Pages

Subscribe:

Thursday, July 19, 2007

homeworks, cupboard and ...

What should I write? I don’t know what to write.

Hmm… secara lumrahnya, pelajar-pelajar form 3 yang nak hadapi PMR akan diberi latih tubi bertubi-tubi. Fail sampai dah overload. Berat pulak tu.

Hari ni, tiba-tiba angin rajin datang menyapa. Rimas pun ya jugak. Tengok keadaan bilik yang bersepah, memang menyesakkan mata. Mana taknya kalau atas katil pun buku tersadai sana sini. Dah banyak kali kena sound dengan ummi tapi buat endah tak endah je. Akhirnya, hari ni angin rajin datang. Kemaslah bilik yang dah tak serupa bilik tu. Sebab dah macam stor. Macam-macam ada.

Susun buku-buku dari form 1 sampai form 3. Can you believe it? Cuma untuk buku teks sahaja, penuh satu shelf yang dikhaskan untuk study table tu. Itu tak campur lagi reference books, buku-buku latihan, dictionary-dictionary, other stuff lagi. Mana nak sumbat semua tu? Tadi cakap pada ummi about this. Ummi kata, whether buy a new one or cari je la mana-mana yang tak guna. Kat rumah ni memang banyak buku. Dari buku kanak-kanak, novel, academics book, buku masak, magazines. Inilah keadaan rumah seorang pensyarah. Penuh dengan buku.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011