Pages

Subscribe:

Monday, December 24, 2007

countdown

Countdown?

Ya. Countdown sebelum result PMR keluar Khamis ni. Debar di hati tak usah cakaplah. Rasa nak pecah dada menahan debaran. Semakin dekat hari nak ambil result semakin kuat debaran. Tinggal berapa hari je ni. Ya ALLAH...

Nervous? Sangat nervous. Hanya ALLAH yang tahu. Kadang-kadang sampai tak boleh nak tidur malam. Serba tak kena dibuatnya. Tapi tak adalah sampai termimpi-mimpi. Kelakar juga dengar cerita ada kawan-kawan yang mimpi pasal ni. Apapun segalanya diserahkan pada ALLAH. Walau debar di hati dah tak tahu nak letak tempo berapa.

Beberapa hari ni seboleh-bolehnya nak lupakan sekejap. Tak nak fikir sangat. Takut lain yang diharap lain yang jadi. Tapi tak boleh. Semakin cuba dilupakan semakin kuat dia melekat di fikiran. Setiap saat dia menghantui. Sampaikan nak menulis pun tak boleh. Macam mana nak menulis kalau fikiran tak tenteram. Asyik teringat-ingat!

Apapun... doakan untuk kejayaan Ain dan kawan-kawan ya! Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011