Pages

Subscribe:

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di KMNS

Alhamdulillah, it's been two days since Ramadhan arrived. Baru dua hari, masih boleh bertahan.

Tiba-tiba, terkenang Ramadhan tahun lepas di KMNS. Pertama kali menyambut Ramadhan sendiri tanpa ummi. Agak sedih tapi excited dalam masa yang sama. Sepanjang-panjang aku hidup 19 tahun atas muka bumi ni, itulah pengalaman pertama aku. Selalu, 1 Ramadhan kami akan pulang ke kampung dan bersahur dan berbuka dengan nenek, pakcik, makcik dan sepupu tiga orang tu.

Setiap petang, kunjungan ke bazar adalah wajib. Sama ada lepas kelas atau lepas Asar. Itupun terpulang kalau larat nak turun naik tangga yang tinggi amat itu. Kalau tidak, habis saja kelas terus serbu bazar walaupun aku habis kelas pukul 4 petang. Ya, pukul 4 petang aku dah serbu bazar disebabkan sifat malas aku nak mendaki Batu Caves yang tinggi tu. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.


Tangga Batu Caves yang terkenal di kalangan pelajar KMNS

Selalu aku macam tak cukup nafas apabila selamat sampai ke puncak. Kalau tengah puasa lagilah. Tenaga habis naik tangga ni sahaja. Rasa macam tak nak naik. Nak duduk bawah tunggu kren datang angkat naik atas. Mula-mula rasa macam nak menangis bila tiap-tiap hari kena panjat tangga ni. Mujur bilik dekat first floor. Kalau tidak mau aku meraung nak balik tiap-tiap hari. Tapi, lama-lama dah biasa sampaikan tiap-tiap hari aku balik bilik untuk solat Zuhur. Even waktu Ramadhan. Penat tak penat, alah bisa tegal biasa.

Apapun, pengalaman berpuasa sebagai perantau memang manis. Tiap-tiap hari, aku dan roommates akan berbuka di bilik depan. Siapa kata makan ramai-ramai tak seronok? Sangat seronok okay! Setiap hari kami akan berbalah siapa yang akan lead untuk baca doa. Tapi yang pasti setiap orang dapat giliran masing-masing. Kemudian, kami solat Maghrib berjemaah. Ini pun satu lagi masalah. Hari-hari berbalah siapa patut jadi imam. Again, setiap orang ada giliran masing-masing. Bersesak kami enam orang dalam ruang yang limited. Tapi pengalaman tu memang seronok.

Waktu sahur pula, aku sahur sendirian. Sebabnya roommates aku yang Muslim dua orang tu tak suka bangun sahur. Yang sorang lagi pulak Chinese, dah tentu-tentu dia tak bangun sahur. Menu sahur pula tak tentu. Tapi biasanya roti. 3 keping roti, secawan air panas cukup untuk alas perut. Sekali dua, melantak maggi. Ya, pagi-pagi buta, pukul 5 pagi membaham maggi. Dapat tahu dek roommate, kena marah. Lepas tu sakit perut. Memang padan muka! Tapi itulah pengalaman, kan?

Masih ada 28 hari lagi Ramadhan. Sama-sama kita berusaha untuk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011