Pages

Subscribe:
Showing posts with label suratan. Show all posts
Showing posts with label suratan. Show all posts

Sunday, December 30, 2007

andai itu ketentuan-NYA

Setahun sudah berlalu sejak TAA ditutup. Dan sepanjang setahun itu rasa rindu pada teratak, pada teman-teman yang menceriakan teratak tidak pernah surut. Walaupun pertemuan kami hanya di alam maya, tapi terasa betapa rapatnya ukhuwwah di antara teratakian'z walaupun tak pernah bersua muka.

Masih terbayang-bayang TAA yang dilatari dengan warna pink yang ceria. Membuatkan hati yang gundah bisa kembali 'tersenyum'. Rindu pada teman-teman. Hanya dengan mengingati telatah dan betapa nakalnya mereka, ada senyuman yang terlukis di wajah.

I miss TAA sooooooooo much!!!

Al-Fatihah, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.

Terima kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan dia kepada kami walau hanya seketika. Kerananya kami dapat bertemu dan menjalinkan satu ukhuwwah yang berkekalan sehingga ke akhir nyawa, insya-ALLAH...

Sebenarnya dah lama nak post entry ni, tapi masih tak ada kekuatan. Sedih... Bila lawat blog teratakian'z, rata-rata keluar entry yang berkisar tentang AA dan TAA. Sedih... TAA tiada gantinya buat Ain. Walaupun ada TS, TAA dan TS tetap dua forum yang berlainan. Setiap kali online pasti akan menjenguk TS, dan setiap kali itu jugalah akan terbayang TAA. :( TAA dalam kenangan buat selamanya...

Sunday, April 22, 2007

suratan atau kebetulan

Hehe... rasa nak ketawa pula bila fikir-fikir. Kalau siapa yang perasan, my blog dengan Kak Diya's blog memang sebiji. Walaupun tak berapa sama. Mula-mula, memang tak perasan, bila Kak Diya sebut, baru perasan. Memang sama. Selama ni manalah perasan, datang blog Kak Diya yang juz4u.blogdrive pun semata-mata nak baca cerita-cerita dia je. Yang lain memang tak ambil pusing. Sekadar tengok di angin lalu je. Bila tengok diary blog Kak Diya, terkejut juga. Tajuk pun sama. 'Diary Of My Life'. Exactly the same. Mungkinkah ini suratan atau kebetulan?

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011