Bahagia!
Itulah perasaan saya waktu ini. Kenapa? Kerana weekend. Dan weekend = CUTI!!!!
Well... siapa yang tak bahagia bila tiba waktu cuti? Orang yang bekerja di pejabat pun tak sabar nak tunggu waktu cuti. Apatah lagi saya yang bergelar pelajar. Weekend lah hari yang paling saya tunggu2. Waktu inilah saya dapat merehatkan tubuh dan minda setelah 5 hari bertungkus lumus menuntut ilmu. Teringat kata2 Ustaz Rahim yang sentiasa melekat kuat di ingatan.
"Waktu kita betul2 dapat rehat, bersenang lenang ialah apabila kaki kanan melangkah masuk ke dalam syurga."
Kerja rumah banyak yang tertangguh akibat kemalasan yang semakin menjadi-jadi. Adakah itu merupakan tanda protes saya? Entahlah... Saya lebih suka surf internet dari membuat kerja sekolah. Saya lebih suka bazir masa saya, memerah otak saya mencari idea dari menyibukkan diri saya mengulangkaji pelajaran. Apa nak jadi nih?
Seminggu kebelakangan ni, saya tak dapat menggunakan PC kerana telah diconquer sepenuhnya oleh ummi yang sibuk dengan thesis dia. Tak apalah... Saya suka guna PC sebab skrin monitor besar.
Hampir sebulan saya tidak keluar ke mana2 melainkan ke sekolah, pasar malam. Itu sahaja rutin saya. Saya teringin nak keluar. Nak jamu mata. Nak beli buku. Nak pergi Harris. Nak makan chicken chop. Nak makan lasagna. Tapi selagi ummi masih sibuk dengan thesis dia, peluang amatlah tipis. Huwaa!!! Tak apalah... sekali lagi saya pujuk diri walau hati saya meronta-ronta!







No comments:
Post a Comment