Pages

Subscribe:

Sunday, March 15, 2009

trifle

So... yesterday, me and my mum did a little 'experiment' at our little kitchen. And here's the result. Yummy!!!



Trifle!!! The other day, beli kat kedai sebab dah teringin sangat. Satu RM 2.50. Dahlah kecik! In the end, we decidec to make it ourselves. Puas hati!

Here's the recipe.

TRIFLE

Lapis 1

Swiss Roll
1 tin peach
  1. Potong Swiss Roll & letak dalam bekas.
  2. Tuang sedikit air buah peach atas Swiss Roll hingga basah.
Lapis 2

4 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan susu cair
1/2 cawan air buah koktel
  1. Gula & 2 cawan air masak atas api kecil hingga gula hancur.
  2. Tepung kastad dicampur ke dama 2 cawan air masak dan masukkan ke dalam air gula. Kacau rata.
  3. Apabila menggelegak, masukkan susu cair & air buah koktel, masak hingga likat.
  4. Masukkan ke dalam bekas berisi Swiss Roll.
Lapis 3
  1. Susun buah peach di atas lapis kastad.
Lapis 4

1 kotak Lady's Choice jelly strawberry
  1. Masak agar-agar dan tuang ke atas kastad.
Sangat delicious! Lagi sedap bila dimakan ketika sejuk!

Happy trying!

-------------------------------------------------

Dengan pengetahuan tentang HTML yang sangat cetek, berjaya juga saya ubah template ni. Bukannya buat apa sangat, cuma tambah sikit-sikit. Banyak kali trial and error.

p/s : Bila perhati betul-betul, saya rasa header tu macam peliklah!

Saturday, March 14, 2009

happy hols!

Just wanted to say...

Sunday, March 8, 2009

MTN

First of all, I'm proud to tell you that I'm officially 17 years and 20 days old as of today!

Second, exam baru je habis. Macam mana? Wallahu'alam... Tunggu sajalaj keputusan. Entah berapa ketul A.

Ketiga, Qiam Batch 11 yang sangat best. Malam Tazkiatun Nafs. Perkara yang tak pernah terjadi akhirnya terjadi. Tapi... walau apa pun saya bersyukur pekara tu terjadi. Bak kata kawan-kawan yang lain, baru kita nampak sifat sebenar kawan-kawan kita.

Gara-gara hal yang terjadi, sepanjang malam saya tak dapat lelapkan mata. Dapat tidur dalam 30 minit sebelum terjaga dek dihambat mimpi ngeri. Nak kejut kawan-kawan suruh temankan tak sampai hati, sudahnya dekat sejam saya menggigil sorang-sorang. Bila terdengar suara orang berbual-bual, teragak-agak kejap nak menjenguk. Haha... hebat sungguh penangan peristiwa malam tu.

Saya, sebagai AJK sangat bersyukur Qiam dah berlalu. Dan dari mata seorang AJK, saya mohon maaf di atas segala ketaksempurnaan yang berlaku sepanjang Qiam.

Yang terakhir....

SIAPA BELUM BAYAR YURAN TOLONG BAYAR SECEPAT MUNGKIN!

Banyak benda Batch 11 kena ganti ni woi kerana menjahanamkan harta benda sekolah.

Tuesday, February 3, 2009

getting better

Maybe i did not mention it in my post before that i am sick. Fever! 'Ts been more than a week now. Sebaik sahaja lepas sukan berlansung.

Tapi sekarang, dah beransur pulih. Kepala dah tak macam baru lepas turun roller coaster. Tekak dah tak macam kena belah lagi. Hidung dah tak macam baru lepas kena sembur dengan serbuk lada lagi dah. Kalau tak, tentunya saya masih terlantar lagi, tak larat nak bangun sebab kepala berat sangat.

Alhamdulillah...

Kalaulah keadaan seperti di atas masih berlanjutan, mahu pengsan saya. Dalam sehari saja, tak terkira berapa banyak kali saya berlari ke bilik air setiap kali lepas batuk sebab nak muntah. Dah berapa kali dalam sejam saya bersin tak henti-henti sampai perit tekak dan hidung saya dibuatnya. Itu belum lagi dengan batuk yang tak henti-henti sampai suara saya bertukar menjadi garau.

Dek kerana demam yang agak teruk jugaklah saya terpaksa burnkan hari sekolah saya sebanyak 3 hari. Termasuk hari (kira semalam la tu) ni empatlah.

Terima kasih pada seorang teman yang menghantar mesej bertanyakan khabar. Buat seketika, saya terkedu! Rupanya ada juga yang mengambil berat tentang diri saya...

Terima kasih sahabat!

Monday, February 2, 2009

sports day

I know... I know... orang lain dah habis cerita saya baru sibuk nak bercerita.

Tapi... apa aku kisah?
(Haha... tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang katanya saya lebih rebellious sekarang ni.)

Mind you, this might be a very... very... long post.

Or a very short one. Ikut mood la!

Sebelum apa-apa, personally saya rasa sukan tahun ni lebih memberi makna pada saya. Bukan sahaja kerana ini merupakan tahun akhir saya di sekolah, tapi juga kerana pada tahun inilah saya benar-benar dapat merasai semangat kesukanan tu membara dalam diri. Pertama kali saya menangis kerana sukan! Sesuatu yang agak luar biasa.

Seperti tahun-tahun lepas, saya hanya sipi-sipi masuk acara sebelum akhirnya nama saya 'ditendang' keluar daripada mewakili rumah sukan kesayangan saya, MERAH! Satu-satunya acara yang saya dapat bolosi temboknya ialah acara perbarisan.

Haa... teringat kata umi. Saya dah betul-betul jadi anak mamak, bukan macam anak mamak lagi dah! :P Semua gara-gara perbarisan, terpaksa berjemur tengah-tengah terik matahari, untuk latihan perbarisan sampai 'masak' kulit saya dibuatnya. Semuanya semata-mata hanya kerana MERAH JUARA!

Our outfit, 100% handmade. Hasil kerja tangan banat-banat rumah merah terutama budak-budak asrama dan beberapa kerat yang lain yang ringan tulang membantu menyiapkan outfit kami yang katanya sangat 'comel' itu! Terima kasih! Then again, bila saya tengok balik gambar, nampak cantik pulak! Idea bernas dari Syu!

Tema perbarisan Oriental - yang menggabungkan konsep dari Jepun, China dan Korea. Jadi outfit kami adalah sikit ala-ala pakaian pendekar China zaman dahulu kala. Siap dengan belit. Saya sangat teruja bila melihat gambar-gambar yang diambil semasa acara perbarisan berlangsung.

Sejujurnya, secara peribadi saya tak meletakkan harapan yang tinggi supaya Merah memang acara perbarisan sebab bagi saya rumah-rumah lain tak kurang hebatnya. Tapi bila diumumkan Merah juara perbarisan rasa macam nak melompat. Walaupun tak letakkan harapan yang tinggi... tapi siapa tak nak menang, ye tak? Adat orang bertanding, mesti nak menang!

Bila tiba masa nak diumumkan tempat kedua, saya dah tutup telinga. Tak nak tahu keputusan. Dan bila diumumkan Biru tempat kedua, saya terus melompat bangun dan peluk Hidayah. Dalam pada tu, tak sedar air mata mengalir. Mungkin kerana tahun ni tahun last, jadi saya agak emosional sikit.

Sekalipun Merah bukan juara tahun ni, dalam hati saya Merah tetap juara dalam apa juga keadaan. Saya sangat sayang Merah!

Saturday, January 31, 2009

sayang...

First of all...

I HATE PINK!!!

Itu satu statement yang jujur dan ikhlas dari hati. Peringatan buat diri - lain kali tangan jangan nak gatal nak letak layout blog warna pink! Too.... ish... undescribable. Lepas ni satu kerja pulak nak set up new layout.

Tahun 2009 merupakan tahun yang amatlah sibuk dan mencabar buat saya. Sebab pada tahun 2009 inilah banyak perubahan besar yang akan terjadi dalam hidup saya.

Pertama sekali, tak lain dan tak bukan peperiksaan SPM yang dijangka pada 16 November, itupun kalau tak tukar tarikhlah. Berdebar tetap berdebar. Saya masih tak percaya saya sudah di tingkatan 5 dan usia saya bakal menginjak ke angka 17 dalam masa beberapa hari lagi. Bila isi borang pendaftaran pengambilan subjek SPM, lagilah saya tak percaya. Kadang-kadang tertanya-tanya sendiri, betul ke aku dah form 5 tahun ni?

Sedar tak sedar hampir sebelas tahun saya di bumi Hidayah. Masih setia ditemani rakan-rakan yang saya kenali sedari masing-masing masih budak hingusan sampailah semua sudah tumbuh menjadi anak gadis dan anak teruna yang cantik dan kacak belaka semuanya. Haha... Bila tatap kembali gambar-gambar masa zaman kanak-kanak ribena doulu-doulu, rasa nak tergelak ada, nak menangis pun ada. Kenangan... Dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi masa akmi warga BatchSebelas di bumi Hidayah yang permai itu.

Mungkin satu ketika dulu, saya beria-ia nak tinggalkan bumi Hidayah yang menjadi naungan saya selama ini. Tapi sekrang, apabila masanya kian hampir saya jadi berat hati. Sebak rasanya bila mengenangkan perpisahan yang akan tiba. Bukan sedikit masa yang kami luangkan bersama. Bukan baru persahabatan yang dibina. Bertahun lamanya. Sayang nak tinggalkan semuanya. Bercakap memang mudah... Susah senang dilalui bersama. Suka duku ditempuh bersama biarpun pahit pada awalnya biarpun manisnya tetap terasa di penghujung.

Dulu... saya sekadar melihat abang-abang dan kakak-kakak, generasi demi generasi meninggalkan bumi Hidayah, sekarang tiba pula giliran kami. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa kawan-kawan yang selama ini menjadi nadi dalam kehidupan saya, kawan-kawan yang sama-sama mengalirkan air mata ketika sedih, sama-sama ketawa ketika gembira, kawan-kawan yang teranas saya sayangi biarpun adakalanya berlaku pergaduhan dan berkecil hati dengan mereka. Tapi bagi saya, they are the best friend i had ever!

Last statement,

SAYA SANGAT SAYANGKAN SELURUH WARGA BATCHSEBELAS!

Thursday, January 1, 2009

baru

Baru...

Apa yang baru?

Tahun baru... kelas baru... layout baru... azam baru... segala-galanya baru.

Untuk memulakan tirai tahun baru, pertama sekali saya tukar url buat kali keenam. Biarlah jejak saya hilang seketika di mata mereka. Sementelah saya butuhkan waktu untuk bersendirian tanpa mereka mengekori langkah saya, sekurangnya di alam maya walau bukan di alam nyata.

Haih...

Seakan tak percaya. Akhirnya tahun 2009 menjelma juga. SPM menjelang jua. Bersediakah saya? Sejujurnya tidak. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam saya berada di tadika, berkejar-kejaran bersama teman-teman. Seperti baru tadi saya melangkah masuk ke darjah satu. Baru beberapa saat tadi saya menjadi pelajar sekolah menengah dan baru mengambil keputusan PMR.

Bermula detik waktu untuk countdown. Berdebar? Sudah tentu. Dada terasa seperti dipalu. 10 bulan bukanlah lama. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu saya sudah duduk di dewan peperiksaan.

Betullah... masa tidak pernah menunggu manusia, manusia yang perlu mengejar masa.

Saat ini, bermacam-acam perasaan bergelodak di dalam hati. Terasa seperti ingin kembali ke masa lalu andai masa bisa diputar kembali.

Kata orang, apabila sudah masuk ke tahun baru tidak perlulah menolah ke belakang lagi. Tinggalkan semua cerita yang sudah berlalu dan tumpukan saja pada masa depan. Hati berdetik, adakala kita perlu menoleh sebentar ke belakang. Mengimbas kembali segala apa yang telah dilakukan sebelum ini. Baik atau buruk. Dan jadikan ia sebagai panduan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Apa yang buruk diperbaiki dan yang baik dipertingkatkan.

--------------------------------

Ramai yang tertanya ke mana hilangnya saya? Perlukah diberitahu kepada mereka sedangkan semakin hari saya berasa semakin jauh dari mereka. Ibaratnya, seperti ada jurang yang memisahkan dan semakin hari semakin dalam dan melebar.

Sudah matikah kepercayaan saya pada persahabatan?

Mungkin kerana saya belum merasai keindahan persahabatan yang sebenarnya itu sendiri. Mungkin kerana saya telah menutup pintu hati dari diketuk sebuah persahabatan. Pengalaman lalu sungguh memeritkan. Adakala saya tertanya sendiri, andai satu masa perkara yang sama terjadi sekali lagi, akan kuatkah saya?

Wallahu'alam...

--------------------------------

Layout baru. Terasa pelik pula apabila warna pink yang menjadi pilihan sedangkan merah jambu tidak tersenarai di tangga teratas warna kegemaran saya.

Tuesday, December 23, 2008

away

Saya akan ber'Cuti-Cuti Malaysia' ke Kuala Lumpur sebelum ke Melaka. Mungkin dalam masa seminggu. Till then... Sayonara!

Sunday, December 21, 2008

tomorrow

Esok?

Ada apa dengan esok?

Back to school!!!

Hati sungguh-sungguh berasa malas nak ke sekolah. Mentang-mentang sebulan bercuti terus naik lemak tak nak ke sekolah. Hehe...

Bila baca blog kawan-kawan, rata-rata pun begitu juga. Tak kurang juga yang teruja nak kembali ke sekolah!

Saya?

Malas! Mungkin orang lain ternanti-nanti, saya sebaliknya. I am so not looking forward for it. Kenapalah kelas tambahan perlu bermula sekarang?

Perasaan saya :

Malas nak sekolah esok!!

Oppsss... pagi nanti sebab sekarang tengah malam.

Monday, November 10, 2008

cuti

Wah! Lamanya saya tak meng'update' blog. Sebulan lebih. Rekod yang entah kali ke berapa telah tercipta.

Bukan tak nak update, tapi sebab terlalu banyak yang nak diceritakan sampai saya tak tahu yang bagaimana harus saya memulakan. Sudahnya saya tak jadi update. Begitulah ceritanya.

Seterusnya, konon-kononnya nak tumpukan pada imtihan yang baru lepas. Haha!

InsyaALLAH, selepas ini pasti akan berderet entry. Kerana....

CUTI!!!

Ah...

Walaupun hanya cuti pada nama sahaja. Cuti cuti pun masih kena belajar untuk SPM tahun depan pula. Seriau betul bila mengingatkan tahun depan dah SPM. Entah apalah jadi nanti. Alangkan imtihan yang baru lepas ni... Tak terkata!

Juga... selamat menjalani peperiksaan SPM buat calon-calon.

Ps : Skin baru lagi. Saya modify daripada basic theme yang disediakan. Tentang header tu, saya masih belum jumpa yang sesuai lagi. Simple aje pun. Nak buat yang advance, saya belum pandai lagi. Masih dalam proses pembelajaran. Lepas modify, timbul pula semangat baru nak cuba modify basic theme yang ada. Tengah bersemangat ni!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011