Pages

Subscribe:

Friday, June 1, 2007

my hobbies

Cuti sekolah, tak ada yang nak di cerita. Kalau setakat cerita duduk rumah, habiskan baca novel yang bertimbun, bina badan aja lah yang ada dalam poket. Tapi sebab tangan ni gatal nak mengupdate, fikirlah satu topik untuk di post. Fikir punya fikir, terlintas dalam fikiran nak share hobby dengan semua. Manalah tahu kalau ada yang sama hobby.

1) Membaca. Ain percaya ramai yang tahu hobby Ain yang satu ni. Walaupun ramai yang tahu Ain suka baca novel, tapi Ain juga suka baca buku berkaitan komputer, sirah nabawiyah, sejarah, buku-buku pelancongan. Ain juga suka baca buku tentang decoration. Demi untuk memenuhi tuntutan, kadang-kadang sanggup ikat perut. (Setakat ni tak pernah sampai macam tu.)

2) Cross-stitch. Sejak sekolah rendah suka buat cross-stitch. Mula-mula buat yang kecik dulu. Tapi cepat sangat siap. Try buat yang besar. Masa tu baru habis UPSR. Memang besar. Ambil masa 2 tahun lebih nak siap. Tapi puas bila tengok hasilnya.

3) Puzzle. Ini pun satu hobby, or kegilaan i should say. Biasanya kedai cenderamata ada jual puzzle. Bersusun-susun. Mula-mula sekadar tengok je. Kalau-kalau ada yang berkenan sebab hampir semua gambar cartoon. Bila jumpa, susahlah nak resist. Last-last beli jugak. Sampai sekarang, dah ada dalam 10 yang dah siap frame, 5 masih dalam kotak sebab frame tak ada. Dah siap pasang, bubarkan balik. Puzzle yang 1000 ke atas tau. Bukan puzzle budak-budak tu.

3) Gift wrapper. Ini lagi satu kegilaan. Asal pergi stationary shop je, mesti ada gift wrapper yang dibeli. Walaupun dah pesan pada hati, tak nak beli. Tapi dia degil. Akhirnya... beli jugak.

4) Keychain. Suka sangat kumpul keychain. Dah bermacam bentuk dalam koleksi. Kalau pergi berjalan, jumpa yang menarik, mesti beli setelah puas tawar-menawar. Teringat masa pergi Medan, Indonesia dulu. Masa di Pulau Samosir, ada bermacam keychain yang jumpa sepanjang jalan. Banyak yang menawan. Banyak jugalah duit yang melayang.

5) Opal bracelet. Hobi sejak dari kecil. Pantang jumpa. Mesti nak. Kalau melancong ke mana-mana, mesti beli sekurangnya satu. (Tak pernahnya beli satu, mesti lebih.) Masa pergi Medan dulu, banyak yang diborang dengan harga yang murah-murah. Suka sangat.

6) Al-Qur'an. Suka sangat kumpul Al-Qur'an yang berbagai. Ummi pun tak kisah. Ain lagilah tak kisah sebab bukan Ain yang keluar duit. Kalau Al-Qur'an, Ummi tak kisah kena keluar duit. Kalau yang lain susah sikit. Sampai sekarang, banyak juga koleksi Al-Qur'an.

7) Frame. Frame ni selalu digunakan untuk buat hadiah. Sesiapa yang selalu terima hadiah dari Ain, hadiah frame bukanlah sesuatu yang pelik.

8) Note book @ test pad. Kalau pergi kedai, tak sah kalau tak beli dua benda ni. Dekat almari tu, dah bertimbun dah.

9) Convenience box. Atau lebih dikenali sebagai kotak hadiah tu. Ala... yang bercorak-corak tu. Ada sesetengah kedai yang jual, buy 1 free 1. Memang suka. Masa nak beli, beli banyak. Nampak macam membazir. Selalu kena marah dengan ummi. Tapi... nanti kita yang dicari, minta kotak nak buat hadiah.

10) Mengarang. Mengarang ni biasanya untuk mereleasekan tension. Tak kisahlah, sajak ke, cerita ke. Tapi jarang bagi kawan-kawan baca apa yang ditulis.

12) Duit syiling. Minat ni timbul bila berkunjung ke rumah kawan ummi yang hobi dia mengumpul duit syiling. Dari duit zaman dulu, sampai sekarang. Dari berbagai negara ada. Sejak itulah hobi ni mula timbul. Tapi tak banyaklah dalam koleksi. Paling kurang pun, Singapore Dollar, America Dollar, Pound, Rupiah. Itu je lah. Itupun sebab tempat-tempat tu je yang pernah pergi. Bila Abang Jit pergi Jepun nanti, nak minta duit buat koleksi.

13) Setem. Macam mana minat ni boleh timbul, sama dengan macam mana timbulnya hobi mengumpul duit syiling. Surat-surat yang dapat, gunting elok-elok, simpan. Album tak ada, simpan dalam kotak.

14) Bookmark. Suka sangat kumpul bookmark. Lebih suka yang ada kata-kata. Kalau jumpa, harga pun murah, kata-kata pun sedap, mesti beli. Sekarang ni, kalau beli novel pun disertakan bookmark.

15) Pen @ Mechanical pencil. Sebagai persediaan, kalau-kalau rosak ke, atau ink habis.

16) Kata-kata hikmat. Juga hobby. Banyak jumpa di internet. Simpan, kemudian print.

17) Postcard.

Cukuplah, banyak sangat dah tu. Tangan pun dah penat nak menaip.

Rasanya, tak ada orang buat lagi kan. So... Ain nak tag kawan-kawan supaya ceritakan hobi masing-masing.

Safiah, Maziah, Nadia, Qurratu' Aini, Nadia Farhana, Kak Ain, Kak Anis, Kak Hannah. Cukuplah ek. Dah ramai dah tu. So... buat. Jangan tak buat.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011