Pages

Subscribe:

Friday, June 22, 2007

minggu yang memenatkan

Akhirnya, lepas dari penyeksaan yang begitu menyeksakan. Rasa macam badan ni dah hancur berkecai. Dua hari berturut-turut balik sekolah lambat. Lambat bukan sebarang lambat. Lambat yang memang teramat lambat. Pukul 9, pukul 10 malam baru balik. Sampai rumah, dah malam sangat. Semua semata-mata kerana pertandingan memasak antara sekolah untuk mewakili daerah. Ya Allah... penatnya tak terhingga. Tak terkata.

Malam pertandingan (Selasa), tidur pukul 1 (lebih kurang). Padahal kena bangun pagi. Saya dengan Maziah mata macam kena gam. Maziah sempat tidur masa saya tengah mandi. (Kami tidur rumah Nadhirah). Trainer kami yang ditempah istimewa asyik memberi arahan untuk final touch up. (Apa aku tulis ni? Meraban je). Ummi balik tengah malam. Sebenarnya, berat hati nak suruh ummi balik sorang malam-malam buta macam tu. Tak pernah ummi balik lambat tak berteman. Lagipun dia pun bukannya sihat sangat. Kalau jadi apa-apa tengah jalan, siapa susah. Nauzubillahiminzalik. Simpang malaikat 44. Rasa macam nak je suruh ummi tidur rumah Nad sekali, tak pun tidur rumah Along. Alhamdulillah... tak jadi apa-apa.

Hari pertandingan agak meng'stress'kan. Kesian Nad kena marah dengan kami. Ampun dan maaf ya Nad. Masa tu agak tension. Ada butterfly dalam tummy. Kepala dah berdenyut. Oleh kerana kami sampai agak lewat, jadi kami akan memasak pasa sidang ke-2. Pukul 11 mula. Barang memanglah teramatlah banyaknya. Bila dah start, rasa macam blur je nak buat apa. Ah... lantaklah. Buat je apa-apa tugas yang free sementara menanti giliran untuk masak. Bila masa tamat, agak kelam kabut sebab ada beberapa yang tak settle lagi. Hiasan tak sempat nak letak. Macam-macam lagilah. Akhirnya... berakhir juga penyeksaan.

Keputusannya, sebenarnya nak buat surprise. Tapi dah tak jadi nak buat sebab ada mulut-mulut gatal yang menyebarkan. Lantak kamulah. Asal kamu bahagia (di atas kesengsaraan orang lain). Ayat akhir jangan peduli. Itu tak ada kena mengena pun.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011