Pages

Subscribe:

Sunday, June 17, 2007

ceritaku

Makin dekat PMR, makin terasa bahangnya. Semua sibuk nak study. Termasuklah Ain. Alhamdulillah... cuti dua minggu sebelum ni taklah mengikut sangat hawa nafsu. Siang, menyibukkan diri dengan buku-buku sekolah, buku-buku latihan. Buat nota dan sebagainya. Hafazan lepas Maghrib dan Isya'. Kemudian, barulah bertenggek depan komputer dari malam hingga ke pagi. Sibuk dengan KKS dan penulisan.

Cerita tentang menulis ni, teringat satu cerita sedih yang terjadi sewaktu menulis. Di malam yang sunyi dan hening, sedang tangan laju menari di atas keyboard, secara tiba-tiba laptop shoutdown. Bila on balik, tengok apa yang dah ditaip hilang begitu sahaja. Rasa macam nak menangis. About 10 pages hilang. Hati dah membara. Kalau diikutkan rasa hati, nak je hempuk laptop ni. Bukan senang nak dapatkan idea nak siapkan 10 pages tu. 10 PAGES!!! Lebih-lebih lagi dalam satu malam. Dan tiba-tiba, hilang begitu sahaja.

Hari Rabu (20 Jun) ni, ada pertandingan masak. Pertandingan akan berlangsung di sekolah Mutiara Rini 2. Tahu akan ada pertandingan masak dah lama, cuma the actual date tak pasti bila kerana tak dapat lagi pengesahan. Bila dah dapat surat, tinggal seminggu je lagi. Ya Allah... seminggu tu sempat ke nak buat preparations, berlatih semua. Dengan KKG dan KKS nya lagi. Tapi Ain tahu bukan Ain sahaja yang tension, team member yang lain pun tension. Kan Maziah kan. Nasib baiklah ummi sudi menyumbang idea nak buat apa. Kalau nak harap Ain... memang hancurlah.

Doakan kami supaya dapat lakukan yang terbaik di pertandingan tu nanti. InsyaAllah...

Thursday, June 14, 2007

lalalalalala

Penat. Penat. Penat. Penat yang teramat. Terasa kudrat yang tidak seberapa ni tercabar. Setiap kali balik sekolah, terasa seolah-olah bantal sedang melambai-lambai. Dugaan... Entah kenapa badan terasa teramatlah lesu. Padahal sejak naik sekolah ni, dah tak tidur lambat lagi. Kalau tak ada homework, pukul 10, pukul 11 dah berlayar di lautan mimpi dah. Tapi pagi mesti mengantuk yang teramat sedangkan kalau tidur lambat seperti kebiasaannya (3, 4 pagi) tak pulak mengantuk.

Sekarang tengah struggle nak siapkan KKG dan buat final touch up untuk KKS. Dah tak lalu dah mata ni nak menghadap words setiap hari. Tambah pula, kalau tak ada aral, hari Rabu depan ada pertandingan masak antara sekolah peringkat daerah. Masa dah suntuk sangat. Nak masak apa pun undecided lagi. Hiasan lagi... hadui... boleh pecah kepala macam ni.

Hari ni ada ujian Syafawi. Dari juz 1-6. Tak lancar. Tak faham ustaz cakap apa. Tak dengar ustaz baca ayat apa. Last-last, ustaz suruh balik. Huh... gaya macam itik bercakap dengan ayam. Ustaz tak faham apa Ain cakap, Ain pun tak faham apa ustaz cakap.

Wednesday, June 13, 2007

back to school

Akhirnya, setelah dua minggu bercuti, tibalah masa untuk kembali ke sekolah. Argh... malasnya nak pergi sekolah. Kalau pergi sekolah tak belajar ok la jugak. Semangat yang pada mulanya berkobar-kobar nak ke sekolah, jatuh merudum. Bangunan baru tak siap lagi. Ingat bila naik sekolah dah boleh guna. Sekali belum. Hampeh...

Semalam, masa waktu PJK, ingat nak lepas gian lepas lama tak main. Stor pula terkunci. Pulak dah. Banin pulak conquer dua-dua court. Huh... tak aci. Last-last, tengok bola. Free show. Tak payah bayar tiket. Banin main bola, kita tengok la. Ingin ditegaskan, tengok bola. Sekali lagi, tengok bola. Sekali lagi, tengok bola. Bukan tengok orang yang main bola. Tak cam siapa yang main. Maklumlah... orang rabun. Kalau bukak speck lagilah tak nampak.

Minggu pertama di sekolah setelah lama bercuti, ok lah. Kertas-kertas periksa dah dapat. Tapi tak sanggup nak tengok. Masa examination week tu pun, kepala masih tak betul lagi. Demam masih belum baik sangat. Lagipun masih under observation. Tambah pulak kena makan ubat. Pening lalat jadinya. So... memang tak dapat nak perform sangat exam kali ni. Pasrah sajalah.

Sunday, June 10, 2007

oh no!!!


Oh no! Esok dah sekolah naik balik. Waa... tak nak. Kenapa tak sambung cuti lagi?! Tak nak pergi sekolah. No!!! Tidak!!!

tagged! again?!

Waa... kenapalah semua orang sekarang ni rajin sangat nak tag orang? Orang tengah malas tahap giga ni. Tapi demi kerana kawan, gagahkan juga diri nak jawab tag tu.

Tag dari Nadia.

IF YOUR LIFE WERE A MOVIE, WHAT WOULD THE SOUNDTRACK BE?

Here's how it works.
1. Open your library (iTunes, iPod, Media Player, Winamp, etc)
2. Put it on shuffle
3. Press play
4. For each question, type the song that's playing
5. When you go to a new question, press the next button
6. Don't lie and try to pretend your cool

(P/S: Taken directly from Nadia)

Opening Credits
No Promises - Shayne Ward

Waking Up
My Happy Ending - Avril Lavigne

First Day at School
If You're Not The One - Daniel Bedingfield

Falling In Love
You Took My Heart Away - Michael Learns To Rock (MLTR)

Fight Song
My Baby You - Marc Anthony

Breaking Up
Unwritten - Natasha Bedingfield

Prom
Since U Been Gone - Kelly Clarkson

Life
I Lay My Love On You - Westlife

Mental Breakdown
Now And Forever - Richard Marx

Driving
Purest Of Pain - Son By Four

Flashback
One Sweet Day - Mariah Carey ft. Boyz ll Men

Wedding
Nothing Gonna Change My Love For You - George Benson

Birth of Child
Just So You Know - Jesse McCartney

Final Battle
Show Me The Meaning Of Being Lonely - Backstreet Boys

Death Scene
Never Be Replaced - 1st Lady

Funeral Song
Seasons In The Sun - Westlife

End Credit
Famous Last Words - My Chemical Romance

Ok done. Punyalah lama. Sayang kalau dengar lagu sekerat jalan je. Kenalah habiskan. Hmm... semua lagu English. Sebab kebetulan tengah dengar yang English song punya. Hehe...

So... nak tag siapa? Hmm...

Puas dah dok fikir. Tapi tak tahu nak tag siapa. So... macam biasa, officially, siapa yang terbaca / terjumpa dan yang sewaktu dengannya, anda kena tag. Dan rajin-rajinkanlah diri ye menjawab tag tu. Sekian terima kasih.

tagged

Another tag. Kali ni dari my sweet sis, Kak Diya. What the task? Something about flowers. Bunga apa yang menjadi pujaan? Hmm... Well...

Presenting...
LAVENDER!!!


Kenapalah tak ada lavender farm di Malaysia ni. Dekat negara beriklim sejuk juga dia nak. Teringin sangat nak melawat ladang lavender. Hai... bilalah dapat peluang tu. One of the reason nak further study dekat abroad, kerana ni. Well... not actually. Tapi dah alang-alang ke abroad, pergilah sekali kan. Tapi study ke abroad memang cita-cita.

Hmm... tak tahu nak tag siapa pula. Senang-senang, siapa yang baca, OFFICIALLY, semua kena tag. Sekian terima kasih...

Sunday, June 3, 2007

oh tag

1.Where were you when it turned 2007?
>> home. sleeping.

2. How did you get the idea for your friendster name?
>> from my name. ainnur adliyah.

3. Recent favorite old songs you just listened to?
>> My Promises - Shayne Ward

4. Has the death of a celebrity ever made you cry?
>> Huh... what for? Bazir air mata je...

5. Do you talk to your crush?
>> Crush? Haha... tak pernah ada crush, for the time being la. Tak tahulah in the future.

6. One good thing about today?
>> Nothing...

7. Where were you today?
>> Home...

9. What you do tonight?
>> Surf internet, cari idea nak menulis, tidur...

10. What's your favorite memory from last weekend?
>> Shopping...

11. What are the last two digits of your mobile number?
>> Handphone tak pernah ada. Phone rumah boleh tak?

12.What was the last thing you ate?
>> Chocolate funge, ummi buat. Yummy...

13. What was the last thing you drank?
>> Justea lemon

14. What was the last movie you watched?
>> Waris Jari Hantu

15.What do you dislike right now?
>> Tak boleh beli novel sampai PMR. Uwaaa....

16. What food do you crave right now?
>> Chicken chop, fish and chips, pizza

17. Did you dream last night?
>> Yup... tapi tak ingat mimpi apa.

18. What was the last TV show you watched?
>> Manja Lara

19. What is your favorite piece of jewelery?
>> Bracelet, necklace, anklet, tak suka earings.

20. What is the phrase of song that keeps playing in your head?
>> 'I lay my love on you... It's all I wanna do... Everytime I breathe I feel brand new... You open up my heart... Show me all your love, and walk right through... As I lay my love on you

21. What was the last thing you kept telling yourself over and over?
>> Sabar... sabar... sabar... nanti datanglah idea tu...

22. Who last text messaged you?
>> Nobody...

23. One sweet thing about your loved one?
>> Caring... thank you my love... hehe...

24. What side of the bed do you sleep on?
>> Left side... dekat dengan dinding...

25. What color shirt are you wearing?
>> Dark green... Yew... I don't like green...

26. What is your favorite frozen treat?
>> Strawberry ice-cream...

27. How many piercings do you have?
>> Kat telinga adalah...

28. What's your favorite store/s?
>> Badan Cemerlang, Harris, MPH...

29. Are you thirsty right now?
>> Not really...

30. Recent good news you just heard?
>> Nothing...

31. What did you do last night?
>> Cari idea nak menulis...

32. Do you care what people think about you?
>> No... Buat apa nak kisah.

33. Have you ever done something you regret and cant help stop doing it?
>> Yup... how i wish i can turn back the time...

34.When was the last time you worked out?
>> Err... bila ek?

35. What are your font colors on YM?
>> purple

36. When was/is your most looking forward event?
>> October... cepatlah PMR berlalu...

37. Are you aggressive?
>> Quite

38. Mobile phone network?
>> Sorry, got no handphone...

41. What is the thing that you would most like to change about yourself?
>> Kemalasan...

42. What size are your feet?
>> 7

44. What is your favorite color?
>> light colours

45. Your favorite quote?
>> 'Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.'

46. What do you tell people when times get hard?
>> Err... tatau. You go and ask siapa-siapa yang pernah consult me tapi ada ke...

47. Would you ever sky dive?
>> How I wish to...

48. Do you sleep on your side, tummy or back?
>> Back...

49. Have you ever bid for something on eBay?
>> Never in my life...

50. Will you stay in the game called love?
>> Sound interesting...

Kena tag lagi. Lepas ni, siapa-siapa yang nak men'tag' Ain, tinggalkan pesan di shoutbox di tepi tu ya. Kalau tak, sampai ke sudah Ain tak tahu. Ain ni malas sikit nak berjalan-jalan ke blog orang lain kecuali blog e-novel.

Friday, June 1, 2007

most wanted things

Hmm... most wantwd things ye. Ok... ni barang-barangnya.

1) Laptop. Laptop ni dah macam siput speed dia. Sakit jiwa dibuatnya.

2) MP3 Player. Nak MP3 yang paling besar kapasiti. Yang ada sekarang 1 GB.

3) Pendrive. Nak pendrive baru. Pendrive yang sedia ada dah penuh. Ummi ada kata, kalau dapat 9 A's ummi belikan yang 50 GB punya.

4) Novel. Nak novel. Nak semua novel.

5) Castle. Terbayang dalam fikiran castle macam dalam cerita fairytales tu. Kalau dapat... alangkah seronoknya. Siap dengan swimming pool, fish ponds, garden. Allah... akan tercapaikah hasratku ini?

6) Handphone. Buat masa sekarang, tak perlukan lagi. Tapi kalau dah dapat, takkan nak tolak. Ciri-cirinya sama macam Maziah.

7) Bookshop. Cita-cita dan impianku yang sekian lama berlegar di fikiran. Siap dengan cafe, internet cafe. Bookshop yang ala-ala perpustakaan. Bolah pinjam buku. Kemudian, perkhidmatan internet. Ada cafe untuk minum-minum.

8) Money. Kalau tak ada duit, macam mana nak capai semua yang diatas tu.

Malas nak fikir nak tag siapa. So... siapa yang baca n3 ni, officially, semua kena tag.

my hobbies

Cuti sekolah, tak ada yang nak di cerita. Kalau setakat cerita duduk rumah, habiskan baca novel yang bertimbun, bina badan aja lah yang ada dalam poket. Tapi sebab tangan ni gatal nak mengupdate, fikirlah satu topik untuk di post. Fikir punya fikir, terlintas dalam fikiran nak share hobby dengan semua. Manalah tahu kalau ada yang sama hobby.

1) Membaca. Ain percaya ramai yang tahu hobby Ain yang satu ni. Walaupun ramai yang tahu Ain suka baca novel, tapi Ain juga suka baca buku berkaitan komputer, sirah nabawiyah, sejarah, buku-buku pelancongan. Ain juga suka baca buku tentang decoration. Demi untuk memenuhi tuntutan, kadang-kadang sanggup ikat perut. (Setakat ni tak pernah sampai macam tu.)

2) Cross-stitch. Sejak sekolah rendah suka buat cross-stitch. Mula-mula buat yang kecik dulu. Tapi cepat sangat siap. Try buat yang besar. Masa tu baru habis UPSR. Memang besar. Ambil masa 2 tahun lebih nak siap. Tapi puas bila tengok hasilnya.

3) Puzzle. Ini pun satu hobby, or kegilaan i should say. Biasanya kedai cenderamata ada jual puzzle. Bersusun-susun. Mula-mula sekadar tengok je. Kalau-kalau ada yang berkenan sebab hampir semua gambar cartoon. Bila jumpa, susahlah nak resist. Last-last beli jugak. Sampai sekarang, dah ada dalam 10 yang dah siap frame, 5 masih dalam kotak sebab frame tak ada. Dah siap pasang, bubarkan balik. Puzzle yang 1000 ke atas tau. Bukan puzzle budak-budak tu.

3) Gift wrapper. Ini lagi satu kegilaan. Asal pergi stationary shop je, mesti ada gift wrapper yang dibeli. Walaupun dah pesan pada hati, tak nak beli. Tapi dia degil. Akhirnya... beli jugak.

4) Keychain. Suka sangat kumpul keychain. Dah bermacam bentuk dalam koleksi. Kalau pergi berjalan, jumpa yang menarik, mesti beli setelah puas tawar-menawar. Teringat masa pergi Medan, Indonesia dulu. Masa di Pulau Samosir, ada bermacam keychain yang jumpa sepanjang jalan. Banyak yang menawan. Banyak jugalah duit yang melayang.

5) Opal bracelet. Hobi sejak dari kecil. Pantang jumpa. Mesti nak. Kalau melancong ke mana-mana, mesti beli sekurangnya satu. (Tak pernahnya beli satu, mesti lebih.) Masa pergi Medan dulu, banyak yang diborang dengan harga yang murah-murah. Suka sangat.

6) Al-Qur'an. Suka sangat kumpul Al-Qur'an yang berbagai. Ummi pun tak kisah. Ain lagilah tak kisah sebab bukan Ain yang keluar duit. Kalau Al-Qur'an, Ummi tak kisah kena keluar duit. Kalau yang lain susah sikit. Sampai sekarang, banyak juga koleksi Al-Qur'an.

7) Frame. Frame ni selalu digunakan untuk buat hadiah. Sesiapa yang selalu terima hadiah dari Ain, hadiah frame bukanlah sesuatu yang pelik.

8) Note book @ test pad. Kalau pergi kedai, tak sah kalau tak beli dua benda ni. Dekat almari tu, dah bertimbun dah.

9) Convenience box. Atau lebih dikenali sebagai kotak hadiah tu. Ala... yang bercorak-corak tu. Ada sesetengah kedai yang jual, buy 1 free 1. Memang suka. Masa nak beli, beli banyak. Nampak macam membazir. Selalu kena marah dengan ummi. Tapi... nanti kita yang dicari, minta kotak nak buat hadiah.

10) Mengarang. Mengarang ni biasanya untuk mereleasekan tension. Tak kisahlah, sajak ke, cerita ke. Tapi jarang bagi kawan-kawan baca apa yang ditulis.

12) Duit syiling. Minat ni timbul bila berkunjung ke rumah kawan ummi yang hobi dia mengumpul duit syiling. Dari duit zaman dulu, sampai sekarang. Dari berbagai negara ada. Sejak itulah hobi ni mula timbul. Tapi tak banyaklah dalam koleksi. Paling kurang pun, Singapore Dollar, America Dollar, Pound, Rupiah. Itu je lah. Itupun sebab tempat-tempat tu je yang pernah pergi. Bila Abang Jit pergi Jepun nanti, nak minta duit buat koleksi.

13) Setem. Macam mana minat ni boleh timbul, sama dengan macam mana timbulnya hobi mengumpul duit syiling. Surat-surat yang dapat, gunting elok-elok, simpan. Album tak ada, simpan dalam kotak.

14) Bookmark. Suka sangat kumpul bookmark. Lebih suka yang ada kata-kata. Kalau jumpa, harga pun murah, kata-kata pun sedap, mesti beli. Sekarang ni, kalau beli novel pun disertakan bookmark.

15) Pen @ Mechanical pencil. Sebagai persediaan, kalau-kalau rosak ke, atau ink habis.

16) Kata-kata hikmat. Juga hobby. Banyak jumpa di internet. Simpan, kemudian print.

17) Postcard.

Cukuplah, banyak sangat dah tu. Tangan pun dah penat nak menaip.

Rasanya, tak ada orang buat lagi kan. So... Ain nak tag kawan-kawan supaya ceritakan hobi masing-masing.

Safiah, Maziah, Nadia, Qurratu' Aini, Nadia Farhana, Kak Ain, Kak Anis, Kak Hannah. Cukuplah ek. Dah ramai dah tu. So... buat. Jangan tak buat.

a tale to share

Cuti sekolah sudah bermula. Dan sepanjang masa dua minggu ni, masa cuma dihabiskan di rumah. No travelling, no makan angin, no jalan-jalan. Rasa macam nak balik kampung, tapi fikir dua kali sebelum tu.

Kampung = Internet lambat. Eventhough it is fun spending time there, but... But what?

Semalam, keluar jalan-jalan sambil cari barang-barang rumah. Peti ais dah hampir kosong.

At first, pergi Plaza Pelangi. Niatnya ke situ nak makan chicken chop at my favourite restaurant. But later I found out chicken chop dah tak jual. And I was just like... Hmm... Chicken chop dia, besar, sedap and of course murah. RM 10. Dengan salad, baked potato, black pepper sauce yang memang mengancam, baked corn. But now... Gigit jari je lah. Last-last I eat chicken rice while ummi eat laksa johor. Not bad. For dessert, we choose chocolate funge. Yummy... Oleh kerana laksa ummi tak habis, terpaksalah cik adik ni *tuding jari pada diri* habiskan. Sayang! Bukannya banyak mana pun. Adalah 2-3 suap.

After that, jalan-jalan sekejap di Metrojaya. Tengok shirts, vase, handbags, shoes, bracelets. Tengah dok belek-belek tu, mata terfokus pada satu bracelet. Opal bracelet. Pink colour. Tanya ummi, nice tak? At first, her impression was like, ini you kata cantik? Then, bila try dekat tangan, cantik pulak. Design pun simple je. Harga pun taklah mahal sangat. RM 13 something, tolak 20% off. Around RM 11. Well... not bad. Terus sambar. Ada lagi colour dark purple dengan white, tapi hati lebih berkenan dengan yang pink tu.

Opal bracelet memang antara barang-barang yang dibuat koleksi. Ain tak minat sangat dengan gelang emas. Tapi lebih tertarik pada opal bracelet. Banyak jugaklah koleksi. Beli masa pergi Indonesia, Thailand. Ada juga yang my aunt bagi. Maklumlah... orang tak ada anak perempuan. Apa-apa yang dirasakan cantik, dibelikan untuk Ain. Ain pulak, orang dah bagi, ambil je lah. Rezeki jangan ditolak.

Kemudian, ummi ada beli handbag yang I admit it is beautiful. Tengoklah siapa yang pilih kalau bukan anak dara ummi ni. Hehe... Keluar Metrojaya, singgah kedai cenderamata. Geram rasanya tengok kotak-kotak puzzle yang bersusun. Mula, sekadar tengok je. Sebab tengok banyak cartoon. Kemudian, ada jumpa satu ni. Cantik! Ada glitters lagi. Terus sambar. Ada la aktiviti nak buat cuti ni. Gaya cakap macamlah berhari-hari baru nak siap. Padahal sehari dah siap. Nak pasang 1000 puzzles in a day, cuma dalam 5-6 hours je.

Lepas tu, pergi Jusco Tebrau City. Niat asal ke Pelangi just untuk makan, then baru pergi Jusco beli groceries yang sudah surut sangat. Memang every month je bila barang-barang dah surut, pergi Jusco. Sampai rasanya dah boleh kenal kedudukan kedai dalam tu. Tapi pelik bila kawan-kawan kata pergi Jusco Tebrau City boleh sesat? Sesat ke? Rasa macam tak pun masa mula-mula pergi. Habis satu shopping complex dijejak. Dari ground floor sampai 3rd floor.

Sebelum masuk Jusco, pergi Harris dulu. Tempat yang wajib jejak bila ke sana. Cari buku rujukan dengan buku-buku latihan. Ummi... entah ke mana pun tak tahu. Tapi I know where to find her. So... tak kisah sangatlah. Dah habis cari, pergi ruangan novel pulak. Bukan dekat rak yang bersusun, tapi dekat rak yang tinggi tu. Mata terus meliar cari Gurindam Jiwa, Surat Ungu Untuk Nuha, Senafas Rindu, Kasih Dania, Kerna Dia Cinta. Yang jumpa cuma Senafas Rindu. Kemudian bergerak ke rak yang bersusun. Carik kat situ buku-buku yang lain. Pun tak jumpa. Pergi pula meja kat depan tu. Ahha... jumpa KDC. Yang lain, out of stock. Kasih Dania tak sampai lagi. Huh...

Lepas tu cari ummi. Kan betul dia ada kat situ. Tengah baca buku pasal 'What Happen Next In Harry Potter and Deathly Hallow'. Khusyuk benar membaca sampai tak pusing kiri kanan. Buku-buku yang penat dikendong, letak sebelah ummi. Lepas tu lari balik ke bahagian novel lagi. Kali ni nak cari buku untuk Nadia and Aaeshah. Mula-mula cari untuk Aaeshah dulu. Pendragon Book Seven. Tajuk dia lupa. Lama berdiri depan rak tu. Tangan pulak ligat menyusun kedudukan buku yang agak berterabur. Habis susun, tengok, cuma ada sampai Book Six je. Hmph!!!

Kemudian cari pulak buku untuk Nadia. Sophalic apa tajuk dia. Tak pernah nak ingat. Puas dok keliling meja cari buku Sophie Konsella. Tak jumpa-jumpa. Dari satu meja ke satu meja. Berkali-kali pusing. Petugas kat situ pun sampai naik pelik. Ada jugak orang yang tengok dengan satu macam pandangan - weird. Agaknya dia ingat Ain ni betul ke tak kot? Hehe... Bila tak jumpa, bergerak ke bahagian rak pulak. Ahah... jumpa pun. Belek-belek buku-buku Sophie Kinsella, cari yang ada perkataan Sophalic. Jumpa! Terus capai. Tengok harga, terbeliak biji mata. Mak oii... Harga dia je boleh habiskan my one month allowence. Pantas kepala mencongak nak beli ke tak? Tak bawa enough money. Tak sangka harga dia masih mahal. Eventhough ada 15% discount, berapa banyak sangatlah yang kurang. So... i decided letak dulu buku. Next visit which is on the 2nd June, i'll buy.

Bila on the way nak pay je, ummi kata boleh beli just one novel. Ala... Ok fine! Pergi letak balik KDC. Bila pergi dekat ummi balik, she said, "I know you would choose Damya Hanna." Ain cuma tersengih je.

Lepas tu pergi makan dekat Vivo. Then shopping. Baru beli groceries. Baru balik.

Pen off.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011