Pages

Subscribe:
Showing posts with label template. Show all posts
Showing posts with label template. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

my dream

Seems like my cough is back. Dua tiga hari ni tekak rasa perit diiringi batuk-batuk kecil. Makin lama makin melarat pulak. Batuk sampai nak termuntah. Dalam kepala saya, satu je terfikir...

Agaknya ni saki baki yang demam hari tu kot.

Boleh macam tu pulak kan...

Seriously, saya tak suka batuk. Bila batuk, tidur malam saya akan terganggu. Sebagai pelajar, saya perlukan tidur dan rehat yang secukupnya.

Yeah... *rolling eyes*

Oh yeah... I made some changed to my blog. Thanks to MrDoubts for the beautiful image.

Sekarang ni, saya semangat betul nak edit basic theme blogger into something more lively. Sampai set-up beberapa buah blog sebagi percubaan. Tak tahu nak campak mana. I'm thinking of making free templates and distribute it. Tapi...

Teringat kata Dr. Shukri. Tumpuan saya sekarang hanyalah pada pelajaran. Pedulikan benda lain! Mungkin dah habis SPM saya boleh pertimbangkan semula this 'mad' idea dan improve my knowledge about this whole HTML thingy. Perlahan-lahan, i want to learn about graphic.

Macam-macamkan yang saya nak buat! Perancangan masa depan saya berselirat dalam kepala ni! Terlalu banyak yang ingin saya lakukan sampai saya tak tahu yang mana perlu saya dahulukan. Payah benar saya nak fokus pada satu-satu benda. Semua nak cuba!

Kata ummi, whatever you want to be, whatever course you're taking, make sure that you get you PhD. That's all that i'm asking for.

Satu harapan yang sangat besar tergalas di bahu saya. Beginilah bila jadi satu-satunya racun dan penawar.

Monday, September 1, 2008

akhirnya...

Akhirnya...

Setelah puas saya berhempas pulak menggodeh code-code HTML, berjaya juga saya tukar template buat kesekian kalinya. Walaupun hasilnya tak seperti yang saya harapkan, tapi saya tetap berpuas hati. Kerja keras saya berbaloi. ;)

Sakit hati tak payah katalah bila coding yang dibuat tak menjadi. Lebih-lebih lagi bila guna template dari Blogskin. Kebanyakan skin yang saya berkenan, memang banyak kerja mengedit yang perlu dilakukan.

Contohnya seperti skin ni. Rupa asalnya dia agak terperosok ke sebelah kiri dan belah kanan kosong. Saya tak suka template yang sebegitu. Oleh kerana dah berkenan, saya buat keputusan tambah sendiri sidebar di sebelah kanan supaya taklah nampak kosong sangat.

Setiap kali mengedit, selalu terdetik di hati, bilalah saya boleh design template sendiri? Selama ni, apa yang saya lakukan hanya mengubah suai apa yang ada sahaja.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011