Pages

Subscribe:

Sunday, May 18, 2008

3 in 1

I am at lost for words. Berkali saya menulis, berkali juga saya memadam. Terlalu banyak yang ingin dikisahkan tapi saya tak tahu bagaimana untuk memulakan, dan apa yang harus diceritakan.

*tarik nafas*

*lepas*

"Kenapa anti lama tak datang?"

Oh... saya percaya berulang-ulang soalan yang sama akan diajukan sebaik saya menjejakkan kaki ke sekolah. Saya belum kembali ke sekolah pun sudah ada yang mengajukan pertanyaan yang sama. Tapi bukanlah ramai sangat pun, sorang je. And as a matter of fact, cuma sorang je telefon saya. Yang lain, tak ada! No! Yilee! Nil! Zero!

Seminggu saya tak ke sekolah menjaga nyai - temankan ummi jaga nyai di kampung sebenarnya, yang sakit. Mild stroke, bahagian tubuh sebelah kanan setelah jatuh dari kerusi dan pengsan. Bahagian kepala sebelah kanan sehingga telinga lebam, biru! Tiga hari dia di HSA, tiga hari juga saya dan ummi menjaga nyai. Dari pagi hingga malam. Mandikan, tukarkan lampin, suapkan makan dan etc... Dia mula admitted hari Sabtu (3/5/08).

Nak dijadikan cerita, malam kedua di wad, dia berjalan di sekeliling wad, mengejutkan orang. Ini diceritakan 'jiran' di katil sebelah dan juga nurse. Bila dengar je, saya rasa antara nak tergelak dan tak percaya. Sedangkan nak ke bilik air yang dekat pun mesti dipapah takut jatuh, inikan pulak berjalan keliling wad. Pulak tu siap mengejutkan orang. Saya betul-betul tercengang. Mungkin dia lapar agaknya sebeb siangnya, dia makan tak banyak. Dia seolah berjalan dalam tidur. Bila tanya dia cakap tak ada. Tapi yang peliknya boleh dia berjalan tu. Haila nyai... nyai...

Hari Selasa dia dibenarkan keluar dan dibawa balik ke rumah saya. Sebelum tu, dah tanya sama ada dia nak belik terus ke kampung ke, nak balik ke rumah saya. Dia kata tak kisah. Cadangnya keesokan harinya nak hantar dia balik ke kampung sebab tahu dia tak betah duduk di sini. Dulu sebulan lebih duduk sini di asyik sibuk nak balik. Pulaknya hari Rabu tu, dia dah lain macam. Mula cakap sesuatu yang tak pernah dia cakap. Tingkah dia pun dah lain. Seolah-olah dah tiba masanya nak pergi. Kebetulan saya tak ke sekolah kerana 'period pain'.

Aduh... saya, ummi dan mak teh dah kalut dah. Ummi terus telefon kampung. Sementara tu saya bacakan Yasin. Masuk waktu Zuhur, dia mintak nak sembahyang, sedangkan sebelum ni dia terbaring aje. Hati saya terus berdegup kencang. Terus saya terfikir, tiba-tiba cakap nak sembahyang, takkan lepas sembahyang nanti...

I don't even want to think abaout it. Tapi, alhamdulillah, dia okey. Kiranya false alarm. Tapi terus kami bawa balik kampung. Cadangnya saya akan duduk kampung sampai Ahad (minggu lepas) sahaja, tetapi oleh kerana Cik Ora kerja dan sementara nak cari orang - bibiklah kiranya dan nyai tak nak duduk sorang lepas kes orang pecah rumah hari tu, saya dan ummi saya yang jaga. Maka cuti saya berlanjutan dari hari Rabu sampailah sekarang.

Sudahlah sekarang minggu periksa. Banyak kertas yang saya tak ambil. Mungkin saya terpaksa korbankan seperuh masa cuti saya untuk menjawab soalan, itupun kalau dibenarkan.

------------------------

Seluruh sekolah gempar apabila bas Sabar 1 terlibat dalam kemalangan. Syukur alhamdulillah tak ada yang cedera parah atau maut (nauzibillah!).

Pada hari itu, mood saya dalam keadaan tak baik. Penat menjaga nyai hingga lewat malam baru balik, kemudian 'dipaksa' pula ke sekolah. Juga kerana perubahan hormon dalam badan. Saya sangat berharap masa akan berlalu dengan pantas sebab saya dah tak sabar nak balik. Malah upacara penyampaian hadiah unit sukan pun tak menarik minat saya seperti biasa. Apabila PKHEP ke depan sebagai wakil pengetua untuk memberi ucapan, hati saya jadi tidak sedap. Tambah lagi bila tengok mata guru Add Math saya yang merah.

Semakin bertimpa-timpa persoalan di kepala saya apabila sebelum itu beberapa orang pelajar masuk ke dalam dewan dalam dengan muka kesan menangis. Saya yang terus melayan perasaan sendiri tak ambil pusing pun. Malah hati diterjah rasa lucu apabila ternampak gerak bibir guru BM saya semasa tengkatan 1, "Kenapa? Kena inject ke?" Langsung tak terlintas di hati saya ada musibah yang berlaku. Saya anggap ketiadaan pengetua mungkin kerana beliau menghadiri mensyuarat.

Sebaik PKHEP mengumumkan berita tersebut, tubuh saya terasa seperti terkena arus elektrik. Mengertilah saya kenapa adik-adik yang masuk tadi berwajah begitu, kenapa mata guru Add Math saya merah, kenapa hati saya tidak sedap. Kedua belah tangan saya saling bersulam antara satu sama lain menahan perasaan.

Segera fikiran saya teringatkan nasib rakan-rakan dan adik-adik yang menaiki bas tersebut. Dalam hati tak henti saya berdoa agar dijauhkan segala musibah. Saya teringatkan rakan-rakan saya. Sepanjang hari kami menanti khabar tentang mereka. Cederakah mereka? Atau okkah mereka? Dan sepanjang hari juga, apa yang diajar guru-guru seakan tak lekat di kepala. Ibaratnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sungguh saya tak pasti saya akan dapat menerima dengan hati yang terbuka andai ada di kalangan rakan-rakan saya yang ditimpa musibah.

Kedua-dua peristiwa di atas membuatkan saya semakin tersedar, maut tidak menunggu masa juga tidak mengenal siapa. Bila-bila masa dia akan datang dan siapa-siapa juga dia akan meragut nyawa.

------------------------

Hawa. Balqis. Zulaikha.

Kak long. Kak ngah. Kak chik.

...

...

...

...

...

Saya kehilangan kata.

Sungguhlah kata orang, kita tak akan sedar betapa bermaknanya sesuatu itu sehingga kita kehilangannya.

2 comments:

Nadia H said...

Sayang, ana dah CALL berape byk kali la, tp mse tu nt kt kg (ana br tau the next day AFTER I made those calls)...

And, hp number mak nt hilang bersame2 phone kesayanganku... (x hilang, dlm workshop)...

So, DON'T say I didn't try to call you... KAPISH?!

And, hope your nyaii is fine now...

Raden Qurratu 'Aini said...

ainnur..

that's so sweet of you.

nti masih ingat.

kak long, kak ngah, kak chik...

hawa, balqis, zulaikha...


mulianya hatimu ainnur!
saya sayang kamu! :)

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011