Tinggal sehari sebelum penggal persekolahan sesi 2008 bermula. Persiapan apa pun tak buat. Kasut tak beli, baju tak beli, apa semua tak buat. Langsung langsung! Rasa macam cuti masih berbaki sebulan.
Tinggal sehari sebelum sekolah dibuka, sebelum saya melangkah ke tingkatan 4. Aliran pun tak pilih lagi. Antara sains tulen atau sains sosial. Walau pada asalnya dah nekad nak pilih sains tulen, tapi sekarang dah mula ragu-ragu. Tambah lagi dengan keputusan PMR baru-baru ni. Sains B. Adakah itu bakal memungkinkan saya untuk melangkah ke tingkatan 4 sebagai seorang pelajar aliran sains tulen? Entahlah!
Sama ada saya bakal meneruskan pengajian di sekolah itu atau tidak pun tak tentu lagi. Memang hati berkeras untuk berpindah tapi akal menghalang. Memang kalau boleh semua nak turut kata hati. Tapi... entahlah! Tak tahu nak cakap macam mana.
Ummi pulak awal-awal (lepas keputusan ambil result PMR) dah kata, nak masuk MRSM atau sekolah sains memang agak susah. Kemudian terfikir SBP pulak. Tapi syarat ummi kalau nak pindah cuma MRSM atau sekolah sains. Sekolah teknik mati hidup semula pun ummi tak bagi. Huh... susahnya! Tapi tak tanya pendapat ummi tentang SBP tu lagi.
Beberapa hari lepas cik suki telefon. Tanya nak try apply MRSM tak. Dia ada kawan yang boleh tolong. Tapi bila bagitau sains yang B, dia pun macam dah pening sikit. Bukan tak boleh, tapi susah sikit la. Sebab reqiurement nak masuk MRSM mesti BI, Math and Science A. Kemudian dia cadangkan sekolah agama. Huh? Kalau macam tu lebih baik stay dekat SMIH je.
Tapi bila saya kata nak pindah, tak semestinya mesti masuk MRSM, sekolah sains atau SBP tu. Setakat sekolah belakang rumah tu pun dah cukup elok. Dekat pun dekat. Boleh jalan kaki je. Ummi pun tak payah susah payah nak ambil dah hantar ke sekolah.
Hadoila... peningnya kepala! Susahnya keadaan! Nak pindah sangat-sangat tapi dengan keadaan macam ni... entahkan terjadi entahkan tidak.







No comments:
Post a Comment