Pages

Subscribe:

Sunday, June 17, 2007

ceritaku

Makin dekat PMR, makin terasa bahangnya. Semua sibuk nak study. Termasuklah Ain. Alhamdulillah... cuti dua minggu sebelum ni taklah mengikut sangat hawa nafsu. Siang, menyibukkan diri dengan buku-buku sekolah, buku-buku latihan. Buat nota dan sebagainya. Hafazan lepas Maghrib dan Isya'. Kemudian, barulah bertenggek depan komputer dari malam hingga ke pagi. Sibuk dengan KKS dan penulisan.

Cerita tentang menulis ni, teringat satu cerita sedih yang terjadi sewaktu menulis. Di malam yang sunyi dan hening, sedang tangan laju menari di atas keyboard, secara tiba-tiba laptop shoutdown. Bila on balik, tengok apa yang dah ditaip hilang begitu sahaja. Rasa macam nak menangis. About 10 pages hilang. Hati dah membara. Kalau diikutkan rasa hati, nak je hempuk laptop ni. Bukan senang nak dapatkan idea nak siapkan 10 pages tu. 10 PAGES!!! Lebih-lebih lagi dalam satu malam. Dan tiba-tiba, hilang begitu sahaja.

Hari Rabu (20 Jun) ni, ada pertandingan masak. Pertandingan akan berlangsung di sekolah Mutiara Rini 2. Tahu akan ada pertandingan masak dah lama, cuma the actual date tak pasti bila kerana tak dapat lagi pengesahan. Bila dah dapat surat, tinggal seminggu je lagi. Ya Allah... seminggu tu sempat ke nak buat preparations, berlatih semua. Dengan KKG dan KKS nya lagi. Tapi Ain tahu bukan Ain sahaja yang tension, team member yang lain pun tension. Kan Maziah kan. Nasib baiklah ummi sudi menyumbang idea nak buat apa. Kalau nak harap Ain... memang hancurlah.

Doakan kami supaya dapat lakukan yang terbaik di pertandingan tu nanti. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011