Sekarang dah hampir 10 Ramadhan. Bermakna apabila tambah tolak darab bahagi, tinggal 25 hari saja lagi sebelum aku bergelar mahasiswa UTM. Ya, Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor Bahru. Reaksi orang sekeliling?
"UTM? Dekatnya!"
Rata-rata itu reaksi yang aku terima. Aku biasa-biasa saja. Belajar kat mana-mana pun sama bagi aku. Yang penting ilmu. Ada sesetengah yang tahu, aku dapat tawaran USM. Dan aku tolak. Ya, aku tahu USM tu APEX universiti. One of the top universiti in Malaysia. Aku tolak bukan pasal jauh, tapi kursus yang ditawarkan bukanlah kursus yang aku minat walaupun ia tersenarai dalam pilihan aku. Dan kursus yang aku minat pula, aku tak dapat sebab aku tak hadir temuduga. Jadi aku tunggu keputusan UPU keluar. Maka, tercampaklah aku ke UTM yang sekangkang kera dari rumah tu.
Bak kata mak aku,
"Tak kisahlah belajar mana-mana. As long as you get your degree and finish your PhD before you're 30."
Dan aku hanya mampu tersengih mendengar ayat yang entah berapa banyak kali singgah di gegendang telinga.
Di kala ini, semua orang tengah sibuk mengisi borang. Aku masih rileks lagi. Borang penjamin, saksi, medical check up semua tu aku tak buat lagi. Selamba kan? Sebab aku berpegang pada ayat "Masa panjang lagi!".

No comments:
Post a Comment