. Ada lagi colour dark purple dengan white, tapi hati lebih berkenan dengan yang pink tu.

Opal bracelet memang antara barang-barang yang dibuat koleksi. Ain tak minat sangat dengan gelang emas. Tapi lebih tertarik pada opal bracelet. Banyak jugaklah koleksi. Beli masa pergi Indonesia, Thailand. Ada juga yang my aunt bagi. Maklumlah... orang tak ada anak perempuan. Apa-apa yang dirasakan cantik, dibelikan untuk Ain. Ain pulak, orang dah bagi, ambil je lah. Rezeki jangan ditolak.

Kemudian, ummi ada beli handbag yang I admit it is beautiful. Tengoklah siapa yang pilih kalau bukan anak dara ummi ni. Hehe... Keluar Metrojaya, singgah kedai cenderamata. Geram rasanya tengok kotak-kotak puzzle yang bersusun. Mula, sekadar tengok je. Sebab tengok banyak cartoon. Kemudian, ada jumpa satu ni. Cantik! Ada glitters lagi. Terus sambar. Ada la aktiviti nak buat cuti ni. Gaya cakap macamlah berhari-hari baru nak siap. Padahal sehari dah siap. Nak pasang 1000 puzzles in a day, cuma dalam 5-6 hours je.

Lepas tu, pergi Jusco Tebrau City. Niat asal ke Pelangi just untuk makan, then baru pergi Jusco beli groceries yang sudah surut sangat. Memang every month je bila barang-barang dah surut, pergi Jusco. Sampai rasanya dah boleh kenal kedudukan kedai dalam tu. Tapi pelik bila kawan-kawan kata pergi Jusco Tebrau City boleh sesat? Sesat ke? Rasa macam tak pun masa mula-mula pergi. Habis satu shopping complex dijejak. Dari ground floor sampai 3rd floor.

Sebelum masuk Jusco, pergi Harris dulu. Tempat yang wajib jejak bila ke sana. Cari buku rujukan dengan buku-buku latihan. Ummi... entah ke mana pun tak tahu. Tapi I know where to find her. So... tak kisah sangatlah. Dah habis cari, pergi ruangan novel pulak. Bukan dekat rak yang bersusun, tapi dekat rak yang tinggi tu. Mata terus meliar cari Gurindam Jiwa, Surat Ungu Untuk Nuha, Senafas Rindu, Kasih Dania, Kerna Dia Cinta. Yang jumpa cuma Senafas Rindu. Kemudian bergerak ke rak yang bersusun. Carik kat situ buku-buku yang lain. Pun tak jumpa. Pergi pula meja kat depan tu. Ahha... jumpa KDC. Yang lain, out of stock. Kasih Dania tak sampai lagi. Huh...

Lepas tu cari ummi. Kan betul dia ada kat situ. Tengah baca buku pasal 'What Happen Next In Harry Potter and Deathly Hallow'. Khusyuk benar membaca sampai tak pusing kiri kanan. Buku-buku yang penat dikendong, letak sebelah ummi. Lepas tu lari balik ke bahagian novel lagi. Kali ni nak cari buku untuk Nadia and Aaeshah. Mula-mula cari untuk Aaeshah dulu. Pendragon Book Seven. Tajuk dia lupa. Lama berdiri depan rak tu. Tangan pulak ligat menyusun kedudukan buku yang agak berterabur. Habis susun, tengok, cuma ada sampai Book Six je. Hmph!!!

Kemudian cari pulak buku untuk Nadia. Sophalic apa tajuk dia. Tak pernah nak ingat. Puas dok keliling meja cari buku Sophie Konsella. Tak jumpa-jumpa. Dari satu meja ke satu meja. Berkali-kali pusing. Petugas kat situ pun sampai naik pelik. Ada jugak orang yang tengok dengan satu macam pandangan - weird. Agaknya dia ingat Ain ni betul ke tak kot? Hehe... Bila tak jumpa, bergerak ke bahagian rak pulak. Ahah... jumpa pun. Belek-belek buku-buku Sophie Kinsella, cari yang ada perkataan Sophalic. Jumpa! Terus capai. Tengok harga, terbeliak biji mata. Mak oii... Harga dia je boleh habiskan my one month allowence. Pantas kepala mencongak nak beli ke tak? Tak bawa enough money. Tak sangka harga dia masih mahal. Eventhough ada 15% discount, berapa banyak sangatlah yang kurang. So... i decided letak dulu buku. Next visit which is on the 2nd June, i'll buy.

Bila on the way nak pay je, ummi kata boleh beli just one novel. Ala... Ok fine! Pergi letak balik KDC. Bila pergi dekat ummi balik, she said, "I know you would choose Damya Hanna." Ain cuma tersengih je.

Lepas tu pergi makan dekat Vivo. Then shopping. Baru beli groceries. Baru balik.

Pen off.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011