Pages

Subscribe:

Sunday, December 30, 2007

andai itu ketentuan-NYA

Setahun sudah berlalu sejak TAA ditutup. Dan sepanjang setahun itu rasa rindu pada teratak, pada teman-teman yang menceriakan teratak tidak pernah surut. Walaupun pertemuan kami hanya di alam maya, tapi terasa betapa rapatnya ukhuwwah di antara teratakian'z walaupun tak pernah bersua muka.

Masih terbayang-bayang TAA yang dilatari dengan warna pink yang ceria. Membuatkan hati yang gundah bisa kembali 'tersenyum'. Rindu pada teman-teman. Hanya dengan mengingati telatah dan betapa nakalnya mereka, ada senyuman yang terlukis di wajah.

I miss TAA sooooooooo much!!!

Al-Fatihah, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.

Terima kasih Ya ALLAH kerana meminjamkan dia kepada kami walau hanya seketika. Kerananya kami dapat bertemu dan menjalinkan satu ukhuwwah yang berkekalan sehingga ke akhir nyawa, insya-ALLAH...

Sebenarnya dah lama nak post entry ni, tapi masih tak ada kekuatan. Sedih... Bila lawat blog teratakian'z, rata-rata keluar entry yang berkisar tentang AA dan TAA. Sedih... TAA tiada gantinya buat Ain. Walaupun ada TS, TAA dan TS tetap dua forum yang berlainan. Setiap kali online pasti akan menjenguk TS, dan setiap kali itu jugalah akan terbayang TAA. :( TAA dalam kenangan buat selamanya...

2007

Setahun lagi datang dan pergi. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar kita sudah hampir ke penghujung 2007. Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke SMIH untuk memulakan sesi persekolahan baru dan bersiap sedia sebelum PMR. Masa datang dan berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. It just happened.

Banyak yang telah Ain pelajari dan lalui sepanjang tahun 2007 ini. Juga mengenali rakan-rakan baru di alam maya. Dan belajar menjadi dewasa. Betullah... dengan masa apa sahaja mampu berlaku. Tentunya dengan izin-NYA.

Azam? Alhamdulillah... azam tercapai. Walaupun tidak seperti yang diharapkan. But it's better than nothing, kan?

Tinggal sikit hari saja lagi yang tinggal sebelum tahun 2007 melabuhkan tirai dan 2008 membuka tirai. Kira dah boleh tutup buku lama dan buka buku yang baru lah.

Pada semua, Ain mohon ampun dari hujung kaki hingga ke hujung rambut sekiranya ada terkasar bahasa atau terlanjur kata sehingga menyinggung perasaan. Kita mulakan tahun yang baru dengan azam dan permulaan yang baru.

Selamat menyambut tahun baru!

Saturday, December 29, 2007

alhamdulillah

Alhamdulillah... Segalanya sudah berakhir. Syukur sangat dengan keputusan walaupun tidak sehebat rakan-rakan yang lain. Terbit juga rasa cemburu melihatkan betapa cemerlangnya keputusan rakan-rakan. Tapi Ain terima keputusan Ain dengan penuh rasa syukur yang teramat. Teramat-amat syukur sebab tak pernah terjangkau dek fikiran Ain akan mampu dapat keputusan seperti apa yang Ain dapat. Malah terima bahawa inilah bahagian Ain yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Walaupun ummi cakap she was very happy with my result, tapi Ain boleh rasa dia agak terkilan. Balik ambil result tu, masa dalam kereta ummi ada cakap, "Result kakak dah cukup baik. Ye la... dengan keadaan ummi yang tengah tak menentu masa tu."

Lepas tu Ain terus buat sesuatu yang tak pernah Ain lakukan depan ummi sekian lama - menangis! Sejak menginjak ke alam remaja, malah sejak Ain faham bagaimana corak kehidupan yang kami tempuh, Ain tak pernah menangis depan ummi. Kalau ada pun sorok-sorok. Memang... keadaan masa tu memang agak kelam-kabut. Ya ALLAH! Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan Ain masa tu. Berserabut!

Masa ujian trial keputusan amatlah tidak memberangsangkan. Teruk! Fikiran masa tu bercelaru sungguh! Tak tahu apa yang seharusnya dilakukan. Sampai kena kaunseling dengan ustazah Jamilah. Tapi kerana ummi, Ain kuatkan semangat, cekalkan hati demi menghadapi peperiksaan yang tinggal tak berapa lama lagi. Tahu... harapan ummi untuk melihat Ain berjaya. Tahu... ummi pasti kecewa sekiranya Ain gagal dalam PMR. Kerana itu Ain tak boleh berputus asa.

Dan alhamdulillah... Ain berjaya! Walaupun keputusan tak seberapa, Ain cukup berpuas hati. Sekurangnya itu dapat menebus kembali kegagalam Ain dalam trial. 8A 1B sudah cukup memuaskan. Malah lebih dari memuaskan.

Terima kasih pada semua...
Pada teman-teman... kerana sentiasa di sisi... kehadiran kalian cukup bermakna...
Pada guru-guru... atas ilmu yang dicurahkan selama ini...
Pada ummi... kerana kasih sayang dan sokongan yang tidak jemu-jemu... hanya ini yang mampu kakak persembahkan...

Monday, December 24, 2007

countdown

Countdown?

Ya. Countdown sebelum result PMR keluar Khamis ni. Debar di hati tak usah cakaplah. Rasa nak pecah dada menahan debaran. Semakin dekat hari nak ambil result semakin kuat debaran. Tinggal berapa hari je ni. Ya ALLAH...

Nervous? Sangat nervous. Hanya ALLAH yang tahu. Kadang-kadang sampai tak boleh nak tidur malam. Serba tak kena dibuatnya. Tapi tak adalah sampai termimpi-mimpi. Kelakar juga dengar cerita ada kawan-kawan yang mimpi pasal ni. Apapun segalanya diserahkan pada ALLAH. Walau debar di hati dah tak tahu nak letak tempo berapa.

Beberapa hari ni seboleh-bolehnya nak lupakan sekejap. Tak nak fikir sangat. Takut lain yang diharap lain yang jadi. Tapi tak boleh. Semakin cuba dilupakan semakin kuat dia melekat di fikiran. Setiap saat dia menghantui. Sampaikan nak menulis pun tak boleh. Macam mana nak menulis kalau fikiran tak tenteram. Asyik teringat-ingat!

Apapun... doakan untuk kejayaan Ain dan kawan-kawan ya! Semoga berjaya!

Friday, December 21, 2007

this is the night

This Is The Night - Clay Aiken

When the world wasn't upside down
I could take all the time I had
But I'm not going to wait when a moment can vanish so fast
'Cuz every kiss is a kiss you can never get back

Lift me up in your eyes
If you told me that is what Heaven is, well, you'd be right
I've been waiting forever for this
This is the night

When the answer to all my dreams is as close as a touch away
Why am I here holding back what I'm trying to say?

Lift me up in your eyes
If you told me that is what Heaven is, well, you'd be right
Hold me close to your heart
I would go with you to the ends of the Earth and we'll fly
I've been waiting forever for this
This is the night

This is the night where we capture forever and our tomorrows begin
After tonight, we will never be lonely again

Lift me up in your eyes
If you told me that is what Heaven is, well, you'd be right
Hold me close to your heart
I would go with you to the ends of the Earth and we'll fly
I've been waiting forever for this
This is the night

Monday, December 17, 2007

novels collection









Tiada dalam gambar : Bagaikan Puteri & Seindah Memori

Inilah koleksi novel yang ada di dalam rak. 3 tahun mengumpul inilah hasilnya. Cuma tahun ni je yang tak banyak beli sebab nak PMR.

Friday, December 14, 2007

new skin

Salam to all. I'm back again! With new skin and a refreshing look. Haha...

Saje je tukar sebab nak sambut tahun baru. Walaupun agak lama lagi, tapi oleh kerana angin rajin datang menjelma, maka saya pun merajinkan diri. Semalaman (cuma beberapa jam jek) bertungkus lumus edit. Dan inilah keputusannya.

Dan lagu tu datang bersama dengan code untuk skin ni. Memang rajin sungguh la designer skin ni. Tak payah susah-susah cari lagu. Tapi cuma untuk sementara. Mungkin dua tiga hari nanti tukar lagu baru. Sekarang ni pinggang dah sakit duduk atas kerusi lama-lama.

Sebagai kesimpulannya, saya suka dengan skin baru blog saya!

Monday, December 3, 2007

my perfect lover

Ntah apa-apa je lah diorang nih. Tag mende-mende luar silibus betul... Walaupun rasa malas tahap giga nak buat, tapi kerana kawan, rela-paksa buat je la...

Here are the rules:

1. The victim has to come up with 8 different point about his/her perfect lover.

2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.

3. Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.

4. If you are tagged the second time, there is NO need to do this again.

5. Lastly, and most importantly, HAVE FUN DOING IT. ^___^

Well... i might have fun doing this...

Gender : Male/Lelaki

1. Soleh. Simple je. Satu perkataan. Asalkan dia seorang yang soleh, maka akan lahirlah sikap tanggungjawab, penyayang, penyabar and bla bla bla semua tu.

2. Entah kenapa Ain lebih tertarik kepada lelaki yang pakai cermin mata.

3. Taller than me. Tapi takde la tinggi macam KLCC. Yang sedang-sedang saja.

4. Dari segi paras rupa, takde la expect nak yang handsome. Asal sedap mata memandang, sejuk hati melihat dah lebih dari cukup. Tapi kalau dapat yang good looking one, kira bonus la. Penampilan pun yang sederhana saja. Bukan jenis yang rambut-macam-durian-tercacak and all that.

5. Mintak-mintakla si 'dia' bukan jenis yang mushy-mushy. Overdose romantik buat meremang bulu roma jek.

6. Older than me. Tapi kalau sama umur pun ok jek, janji lebih tua sehari pun tak apa.

7. Has a sense of humour. Bukan jenis yang muka straight 24/7. Seram...

8. Menerima diri ini seadanya sebagai hamba ALLAH yang banyak kelemahan dari kelebihan.

Ok. Done!

Siapa-siapa yang rasa nak buat tag ni, silalah buat ye kerana Ain tak tahu nak tag siapa.

Adios!

Sunday, December 2, 2007

yada... yada... yada...

Assalamualaikum and a very good day to everyone.

It's been a long time since i last updated my blog. Opps... or should i say blogs? Been busy with something.

I miss my blog so much!!!

PMR dah lama berlalu. Raya Aidilfitri pun dah berlalu. Sekolah pun dah habis. Dan tak lama lagi tahun 2007 pun akan berlalu. Banyak yang telah Ain pelajari dalam tempoh masa setahun. Pelajaran yang tidak terdapat di dalam mana-mana silibus kurikulum. Hanya dapat dipelajari dari kamus kehidupan.

Well... 2007 pun masih ada sebulan lagi. Tolak campur darab bahagi. Guess i'll see you again sooner or later.

Happy day everyone!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011