Pages

Subscribe:
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

exam stress


Yup, currently I'm having an exam stress! So much to read, so much to memorise, so much to understand, so much to explain and so on.

It's already week 8, which is pretty much of half of the semester. Oh, I'm anticipating for the holidays!

Just a short update to get away from the books and notes for a while. Wish me with all the luck!

Dear ALLAH, please grant me all the strength that I need! Bless all the knowledge that were bestowed upon me!

Friday, August 12, 2011

aktiviti sepanjang cuti

If someone asked me, what did I do during these four months since I finished my matriculation programme, I must say NOTHING!

Literally nothing.

Tak bekerja, just lazying around. Cuma memerap dalam rumah, jadi penganggur berjaya. Konon-konon nak spend time with my mother after a year of being separated. Mengada-ngada! I know!

And, not to forget, last month we went to Sabah for a week. Ummi said, this is a treat for both of us. For me, this is my treat after struggling with books and examination for 10++ long months and the result are satisfying. Tak sia-sia penat belajar!

What a life!

Saturday, March 14, 2009

happy hols!

Just wanted to say...

Saturday, August 16, 2008

it's over

Salam...

Alhamdulillah, lima hari yang menyeksakan sudah berlalu. Perasaan saya? Sangat-sangatlah lega, tak terkata, tak terkira.

Setiap kali lepas periksa, saya selalu pesan pada diri saya supaya selalu rajin belajar, jangan malas-malas suapa apa yang terjadi pada periksa kali ini tak akan terjadi pada periksa yang akan datang. Tapi setiap kali periksa keadaannya tetap sama, tak berubah. Esoknya nak periksa, malam sebelum baru sibuk nak buka buku, buat latihan itu ini. Kalau tak, haram! Kemudian, bila keputusan keluar, barulah nak menyesal.

Makanya, cuti kali ni saya akan cuba manfaatkan sebaik-baiknya untuk tebus balik kesilapan saya.Walaupun untuk UB dah tak berguna dah, tapi apa salahnya kalau saya bersedia awal untuk persiapan peperiksaan semester 2 yang sebulan lebih (kot!) lagi. Tak apa kalau kali ni saya gagal, tapi jangan saya gagal sewaktu SPM nanti.

Masa tu, menangis air mata darah sekalipun tak berguna.

JANGAN MALAS-MALAS, HIDUP MESTI RAJIN!!!

Quote yang diambil dari blog BatchSebelas yang sememangnya berguna sebagai peringatan untuk diri yang sentiasa leka dan terlupa.

Dan akhir sekali,

Selamat Bercuti!

Saturday, May 24, 2008

menjaga hati

Alhamdulillah, saya sudah merdeka! Merdeka daripada belenggu kertas-kertas soalan yang menghambat fikiran saya siang dan malam. Akhirnya, saya sudah bebas. Dan sekarang masanya untuk cuti!!!

'Soalan tadi macam mana?'

Usahlah ditanya. Saya sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Sesungguhnya, saya mempraktikkan skill menghemtam saya sepenuhnya...

'Yakin tak boleh score?'

*Diam sekejap* Entahlah... Pasrah ajelah apa saja keputusan yang diterima nanti.

Huhu... inilah akibatnya apabila membaca buku dengan tidak bersungguh-sungguh. Dah tak boleh jawab soalan.

-----------------------------

Menjaga Hati
Yovie N The Nuno



Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah bertanda
Cinta tak disini lagi
Kau t'lah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Kau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku tak kan bisa menghapus dirimu
meskiku lihat kini kau di sebelah sana

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Lau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Kau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

P/s : Saya suka rentak lagunya.

-----------------------------

*edited 24/5, 11:30 p.m.*

Next...

Dengan ini saya mengisytiharkan, barangsiapa yang ada meng'tag' saya dan sebagainya, sila tinggalkan jejak anda di peti suara saya yang comel di sebelah kanan anda. Atau, tinggalkan mesej melalui Yahoo!Messenger.

Saya tahu saya banyak hutang yang belum dilangsaikan.

Sekian terima kasih!

-----------------------------

Last but not least,

HAVE A HAPPY MID-TERM BREAK!!!

Friday, May 23, 2008

cuti

Alhamdulillah... periksa dah tamat. Kertas terakhir (secara majaznya) Aqidah yang bolehlah dikatakan hampir memecahkan kepala saya. Habis sahaja ujian, saya terus bergegas ke bilik guru berjumpa dengan Ustazah Siti Rohana untuk ujian Sejarah yang mengikut kata kawan-kawan saya susah! Bagi saya sederhana. Tak susah dan tak senang. Ada yang sikit mengelirukan, ada yang sangat mudah.

Esok saya ada periksa Chemistry, Komputer dan Mathematics (insyaALLAH...). Doakan saya. Dan selamat bercuti.

2 in the morning

Waktu sudah menginjak ke jam 2 pagi. Dan saya masih berjaga. Di depan PC. Kenapa?

Kerana saya perlu belajar untuk periksa esok. Esok PQS dan Aqidah. Dan SEJARAH!!! Sewaktu saya berjumpa Ustazah Rohana tadi, awal-awal ustazah dan bilang soalan susah. Huwaa!!! Saya cuma mampu tersengih sumbing. Dalam hati, matila! Aku tak baca lagi buku!

Maka dengan itu saya berazam untuk belajar habis-habisan. Kertas Sejarah dan PQS tak boleh pandang sebelah mata. Silap hari bulan duduk melangut je menghadap kertas soalan. Sekejap main pensel, sekejap main pen, sekejap conteng atas kertas soalan. Itulah gaya saya bila saya tak ingat atau tak dapat jawab satu-satu soalan.

Esok, rakan-rakan saya yang lain akan bebas dari belenggu peperiksaan yang menyeksakan (?) sejak dua minggu lepas. Tetapi tidak saya. Hari Sabtu saya ada periksa Chem pula. Dan kalau ada lagi subjek yang saya boleh ambil pada hari itu, saya akan ambil. Itulah, lain kali tak datang lagi periksa. Sampai seminggu pulak tu! Bila orang lain dah bersenang-lenang, saya masih bergelut dengan buku-buku pelajaran, bersengkang mata semata-mata kerana nak menjawab soalan keesokan harinya.

Baru seminggu saya naik sekolah semula, setelah bercuti selama seminggu terus waktu tidur saya, waktu malam saya, waktu belajar saya jadi tunggang terbalik. Upside down. Contohnya seperti hari ni. Saya hanya sempat menjamah nasi hanya apabila hampir ke tengah malam. Sedangkan sepanjang hari, perut saya hanya dialas dengan dua keping roti saja, itupun setelah ditolak bahagian yang saya beri pada rakan-rakan. Nasib baik tak meragam. Kalau tidak... Semuanya kerana saya nak menyiapkan projek komputer yang tinggal proses terakhir sebelum dihantar kepada Ustazah Zunainah. Menjelang tengah malam baru saya buka buku dan belajar. Bayangkan! Mana tak hidup saya jadi huru-hara.

Oh ya! Saya baru tahu hari ini mukhayyam pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 13 Jun. Cepat-cepat saya bergegas ke papan kenyataan sebelah bilik guru untuk melihat senarai ahli kumpulan saya. Saya kumpulan10. Kumpulan paling akhir. Dan saya tak suka berada di kumpulan yang paling akhir. Berada di kumpulan paling hadapan pun saya tak suka. Saya suka berada di tengah-tengah.

Alamak! Dah 2.20. Banyak lagi yang saya tak baca, terutamanya Sejarah. Selamat pagi dan selamat menjawab periksa kawan-kawan! Back to myself too!

Thursday, January 3, 2008

ooo... la...

I'm losing my mind. I lost track of time. What day is it? What's the date today? What time is it? Is it January 3rd 2008 yet or we're still in year 2007? Oh God! What the hell is going on with me la?

Inilah padahnya bila bercuti lama sangat. Sampaikan hari ni hari apa, berapa hari bulan pun tak tahu. Hai... apalah nak jadi dengan diri awak ni cik kak oii... Sedarlah sikit sekolah tinggal berapa jam je lagi.

Ada lebih kurang 4 jam sebelum sekolah mula. Tapi masih tak tidur tidur. Kalau ummi tahu, memang sah kena 'pancung'. Mata ni degil sangat, tak nak lelap walau puas dipujuk. Kalau tak lelapkan mata barang sejam dua, alamatnya esok dekat sekolah menguap + terlentuk-lentuk la jawabnya.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011