Pages

Subscribe:

Tuesday, July 31, 2007

medicine

Hey ya there!

Demam dah mula kebah. In fact, tak terasa pun demam. Boleh je duduk depan laptop and pc tengok Harry Potter. Dari yang pertama. Ummi dok sibuk suruh makan ubat. Kata panas. Is it? Tak terasa pun. Kalau selsema dengan batuk tu ye lah. Ubat batuk dengan selsema makes me feel drowsy. Makan ubat, tidur.

Tapi i hate medicine. Tak suka. Tak nak makan. Gaduh jugak dengan ummi. Last-last, makan ubat demam jek. Dua lagi, makan malam. Biar mata terus terkatup sampai pagi. Tak bangun-bangun. Ubat! Ubat! Ubat! How i hate medicine.

Saturday, July 28, 2007

fever

Take a glimpse at the title. Fever. That's it. Fever. Again. *coughing*

What? I'm having a fever again. And i hate it. I feel groggy.

I skipped my studygroup. Sorry friends for not being able to be there.

At first, i did wanted to go. But ummi wouldn't allow it. Mulala dia ber'ceramah'. And i just stood there, listening to her. Sampai tertidur. And when i woke up, it's already 10. And i was like, "Ummi! Why didn't you woke me up?"

Baru baik demam, demam lagi.

Kalau ada yang sedar, dah 3-4 minggu berturut-turut tak pergi sekolah. And it's on Tuesdays. Itupun kalau ada yang sedarlah. I know that i'm nothing to you all. Who would care?

Saturday, July 21, 2007

happy birthday Raden

Diam tak diam, 21 Julai dah tiba. Sebelum ni, terasa lamanya. Tapi sekarang...

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN yang ke 15 buat Raden Qurratu' Aini. Dah besar dah kawan ana ni.

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.

Raden, ana tahu anti crave nak chocolate cake kan. Ni ana ada chocolate cake untuk anti. Huhu...




Penat ana buat ni tau.

HAPPY BIRTHDAY RADEN! SWEET 15 MY FRIEND!

Thursday, July 19, 2007

homeworks, cupboard and ...

What should I write? I don’t know what to write.

Hmm… secara lumrahnya, pelajar-pelajar form 3 yang nak hadapi PMR akan diberi latih tubi bertubi-tubi. Fail sampai dah overload. Berat pulak tu.

Hari ni, tiba-tiba angin rajin datang menyapa. Rimas pun ya jugak. Tengok keadaan bilik yang bersepah, memang menyesakkan mata. Mana taknya kalau atas katil pun buku tersadai sana sini. Dah banyak kali kena sound dengan ummi tapi buat endah tak endah je. Akhirnya, hari ni angin rajin datang. Kemaslah bilik yang dah tak serupa bilik tu. Sebab dah macam stor. Macam-macam ada.

Susun buku-buku dari form 1 sampai form 3. Can you believe it? Cuma untuk buku teks sahaja, penuh satu shelf yang dikhaskan untuk study table tu. Itu tak campur lagi reference books, buku-buku latihan, dictionary-dictionary, other stuff lagi. Mana nak sumbat semua tu? Tadi cakap pada ummi about this. Ummi kata, whether buy a new one or cari je la mana-mana yang tak guna. Kat rumah ni memang banyak buku. Dari buku kanak-kanak, novel, academics book, buku masak, magazines. Inilah keadaan rumah seorang pensyarah. Penuh dengan buku.

Tuesday, July 17, 2007

grrrr...

Grrr... geram. Multiply tak boleh bukak. Wordpress pun sama. Macam mana nak update? Kalau tak update hari ni, zaman bila lagi nak update. Blog saya ni bukan satu sahaja. Banyak. Kalau tak update hari ni, bila lagi nak update. Blog ni pun dah jarang sangat berupdate sampai labah-labah dah buat sarang.

Beban sekarang dah bertambah. Almaklumlah, lagi 2 bulan nak PMR. Dah tentu kerja rumah melambak. Jadi... masa nak melayari internet sekarang ni memang teramat terhad. Apatah lagi nak update blog-blog. Tapi dia buat hal lah pulak. Geram betul. Tunggulah sampai berhabuk baru update lagi.

Thursday, July 12, 2007

tagged!

Lamanya tak update blog. Seminggu lebih. Malas satu, tak larat pun satu. Nak manage blog yang banyak, tak menang tangan nak update semuanya. Tulah, gatal sangat buat blog banyak-banyak.

Kali ni apa cerita? Saya kena tag dengan Iejay.

Okey, this is the rule.
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry, you just need to tag as many people as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged.

In addition, to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".

When you have done yours, please leave a comment in Mr Idhams's blog - so that he can keep count. His goal of having 100 people completing this meme before 26th August!

The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences. *These can be copied and pasted to your entry*

1. A person is only as good as - what they are

2. Friendship is always - a special gift from ALLAH to me

3. To love is to – to make the person I love happy

4. Money makes me – smile all day

5. I miss – my childhood and Nad

6. My way of saying I care is by – stay by her/his side

7. I try to spread love and happiness by – learn to love others with all my heart

8. Pick the flowers when – i feel like to

9. To love someone is to – protect them from being hurt

10. Beauty is – subjective

11. When I was thirteen, what I remember the most was – I learn to be independent as a big girl

12. When I was twenty one, I remember – don't know. my age is just 15.

13. I am most happy when – my dearest are happy

14. Nothing makes me happier than – seeing the person I love is happy

15. If I can change one thing, I will change – all my bad habit

16. If smiles were – the pain reliever, then I – don't mind to smile 24/7

17. Wouldn't it be nice if we could – live in peace, no war here and there

18. If you want to – be love by everyone, then you have to – learn to love yourself first

19. Money is not everything but – love is

20. The most touching moments I have experienced – was when somebody make a surprise for me on my birthday

21. I smile when – I am happy

22. When I am happy, I – will smile all day long

23. If only I don't have to – work hard for money but still get money monthly, then – I am the luckiest person in the whole universe

24. The best thing I did yesterday was – i get to sleep all day long (haha...)

25. If I ever write a book, I will give it this title - Mahar Cinta (dream on)

26. One thing I must do before I die is – to ask for forgiveness from everyone

27. Doing this meme, I feel like – glad

Kepada siapa-siapa yang menjenguk blog ain ni dan rajin nak buat, nak menderma, boleh juga. ATAS NAMA CHARITY ye. Dengan seikhlas hati. Ain tak nak tag siapa-siapa. Siapa rajin, buatlah.

Monday, July 2, 2007

kenapa?!

Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?!

Kenapa saya tak boleh meluahkan ketidakpuasan hati saya di blog SAYA sendiri terhadap kawan-kawan saya?

Kenapa saya mesti mengikut telunjuk mereka yang merosakkan perasaan saya, mempunahkan jiwa dan raga saya, menghancurkan hati saya?

Kenapa boleh jadi sampai macam ni?

Kenapa saya tak boleh nak mewujudkan perasaan kasih kepada kawan-kawan saya walau secebis cuma?

Saya benci awak semua. Lebih baik kalau awak semua tak muncul dalam hidup saya, kalau kehadiran awak semua cuma untuk mencalit parut di hati saya.

'Uhibbuki fillah'. Suka untuk saya mengatakan yang saya merasa jelek untuk mendengar kata-kata itu meluncur laju di bibir kalian. Alangkah bagus kalau ianya lahir dari hati, bukan dari bibir yang bisa berdusta. Kata-kata cuma mainan bibir. Sedangkan yang terperosok di sudut hati, siapa yang tahu?

Cepatlah waktu berlalu. Saya tak tahan dengan semua ni. Saya tak mahu menatap wajah-wajah tersebut lagi. Biarlah orang kata saya pengecut kerana melarikan diri, saya tak kisah. Yang penting, perasaan saya tenang. Hati saya bahagia. Hidup saya penuh warna-warna. Dan saya tak perlu untuk berlakon lagi, seolah-olah saya begitu sayangkan mereka, sedangkan di hati saya, tiada lagi kasih sayang untuk mereka. Cukuplah dengan luka yang dipalit selama ini.

Awak... saya rindukan awak. Saya rindukan kata-kata semangat awak. Hanya awak yang memahami. Bila saya rasa buntu sangat, saya baca balik email-email awak pada saya. Saya rasa seolah-olah awak berada di sisi saya. Mendengar luahan hati saya. Terima kasih, awak. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya, tatkala saya dibuang oleh kawan-kawan saya sendiri. Berikan saya kata-kata semangat untuk terus mengharungi hidup.

Nad... terima kasih sudi menjadi kakak saya. Saya sayang awak.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011