Tertarik dengan apa yang ditulis Maziah di blognya. Tentang perasaannya yang terluka kerana kawan. Well... my dear friend, itulah lumrah hidup. Yang terluka dan yang melukakan.
Years ago, hati ini pernah terluka. Luka yang teramat sampai meninggalkan kesan dalam diri. Semua yang cuba menghampiri, cepat-cepat melarikan diri. Bimbang pisang berbuah dua kali sedangkan kelukaan lalu masih utuh bertapak. Parut masih berdarah, bernanah. Dan sejak itu, susah rasanya untuk percaya pada insan bernama kawan. Perit bila ditikam kawan sendiri, begitu mencengkam.
Bertahun cuba dirawat luka yang terukir. Si dia mungkin tak sedar luka yang ditinggalkan. Saban masa berseronok, bersuka ria. Malah setiap masa bertukar teman. Tapi itu taklah menghairankan. Dari mula-mula kenal, dah tahu sikap dia macam. Senang berbaik dengan yang baru, yang lama ditinggalkan.
Bila luka di hati mula sembuh, sekali lagi dilukakan. Dunia terasa gelap. Terasa seolah-olah ada bom yang meledak atas kepala bila mendengarkan perkhabaran tersebut. Bahagia yang diharap sudi menjengah, berlalu pergi dibawa angin lalu.

Kesan apa yang terjadi, perlahan-lahan, cuba menjauh dari rakan-rakan. Bimbang untuk terluka buat kesekian kali. Cukuplah berkali-kali luka yang cuba dirawat dirobek. Berkali-kali cuba dipujuk hati yang degil. Tak terkira air mata yang tumpah. Tak tertanggung luka yang dirasa.
Bila hati masih dirundung duka, si dia muncul. Menyedarkan diri yang khilaf. Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Setiap kata nasihat dan kata-kata semangat yang dilontarkan bagai menyuntik kembali semangat yang bagaikan terbang melayang dibawa kelukaan.
Dalam diam, diri ini masih berharap, akan kemunculan seseorang. Seseorang yang sudi meminjamkan bahu di kala hati dirundung duka. Sudi meminjam telinga mendengar segala keluh kesah. Sudi membimbing diri menuju ke arah kebenaran. Bukan diri ini lupa pada sang pencipta Yang Maha Berkuasa, tidak sama sekali. Namun kehadiran seseorang masih diharapkan.
Seseorang yang bergelar sahabat.

Masihkah ada sinar bahagia yang sudi menjengah diri?
I wish I had someone's hand to hold sometime, somebody to hug. A person to call when I've had an awful day. A person who wants to make me feel better for that bad day. Somebody to laugh with, cry with, a person that was unequivoically on my side.
I don't.
Never have, really.
Not sure I ever will.

1 comment:
ana pernah hulurkan tangan buat anti...
tapi anti tolak dgn penuh prasangka...
ingatlah ain ku sayang...
kalau anti nak sahabat sejati...
anti kena bukakan hati...
lapangkan dada...
memang susah nak dapat sahabat sejati sebab mesti banyak ujian yang datang silih berganti...
yang ana mampu buat hanyalah do'akan untuk anti...
duhai ainnur ku sayang...
percaya pada Allah yang impian anti kan menjadi nyata jua fil mustaqbal...
insha Allah...
Post a Comment