Pages

Subscribe:

Thursday, July 17, 2008

bulan rejab

Sedar tak sedar dah 15 Rejab. Kemudian diikuti pula oleh Syaaban. Dan akhirnya tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Apa persediaan yang telah kita lakukan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi?

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Memandangkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, maka perbanyakkanlah berpuasa kerana amalan terbaik dalam bulan Rejab ini adalah puasa.

Kelebihan bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

----------------------------------------------

Qiam BatchSebelas yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Ogos terpaksa ditunda ke satu tarik yang masih belum diketahui. Sama ada dicepatkan atau dilambatkan. Setakat ni, kami belum jumpa tarikh yang betul-betul sesuai memandangkan terlalu banyak program sekolah yang akan clash dengan program Qiam kami ni. Tak apalah, ALLAH telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari tersebut. Bukankah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri?

Tapi, nampaknya ramai yang macam tak puas hati bila dapat tahu Qiam BatchSebelas (baca: TERPAKSA) ditunda. Sedangkan ramai yang tahu Qiam akan diadakan pada 1 Ogos. Tapi apa nak buat. Kami, para AJK pun terkejut dengan berita yang baru diterima dari Ustaz Iswan Rabu lepas. Sekarang ni tengah pening cari tarikh yang betul-betul sesuai.

Ketahuilah wahai kawan-kawan, bukan kami suka-suka nak tunda, tapi menurut Ustaz Iswan, pada hari yang kita bakal mengadakan Qiam, sekolah pun ada program juga. Entah apa entah nama dia saya lupa. Daripada antum marah-marah tak puas hati, bukankah lebih baik kalau antum buat solat istikharah supaya ALLAH beri kita petunjuk, mohon pada ALLAH supaya apa yang telah kita rancangkan ni dapat berjalan dengan lancar.

Hari Rabu depan ada meeting lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011