Tapi sekarang, dah beransur pulih. Kepala dah tak macam baru lepas turun roller coaster. Tekak dah tak macam kena belah lagi. Hidung dah tak macam baru lepas kena sembur dengan serbuk lada lagi dah. Kalau tak, tentunya saya masih terlantar lagi, tak larat nak bangun sebab kepala berat sangat.
Alhamdulillah...
Kalaulah keadaan seperti di atas masih berlanjutan, mahu pengsan saya. Dalam sehari saja, tak terkira berapa banyak kali saya berlari ke bilik air setiap kali lepas batuk sebab nak muntah. Dah berapa kali dalam sejam saya bersin tak henti-henti sampai perit tekak dan hidung saya dibuatnya. Itu belum lagi dengan batuk yang tak henti-henti sampai suara saya bertukar menjadi garau.
Dek kerana demam yang agak teruk jugaklah saya terpaksa burnkan hari sekolah saya sebanyak 3 hari. Termasuk hari (kira semalam la tu) ni empatlah.
Terima kasih pada seorang teman yang menghantar mesej bertanyakan khabar. Buat seketika, saya terkedu! Rupanya ada juga yang mengambil berat tentang diri saya...
Terima kasih sahabat!

No comments:
Post a Comment