Pages

Subscribe:

Sunday, March 23, 2008

books to be read

*edited on 10.55*

Books to be read for these three month.

  • The Thief Lord by Cornelia Funke
  • The Sea Beggars Book One - The Mark Of Ran by Paul Kearney
  • Portrait In Sepia by Isabel Allende
  • Troll Fell by Katherine Langrish
  • Troll Mill by Katherine Langrish

Haha... semua tu cerita fantasy, fiction. Maybe except for Portrait In Sepia tu kot. Saya lebih suka nak baca cerita fantasy, fiction yang mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak kalau nak dibandingkan dengan saya yang dah berusia remaja ni dari baca buku-buku tentang philosophy, sejarah dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab jiwa saya ni masih keanak-anakan lagi kot.

Masa pinjam dari PSZ hari tu, saya langsung tak baca sinopsis pun. Saya main sambar je sebab cover dia cantik. Walaupun orang kata don't judge a book by it's cover, tapi setakat ni pilihan saya tak pernah mengecewakan saya. Semua best!

Due date bulan June. Entah masa tu habis ke tidak. Looking at current situation, ada ke masa nak habiskan semua tu walaupun bukunya tak adalah tebal sangat. Around 200 +- pages je. Eheh... macam kelakar la pulak. Novel CINTA melayu yang sampai 400-500 lebih pages tu boleh habiskan semalam je, kenapa buku cerita English tak boleh?

Sebab saya perlu mengambil masa untuk mencerna setiap patah perkataan. Kemudian nak carik maksud perkataan yang saya tak faham lagi. Satu lagi, baca buku cerita English ni kurang-kurang kena baca dua kali *rolled eyes*. Kali pertama nak dapatkan gambaran cerita. Kali kedua baru nak fahamkan. Dan yang seterusnya untuk pemahaman yang lebih mendalam.

ALASAN!!! Satu suara di dalam hati menjerit. Hehe...

Tapi saya tak tipu. Sekarang ni homework banyak. Entah kenapa eh... bila time cuti homework tak adalah banyak sangat. Tapi bila naik je sekolah... selepuk datang jatuh atas bahu. Waa... Tapi I'm almost done with it. Itupun buat bila rasa nak buat. Tak pe... Buat sikit-sikit lama-lama siaplah. *big grin*

I really need to go to tuitions... especially Chemistry. And maybe Physics. Biology? Bazir duit je. Baca buku is more than enough. Tapi kalau tak faham susah jugak. Add Maths? I don't think so. Asal dah dapat konsep it's not a big deal for me. But we'll see later.

Oh... I need to go to settle my unfinished business. Yang dah berbulan tertangguh nih! And I can't wait to see the outcome.

Esok sekolah. Ohh tidak!!!

p/s : Yaya... i will do ur tag once i got to use the PC. Sorry!

Adios!

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011