Pages

Subscribe:

Saturday, April 28, 2007

Sahabat Sejati


Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Friday, April 27, 2007

Shoulder to lay on

I wish I had someone's hand to hold sometime, somebody to hug. A person to call when I've had an awful day. A person who wants to make me feel better for that bad day. Somebody to laugh with, cry with, a person that was unequivoically on my side.

I don't.

Never have, really.

Not sure I ever will.

'When I Said I was Happy, I Was Lying'


Ahah... i like that words. Memang sesuai betul dengan me. 'When i said i was happy, i was lying.' 101% agree. Hey... I'm not someone yang suka mengadu domba tak tentu pasal. Throwing tantrums mengalahkan budak-budak. Crying like a two years kids. Heh... menyampah bila tengok ada kawan-kawan yang berperangai gitu. Buruk.

Err... itu masuk topic ke? Whatever... This is MY BLOG, and its up to me to write anything i want. You guys out there, tak ada hak nak pertikaikan. <<<>

'When i said i was happy, i was lying.' And that's me. I would never say, I am sad. Aaeshah always said, 'You look so happy. Ada apa-apa ke?' And i would just smile. Dalam hati, 'Habis, nak suruh ana jadi macam kawan enti yang perangai mengalahkan budak 2 tahun tu ke?' Betapa kejamnya hati berbicara. As long i am happy.

Gambar hanya hiasan semata. Tak ingat 'cekup' dari mana.

Wednesday, April 25, 2007

Lafaz Yang Tersimpan

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Ummi... kakak sayang Ummi. I Love You Very... Very... Very... Much. Thank you for everything. Terima kasih kerana melahirkan kakak. Terima kasih kerana mendidik kakak menjadi manusia yang berguna. Jasa Ummi tak dapat kakak balas.

Ayah... kakak doakan ayah bahagia di sana. Walaupun dah bertahun ayah pergi, kasih ayah pada kakak tak pernah luput. Hangatnya kasih ayah masih kakak rasa. Kakak sayang ayah. Terima kasih ayah! Al-Fatihah...

Monday, April 23, 2007

ihtifal ke-12 SMIH

Bangun pagi agak lewat (memang lewat pun) dalam pukul 6.30. Nasib baju dah gosok. Terus mandi, solat dan bersiap. Orang dah siap, ummi tak siap lagi. Almaklumlah. Orang perempuanlah katakan. Habis awak tu apa? Bukan perempuan ke? Ummi siap terus off pergi Kompleks Nusa Mutiara. Ikut highway Skudai. Turun dekat highway Pasir Gudang.

Bila dah naik jambatan tu, at first ingat sesat. Kalau tak takkan ada signboard Kompleks Nusa Mutiara. Ikut jelah sign tu walaupun ragu-ragu. Takkan baru berapa lama (setahun tu tak lama ke) tak lalu dah berubah terus jalan. Nasib jumpa. Tapi... hampeh betul. Kalau ikut Bandar Dato' Onn kan senang. Tak payah nak pusing-pusing. Hmmph!!!

Sampai dalam pukul 8.15 macam tu. Masuk terus duduk. Tak lama, masa tengah berjalan-jalan sementara Ketua Pelajar yang diberi nama Daeng Ahmad Saifullah tengah beri ucapan, ustazah Wan panggil suruh pakai tag khas untuk AJK. Dah tu satu kerja pulak bila kena cari adik-adik seangkatan AJK Sponsor dan Penggambaran yang lain. Lantak kamulah.

Nasib tahun ni perasmi tak bagi ucapan berjela sampai berjam-jam. Ada dalam setengah jam kot. Tapi puan pengetua yang bagi ucapan agak berjela. Lantaklah. Kitorang (me with Nani) kena jaga kaunter kupon jualan amal nasi beriani gam. Jaga tak ada orang pun, kitorang decide masuk balik. Nak tengok Najahan punya persembahan. Ok lah persembahan diorang tu. yang tak bestnya sound system tak betul.

Lepas tu kena panggil. Nasi dah sampai. Maka bermulalah tugas kami. Masa waktu rehat, berpusu-pusu orang datang. Sampai tak cukup tangan. Kalau bergantung pada tenaga kami berdua (me with Nani) mau kelam kabut jadinya. Nasiblah ada guru-guru yang baik hati membantu. Terima kasih Ustazah Aisyah, Ustazah Halimah dan Ustazah Muhaini.

Alhamdulillah... jualan nasi amat menggalakkan. Sampai licin. Nasib dah ambil my nasi. Kalau tak tak nampak bayang pun. Tapi terbit juga kerisauan di sudut hati. Takut orang yang dah beli kupon tak dapat nasi diorang lagi. Tapi memang patut pun. Patutnya datang ambil awal-awal. Bukan waktu jualan dah nak tamat. Memang gigit jarilah jawanbnya.

Ummi ambik lambat. Sampai tertidur dekat ruangan menunggu. Balik terus bummm!!! Penat tau seharian terkejar sana sini. Even nak duduk pun tak sempat. Ada je orang yang datang. Nani pun bukan sentiasa ada. Kadang-kadang dia masuk dalam. Dapat tengok pentomen dengan chorus speaking.

So... overall oklah. Untuk penerima anugerah pula,

Anugerah Tokoh Pelajar
Huzaifah Mohd. Noor (Banin)
Nabihah Nordin (Banat)

Syabab Terbaik
Asyraf Nasharuddin (Banin)
Nabihah Nordin (Banat)

Tokoh Ketua Pelajar
Huzaifah Mohd. Noor (Ketua Pelajar)
Nurul Nadhirah Abd. Razak (Pen. Ketua Pelajar)

Sunday, April 22, 2007

suratan atau kebetulan

Hehe... rasa nak ketawa pula bila fikir-fikir. Kalau siapa yang perasan, my blog dengan Kak Diya's blog memang sebiji. Walaupun tak berapa sama. Mula-mula, memang tak perasan, bila Kak Diya sebut, baru perasan. Memang sama. Selama ni manalah perasan, datang blog Kak Diya yang juz4u.blogdrive pun semata-mata nak baca cerita-cerita dia je. Yang lain memang tak ambil pusing. Sekadar tengok di angin lalu je. Bila tengok diary blog Kak Diya, terkejut juga. Tajuk pun sama. 'Diary Of My Life'. Exactly the same. Mungkinkah ini suratan atau kebetulan?

Saturday, April 21, 2007

kenangan di TAA

I'm not in my good mood. Ingat masa masuk TS tadi, nak ceriakan hari. Tapi makin bertambah sedih. Hari ni hari ulang tahun arwah Kak Anna, pengasas TAA. Masih terbayang ruangan forum TAA. Hampir genap 4 bulan penutupan TAA. Dan selama itu juga, TAA tak pernah luput dari ingatan. Tak boleh nak lupa. Automatik, masuk TS, teringat TAA. Rindu! Kalau tengah bosan, buka balik web TAA yang dah disave tu. Cukuplah sekadar dapat menatap. Al-Fatihah untuk arwah Kak Anna. Semiga rohnya dicucuri rahmat.

Bersemadilah dikau dengan aman.
Bersemadilah dikau dengan tenang.
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan inayah-Nya.
Ya Allah...
Tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman.
Jauhkanlah dia dari seksaan kubur-Mu.
Jauhkanlah dia dari seksaan neraka-Mu.
Aku bermohon di bawah Rahmat danLindungan-Mu...
Hanya pada-Mu yang Satu..
Al-Fatihah.

~ Board Offline - 27/12/2006~
Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat....
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi.....
~ Umar Khayyam ~

Thursday, April 19, 2007

story for the day

Entah mimpi apa agaknya guru-guru PSFM nak buat PSFM hari ni. Terbantut niat nak puasa. Dah tu suruh bawak bahan masakan. Macam-macam. Pagi-pagi, macam biasa regangan dan kawad kaki. Kita main kawad jalan dengan pusing. Best! Suka!

Lepas rehat, kawad kaki lagi. Kali ni main tukar langkah pula. Like it! Lepas tu baru start masak. Ikan selayang yang me beli semalam (dengan susah payahnya nak mengecam ikan tu), dibakar. Keledek, terung pun nasib sama jugak. Kena bakar. Habis hitam legam. Lepas tu, masak sardin dalam tin punya. Tapi... tak tumis bawang dulu. Masuk sardin baru masuk bawang baru masak. Tekak yang sedia kembang, bertambah kembang. Hampir-hampir muntah tengah-tengah padang tu.

Me sendiri pelik dengan myself yang tak boleh makan ikan. Sesetengah tu boleh la. Macam siakap, kembung, selar, kerapu, terubuk tu bolehlah. Belum sempat masuk mulut, baru pegang dah lari ke bilik air, nak muntah. Macam siang tadilah. Bau je dah buat tekak kembang. Habis masak, memang muntah betul-betul. Bila balik semula padang berkumpul, sekeliling bau sardin. Lagilah! I hate sardin!

Petang ada ujian disiplin bertulis. Sebelum tu sempat tidur. Jawab soalan 5 minit siap. Sambung balik tidur sampai habis masa. Habis ujian, AJK Sponsor dan Fotografi kena panggil. Ingat apa. Rupanya ustazah suruh jaga kaunter tempahan nasi beriani gam untuk jualan amal. Ustazah suruh ambil meja duduk dekat dataran. Aduss!!! Bengang! Lebih-lebih lagi bila yang lain balik pukul 4. Oleh kerana me balik lambat, ustazah suruh jaga sampai pukul 5. Lagilah bengang. Banin yang lalu lalang tengok semacam je.

Nak promote sekalilah nasi beriani gam Taman Dahlia tu. Budak-budak SMIH sekalian, suruhlah mak ayah antum semua beli nasi beriani gam ni. Buat amal jariah. Sumbangan untuk bangunan baru tu.

Ayam = RM 6.00
Daging = RM 6.00
Kambing = RM 7.00

Boleh tempah pada ustazah Wan. Pada kami para AJK pun boleh tapi kena tunggu kaunter buka la dulu baru boleh. Jangan lupa bawa duit sekali. InsyaAllah, nasi akan dapat hari Ahad nanti.

Journey

Journey

It’s a long long journey
Till I know where I’m supposed to be
It’s a long long journey
And I don’t know if I can believe

When shadows fall and block my eyes
I am lost and know that I must hide
It’s a long long journey
Till I find my way home to you

Many days I’ve spent
Drifting on through empty shores
Wondering what’s my purpose
Wondering how to make me strong

I know I will falter
I know I will cry
I know you’ll be standing by my side
It’s a long long journey
And I need to be close to you

Sometimes it feels no one understands
I don’t even know why I do the things I do
When pride builds me up till I can’t see my soul
Will you break down these walls and pull me through

Cause It’s a long long journey
Till I feel that I am worth the price
You paid for me on calvary
Beneath those stormy skies

When Satan mocks and friends turn to foes
It feel like everything is out to make me lose control
Cause it’s a long long journey
Till I find my way home to you

I like this song very much. Pertama kali dengar masa tengok cerita Dolphin Bay, terus fell in love. With the lyrics. And it made me to think about the reality of life.

Wednesday, April 18, 2007

ikan selayang



Esok ada PSFM. Kalau dekat sekolah luar, orang panggil Ko-ko la. Kena bawak 3 ekor ikan selayang, 3 biji ubi keledek, 2 tin sardin dengan terung. Nak buat apa tak tahu. Kemudian bincang dengan group siapa kena bawa apa. Belum masuk lagi garam, gula, segala benda asas dalam masakan la. Kemudian Farah suruh bawa ikan selayang dengan ubi keledek.

Ikan selayang tu macam mana rupanya? Tak pernah dengar pun. Tanya kawan-kawan diorang pun tak tahu. Masa tengah buat sijil dekat bilik guru, tak teringat nak tanya ikan selayang tu macam mana rupanya. Bila tanya ummi macam mana rupanya ikan selayang tu, ummi pun tak tahu. Senang cerita, dekat kedai nanti tanyalah orang yang jual tu ikan selayang tu mana.

Tengok dekat kedai tu, ada ikan bawal, ikan tenggiri, ikan merah, ikan kembung, ikan sardin. Tapi tak nampak pun ikan selayang. Tanya pakcik kedai tu, ikan selayang yang mana, dia tunjuk ikan sardin. Tanya balik, ikan selayang dengan ikan sardin sama ek? Dia kata bukan. Tapi rupa sejibik dengan ikan sardin. Ah... lantaklah! Asal ada ikan. Ummi beli lebih sebab kata nak cuba rasa macam mana ikan selayang ni. Bila makan, macam ikan sardin je rasa. Bila cari dekat internet, ikan selayang dengan ikan sardin tu sama la.

Homeworks!

Homeworks! Homeworks! Homeworks! I hate homeworks! Kenapalah perlu wujud homeworks di dunia ni? Dah tu, bertimbun pulak tu. Sampai rasanya macam tak cukup tangan nak membuatnya. Buat homeworks yang bertimbun ibarat Gunung Everest tu, hari-hari tidur lambat. Sampai mata ni dah tak reti nak tidur awal. Unless la kalau penat yang teramat. Baru boleh tidur awal. Kalau tak, selagi belum pukul 2, pukul 3 tak adanya mata ni nak lelap. Pernah pukul 5 tidur. Pukul 6 dah kena bangun.

Guru-guru semua macam berebut nak bagi kerja rumah. Nasib baik la Isnin depan cuti. Tapi jangan harap nak bersenang lenang. Hari Ahad ni ihtifal. Dah tu jadi AJK Sponsor dan Fotografi. Dua tiga hari ni sibuk tolong ustazah Wan taip sijil, buat kupon, inipun banyak la jugak yang belum siap. Dahlah folio Sains tak siap lagi. Kena hantar Jumaat ni. Ana tak nak buat!!!

Kerja kursus Sejarah, Geografi, Mate, both buku kerja and buku tulis, buku kerja Science, pendek kata homeworks memang berlambak. Dahlah Science apa ustaz ajar sepatah haram pun tak faham. Belajar sendiri baru faham. Waa... i hate Science! Tapi nak ambik Science!

Haa... bulan 5 ni setara PMR kali kedua. Tak nak periksa! Tak nak setara!

I Feel Like Crying

Sedih! Nak menangis tapi kenapa air mata tak keluar. Kebiasaanya lepas menangis baru perasaan rasa lega. And for me, that is the only for me to express my feelings. Nak menangis! Sungguh! Nak sangat menangis. Tapi kenapa tak boleh menangis?

Bila ada masalah, tengah tertekan, i would cry. Nak luahkan, there's no shoulder to cry on. Hanya pada Allah tempat mengadu. Teringat masa hadiri program motivasi Dato' Dr. Hasan Hj. Mohd Ali dekat sekolah few weeks ago. Masa sesi dengan parents tu, memang menangis sesungguh hati. Menginsafi dosa pada Allah, dosa pada ummi, dosa pada kawan-kawan, juga meluahkan bebanan yang sarat dalam dada. It has been a very long since i had a very good cry. Lepas menangis, rasa lega. Walaupun beban tu tak sepenuhnya keluar. But at least, i let it out.

Terus terang, I am a sensitive person. It's just that i don't like to show that i am a sensitive person. If i read a sad story, i would cry. If i watch a sad story, i would cry. Walaupun dah tahan tak nak menangis, still menangis. Dah dia nak mengalir, biarlah. Kalau tahan makin seksa jiwa.

Tuesday, April 17, 2007

It's Been A Long Time

It's been a long time since my last post. It was on January. Sibuk dengan homework yang sentiasa bertimbun. Dengan folio, kertas kerja dan sebagainya. InsyaAllah, lepas ni blog ini akan di update dari semasa ke semasa walaupun tak kerap.

Hari ni, pagi-pagi lagi dah rasa malas nak pergi sekolah. Hari ni ada perhimpunan mingguan macam biasa. Lepas tu belajar macam biasa. Hari Khamis ni ada PSFM dengan ujian disiplin. Rasa macam tak logik pulak bila kena baca buku peraturan lepas tu jawab soalan dalam paper. But that's the fact. Belajar pun macam biasa. Alhamdulillah, hari ni tak mengantuk sangat. Sikit-sikit tu adalah. Belajar science pun dapat masuk kepala.


Hari Jumaat ada MDP dan KP. MDP ada jamuan. Tapi nak bawa apa ya? Laichee pudding je lah. KP? Maybe chocolate cake kot. Bolehlah.

Monday, April 16, 2007

Finally

At last. Setelah berbulan berhempas pulas meng'set' code, akhirnya berjaya juga. InsyaAllah... lepas ni, berupdatelah blog ni. Labah-labah pun dah buat sarang. Bersawangnya lagi. Dah berbulan tak kemas, biasalah. Alhamdulillah... berjaya juga dengan misi. Really miss this blog.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011