Tuesday, August 30, 2011
Friday, August 26, 2011
i hate packing
Done!
Stamp?
Done!
Agreement?
Done.
Packing?
Definitely not done!
Urgh! I hate packing!
Friday, August 12, 2011
aktiviti sepanjang cuti
Literally nothing.
What a life!
Thursday, August 11, 2011
Percaya Padaku - Ungu
Berikan cintamu juga sayangmuPercaya padaku ku kan menjagamuHingga waktu menjemputkuPercaya Padaku - Ungu
Kalau nak diikutkan, aku bukan jenis yang ambil kisah tentang trend lagu. Pada aku, asal sedap telinga aku mendengar, lirik dia aku suka, aku dengar. Tak kisahlah lagu artis seberang ke, tanah air ke, Hollywood ke, janji sedap untuk didengar. Sebab aku dengar musik untuk relaks. Bukan untuk menyemakkan kepala aku yang memang sedia serabut. And for that, heavy metal memang tak masuk dalam senarai 'my comfort song'. Bikin kepala makin serabut jadinya!
Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlaluBerikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputkuSaat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukkuBerikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputkuTolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamuBerikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputkuBerikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Wednesday, August 10, 2011
Are You An Easy Girl
|
Guys Think You're Hard to Get |
![]() You're the furthest thing from easy. You're proper, reserved, and maybe even a little shy. While you don't need a mini skirt and high heels to attract Mr. Right, being a little more flirty couldn't hurt. A sexy top or little smile may encourage new guys to approach you - and you'll still come off as a nice girl. |
Sahih ke tidak? Itu perlu tanya pada kaum Adam because I never knew about this!
Hurm, maybe because I always show them a straight, stern and serious face?
Tuesday, August 9, 2011
25 days to go
"UTM? Dekatnya!"
Rata-rata itu reaksi yang aku terima. Aku biasa-biasa saja. Belajar kat mana-mana pun sama bagi aku. Yang penting ilmu. Ada sesetengah yang tahu, aku dapat tawaran USM. Dan aku tolak. Ya, aku tahu USM tu APEX universiti. One of the top universiti in Malaysia. Aku tolak bukan pasal jauh, tapi kursus yang ditawarkan bukanlah kursus yang aku minat walaupun ia tersenarai dalam pilihan aku. Dan kursus yang aku minat pula, aku tak dapat sebab aku tak hadir temuduga. Jadi aku tunggu keputusan UPU keluar. Maka, tercampaklah aku ke UTM yang sekangkang kera dari rumah tu.
Bak kata mak aku,
"Tak kisahlah belajar mana-mana. As long as you get your degree and finish your PhD before you're 30."
Dan aku hanya mampu tersengih mendengar ayat yang entah berapa banyak kali singgah di gegendang telinga.
Di kala ini, semua orang tengah sibuk mengisi borang. Aku masih rileks lagi. Borang penjamin, saksi, medical check up semua tu aku tak buat lagi. Selamba kan? Sebab aku berpegang pada ayat "Masa panjang lagi!".
Friday, August 5, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan di KMNS
Setiap petang, kunjungan ke bazar adalah wajib. Sama ada lepas kelas atau lepas Asar. Itupun terpulang kalau larat nak turun naik tangga yang tinggi amat itu. Kalau tidak, habis saja kelas terus serbu bazar walaupun aku habis kelas pukul 4 petang. Ya, pukul 4 petang aku dah serbu bazar disebabkan sifat malas aku nak mendaki Batu Caves yang tinggi tu. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.
Tangga Batu Caves yang terkenal di kalangan pelajar KMNSApapun, pengalaman berpuasa sebagai perantau memang manis. Tiap-tiap hari, aku dan roommates akan berbuka di bilik depan. Siapa kata makan ramai-ramai tak seronok? Sangat seronok okay! Setiap hari kami akan berbalah siapa yang akan lead untuk baca doa. Tapi yang pasti setiap orang dapat giliran masing-masing. Kemudian, kami solat Maghrib berjemaah. Ini pun satu lagi masalah. Hari-hari berbalah siapa patut jadi imam. Again, setiap orang ada giliran masing-masing. Bersesak kami enam orang dalam ruang yang limited. Tapi pengalaman tu memang seronok.
Waktu sahur pula, aku sahur sendirian. Sebabnya roommates aku yang Muslim dua orang tu tak suka bangun sahur. Yang sorang lagi pulak Chinese, dah tentu-tentu dia tak bangun sahur. Menu sahur pula tak tentu. Tapi biasanya roti. 3 keping roti, secawan air panas cukup untuk alas perut. Sekali dua, melantak maggi. Ya, pagi-pagi buta, pukul 5 pagi membaham maggi. Dapat tahu dek roommate, kena marah. Lepas tu sakit perut. Memang padan muka! Tapi itulah pengalaman, kan?
Masih ada 28 hari lagi Ramadhan. Sama-sama kita berusaha untuk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.








