Pages

Subscribe:
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di KMNS

Alhamdulillah, it's been two days since Ramadhan arrived. Baru dua hari, masih boleh bertahan.

Tiba-tiba, terkenang Ramadhan tahun lepas di KMNS. Pertama kali menyambut Ramadhan sendiri tanpa ummi. Agak sedih tapi excited dalam masa yang sama. Sepanjang-panjang aku hidup 19 tahun atas muka bumi ni, itulah pengalaman pertama aku. Selalu, 1 Ramadhan kami akan pulang ke kampung dan bersahur dan berbuka dengan nenek, pakcik, makcik dan sepupu tiga orang tu.

Setiap petang, kunjungan ke bazar adalah wajib. Sama ada lepas kelas atau lepas Asar. Itupun terpulang kalau larat nak turun naik tangga yang tinggi amat itu. Kalau tidak, habis saja kelas terus serbu bazar walaupun aku habis kelas pukul 4 petang. Ya, pukul 4 petang aku dah serbu bazar disebabkan sifat malas aku nak mendaki Batu Caves yang tinggi tu. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.


Tangga Batu Caves yang terkenal di kalangan pelajar KMNS

Selalu aku macam tak cukup nafas apabila selamat sampai ke puncak. Kalau tengah puasa lagilah. Tenaga habis naik tangga ni sahaja. Rasa macam tak nak naik. Nak duduk bawah tunggu kren datang angkat naik atas. Mula-mula rasa macam nak menangis bila tiap-tiap hari kena panjat tangga ni. Mujur bilik dekat first floor. Kalau tidak mau aku meraung nak balik tiap-tiap hari. Tapi, lama-lama dah biasa sampaikan tiap-tiap hari aku balik bilik untuk solat Zuhur. Even waktu Ramadhan. Penat tak penat, alah bisa tegal biasa.

Apapun, pengalaman berpuasa sebagai perantau memang manis. Tiap-tiap hari, aku dan roommates akan berbuka di bilik depan. Siapa kata makan ramai-ramai tak seronok? Sangat seronok okay! Setiap hari kami akan berbalah siapa yang akan lead untuk baca doa. Tapi yang pasti setiap orang dapat giliran masing-masing. Kemudian, kami solat Maghrib berjemaah. Ini pun satu lagi masalah. Hari-hari berbalah siapa patut jadi imam. Again, setiap orang ada giliran masing-masing. Bersesak kami enam orang dalam ruang yang limited. Tapi pengalaman tu memang seronok.

Waktu sahur pula, aku sahur sendirian. Sebabnya roommates aku yang Muslim dua orang tu tak suka bangun sahur. Yang sorang lagi pulak Chinese, dah tentu-tentu dia tak bangun sahur. Menu sahur pula tak tentu. Tapi biasanya roti. 3 keping roti, secawan air panas cukup untuk alas perut. Sekali dua, melantak maggi. Ya, pagi-pagi buta, pukul 5 pagi membaham maggi. Dapat tahu dek roommate, kena marah. Lepas tu sakit perut. Memang padan muka! Tapi itulah pengalaman, kan?

Masih ada 28 hari lagi Ramadhan. Sama-sama kita berusaha untuk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah...

Ramadhan datang lagi. Syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk terus berada di dalam bulan yang mulia ini.



Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah buat semua.

Saturday, August 16, 2008

nisfu syaaban

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada ALLAH yang masih memanjangkan umur saya di muka bumi. Hari ini, usia saya sudah memcecah angka yang ke 17 mengikut taqwim Hijrah. Menurut kata ummi, saya dilahirkan pada malam Nifsu Syaaban. Sangat senang untuk diingat, kan?

--------------------------------------

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w. berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda s.a.w. selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Sumber : Malabari Network

--------------------------------------

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya, insyaALLAH.

Thursday, July 17, 2008

bulan rejab

Sedar tak sedar dah 15 Rejab. Kemudian diikuti pula oleh Syaaban. Dan akhirnya tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Apa persediaan yang telah kita lakukan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi?

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Memandangkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, maka perbanyakkanlah berpuasa kerana amalan terbaik dalam bulan Rejab ini adalah puasa.

Kelebihan bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

----------------------------------------------

Qiam BatchSebelas yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Ogos terpaksa ditunda ke satu tarik yang masih belum diketahui. Sama ada dicepatkan atau dilambatkan. Setakat ni, kami belum jumpa tarikh yang betul-betul sesuai memandangkan terlalu banyak program sekolah yang akan clash dengan program Qiam kami ni. Tak apalah, ALLAH telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari tersebut. Bukankah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri?

Tapi, nampaknya ramai yang macam tak puas hati bila dapat tahu Qiam BatchSebelas (baca: TERPAKSA) ditunda. Sedangkan ramai yang tahu Qiam akan diadakan pada 1 Ogos. Tapi apa nak buat. Kami, para AJK pun terkejut dengan berita yang baru diterima dari Ustaz Iswan Rabu lepas. Sekarang ni tengah pening cari tarikh yang betul-betul sesuai.

Ketahuilah wahai kawan-kawan, bukan kami suka-suka nak tunda, tapi menurut Ustaz Iswan, pada hari yang kita bakal mengadakan Qiam, sekolah pun ada program juga. Entah apa entah nama dia saya lupa. Daripada antum marah-marah tak puas hati, bukankah lebih baik kalau antum buat solat istikharah supaya ALLAH beri kita petunjuk, mohon pada ALLAH supaya apa yang telah kita rancangkan ni dapat berjalan dengan lancar.

Hari Rabu depan ada meeting lagi.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011