Pages

Subscribe:
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, August 9, 2008

2 tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa seperti sudah terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. Kesian si oren ini yang tak diserikan dengan sebarang entri dalam masa lebih kurang dua minggu, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan duduk melongo di depan komputer.

Entahlah, semenjak dua menjak ni mood saya untuk berblog dah tak seghairah dulu, macam masa mula-mula ada blog dulu. Kalau boleh setiap hari nak hantar n3!

On a second thought, bukan memang setiap hari ke hantar n3 dulu?

Sedar tak sedar, hampir dua tahun dah usia blog - diarymylife, teratakimpian, teratakidaman (yang sekarang dah ditukar urlnya), dan beberapa blog lain yang tak perlu diberitahu di sini. Cepat sungguh masa berlalu!

If my memory is not failing me, i think i started blogging since October (i think) 2006. It was when i was in form 2. Tarikh sebenar saya tak ingat, since i've deleted teratakimpian which is my first blog for some reason, but i'm quite sure sure it was around that time.

Kan Yaya?


'Baju-baju' yang telah menghiasi blog ini sepanjang usianya.

Birjinak-pinak dengan dunia blogging ni, baru saya kenal pasal HTML, XHTML, CSS ni semua. Saya yakin, kalau saya tak ada blog, memang sepatah haram saya tak faham semua ni. Tapi, bila dah ada blog sendiri saya harus tahu, kenal dan belajar semua tu walaupun waktu itu saya melongo depan komputer saja. Sedikit demi sedikit saya merangkak untuk belajar pengetahuan yang saya ada sekarang ini walaupun tidaklah seberapa.

-------------------------------

Terlalu lama sangat tak update, saya tak dapat nak buat special n3 sempena birthday rakan-rakan sekelas saya yang dah mencecah 16 tahun.

Qurrah, Safiah dan Alifah.

Happy birthday!!!

Maaf kerana lambat wish. Maaf juga kerana tak ada hadiah yang dapat ana bagi, cuma sepotong ucapan sahaja.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-16!

Wednesday, January 16, 2008

what's in a blog

What's in a blog?

Macam-macam ada. Ada e-novel, journal kawan-kawan (including orang yang saya tak kenal tapi main 'ceroboh' je blog orang tak bagi salam ke apa ke) dan macam-macam yang saya tak dapat nak figure out sekarang.

Tujuan saya membuka blog adalah untuk berkongsi kehidupan seharian (walaupun tak hari-hari update) dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya. Saya juga nak berkongsi suka duka hidup saya. Saya menjadikan blog saya ini sebagai satu medium untuk saya melepaskan tekanan di kala saya tension, marah, sedih dan sebagainya. TAPI tak semuanya saya luahkan di sini. Patut-patutla sikit.

Bukan tak tergerak hati untuk cuba menyebarkan da'wah melalui blog, tapi setiap kali saya sudah bersedi di hadapan PC dan jari-jari sudah berada di atas keyboard, saya kehilangan kata-kata. Otak saya tiba-tiba jadi kosong walhal sebelumnya penuh dengan idea yang bagaikan tak sabar-sabar untuk di'curah'kan dan disemadikan dalam bentuk kata-kata.

Penyudahnya saya lebih senang bercerita tentang kehidupan seharian saya, tentang orang di sekeliling saya dan apa yang saya rasa.

P/s : Ummi dah ada blog. Dah lama sebenarnya ada tapi sebab saya malas nak tolong cat rumah tu, ummi tak update. Dan oleh kerana hari ni saya tak sekolah, maka saaya pun merajinkan diri untuk mengecat dan mendekorasi rumah tu supaya cantik. Sampai pening kepala saya. Macam-macam yang ummi nak letak. Oleh kerana saya dah malas saya biarkan dulu. Nanti-nanti bila ada masa baru sambung balik. Kalau ada masa, sudi-sudikanlah melawat ke SINI.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011