Pages

Subscribe:

Monday, May 28, 2007

It's Been A Long Time

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu lama tak post apa-apa dekat blog. Hampir - atau sudah menginjak dua minggu. Dalam masa tu dengan demamnya, ummi yang baru lepas kena operate (minor one), examnya lagi.

Dah lama tak demam. Tapi bila demam, terus diserang habis-habisan. Sampai tak berdaya nak bangun. Baring je sepanjang masa. Seminggu lebih demam, asyik berulang-alik ke klinik dan hospital. Entah berapa banyak ubat yang ditelan pun tak tahu. Masa pergi hospital untuk check darah, blood count dengan platelets ok. Tak kena admitted. Alhamdulillah... tak ada apa-apa.

Kemudian, bila demam dah kebah, dah boleh bangun, ummi pulak ada operation. Minor operation je. Overnight dah boleh balik. Sepanjang tu, mak teh temankan. Kemudian, oleh kerana ummi tak mampu nak drive untuk sementara waktu, cuti dulu. Sementelah demam pun tak berapa baik lagi.

Bila semua dah ok, sibuk dengan periksa. Waktu demam, tak terdaya nak menatap buku lama-lama. Pening. So... bila time periksalah strive nak menghadap buku-buku tu semua. Itu pun ada subject yang kena drop sebab tak sempat nak ambil. Pasrah dan redha.

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan. Tapi tak tahu nak mula dari mana. So... I guess, berhenti dululah. Nanti cerita lagi.

Pada semua para pelajar yang sedang bercuti semester, cuti-cuti ni, jangan melingkar je. Belajar. Terutama yang bakal ambil periksa besar hujung tahun ni.

Pen off.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011