Pages

Subscribe:

Friday, May 11, 2007

alahai demam...

Dalam jarak masa tak sampai sebulan, demam sekali lagi. Suhu agak tinggi. 40 darjah. Memang tinggi. Sakit peningnya, tak payah cakap. Hanya Allah yang tahu. Dahlah minggu depan nak exam. Inilah ujian Allah...

Masa masuk bilik rawatan, belum sempat nak duduk atas kerusi, doktor dah tanya "Pergi mana pulak?" Aik... macam tahu-tahu je doktor ni baru balik dari studython. Demam ni tak tahulah pasal apa. Kalau sebab pakai speck, tak adalah sampai demam, suhu tinggi. Setakat pening-pening biasa je. Tapi ni sampai tahap tak boleh nak angkat kepala. Pusing yang teramat rasanya.

Alhamdulillah... pening dah berkurangan. Tapi tekak masih tak dapat nak terima makanan. Makan je muntah. Makan je muntah.

1 comment:

Anonymous said...

salaam ain =)

smoga Allah bless u always..

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011