Pages

Subscribe:

Saturday, December 29, 2007

alhamdulillah

Alhamdulillah... Segalanya sudah berakhir. Syukur sangat dengan keputusan walaupun tidak sehebat rakan-rakan yang lain. Terbit juga rasa cemburu melihatkan betapa cemerlangnya keputusan rakan-rakan. Tapi Ain terima keputusan Ain dengan penuh rasa syukur yang teramat. Teramat-amat syukur sebab tak pernah terjangkau dek fikiran Ain akan mampu dapat keputusan seperti apa yang Ain dapat. Malah terima bahawa inilah bahagian Ain yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Walaupun ummi cakap she was very happy with my result, tapi Ain boleh rasa dia agak terkilan. Balik ambil result tu, masa dalam kereta ummi ada cakap, "Result kakak dah cukup baik. Ye la... dengan keadaan ummi yang tengah tak menentu masa tu."

Lepas tu Ain terus buat sesuatu yang tak pernah Ain lakukan depan ummi sekian lama - menangis! Sejak menginjak ke alam remaja, malah sejak Ain faham bagaimana corak kehidupan yang kami tempuh, Ain tak pernah menangis depan ummi. Kalau ada pun sorok-sorok. Memang... keadaan masa tu memang agak kelam-kabut. Ya ALLAH! Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan Ain masa tu. Berserabut!

Masa ujian trial keputusan amatlah tidak memberangsangkan. Teruk! Fikiran masa tu bercelaru sungguh! Tak tahu apa yang seharusnya dilakukan. Sampai kena kaunseling dengan ustazah Jamilah. Tapi kerana ummi, Ain kuatkan semangat, cekalkan hati demi menghadapi peperiksaan yang tinggal tak berapa lama lagi. Tahu... harapan ummi untuk melihat Ain berjaya. Tahu... ummi pasti kecewa sekiranya Ain gagal dalam PMR. Kerana itu Ain tak boleh berputus asa.

Dan alhamdulillah... Ain berjaya! Walaupun keputusan tak seberapa, Ain cukup berpuas hati. Sekurangnya itu dapat menebus kembali kegagalam Ain dalam trial. 8A 1B sudah cukup memuaskan. Malah lebih dari memuaskan.

Terima kasih pada semua...
Pada teman-teman... kerana sentiasa di sisi... kehadiran kalian cukup bermakna...
Pada guru-guru... atas ilmu yang dicurahkan selama ini...
Pada ummi... kerana kasih sayang dan sokongan yang tidak jemu-jemu... hanya ini yang mampu kakak persembahkan...

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011