Pages

Subscribe:

Thursday, April 19, 2007

story for the day

Entah mimpi apa agaknya guru-guru PSFM nak buat PSFM hari ni. Terbantut niat nak puasa. Dah tu suruh bawak bahan masakan. Macam-macam. Pagi-pagi, macam biasa regangan dan kawad kaki. Kita main kawad jalan dengan pusing. Best! Suka!

Lepas rehat, kawad kaki lagi. Kali ni main tukar langkah pula. Like it! Lepas tu baru start masak. Ikan selayang yang me beli semalam (dengan susah payahnya nak mengecam ikan tu), dibakar. Keledek, terung pun nasib sama jugak. Kena bakar. Habis hitam legam. Lepas tu, masak sardin dalam tin punya. Tapi... tak tumis bawang dulu. Masuk sardin baru masuk bawang baru masak. Tekak yang sedia kembang, bertambah kembang. Hampir-hampir muntah tengah-tengah padang tu.

Me sendiri pelik dengan myself yang tak boleh makan ikan. Sesetengah tu boleh la. Macam siakap, kembung, selar, kerapu, terubuk tu bolehlah. Belum sempat masuk mulut, baru pegang dah lari ke bilik air, nak muntah. Macam siang tadilah. Bau je dah buat tekak kembang. Habis masak, memang muntah betul-betul. Bila balik semula padang berkumpul, sekeliling bau sardin. Lagilah! I hate sardin!

Petang ada ujian disiplin bertulis. Sebelum tu sempat tidur. Jawab soalan 5 minit siap. Sambung balik tidur sampai habis masa. Habis ujian, AJK Sponsor dan Fotografi kena panggil. Ingat apa. Rupanya ustazah suruh jaga kaunter tempahan nasi beriani gam untuk jualan amal. Ustazah suruh ambil meja duduk dekat dataran. Aduss!!! Bengang! Lebih-lebih lagi bila yang lain balik pukul 4. Oleh kerana me balik lambat, ustazah suruh jaga sampai pukul 5. Lagilah bengang. Banin yang lalu lalang tengok semacam je.

Nak promote sekalilah nasi beriani gam Taman Dahlia tu. Budak-budak SMIH sekalian, suruhlah mak ayah antum semua beli nasi beriani gam ni. Buat amal jariah. Sumbangan untuk bangunan baru tu.

Ayam = RM 6.00
Daging = RM 6.00
Kambing = RM 7.00

Boleh tempah pada ustazah Wan. Pada kami para AJK pun boleh tapi kena tunggu kaunter buka la dulu baru boleh. Jangan lupa bawa duit sekali. InsyaAllah, nasi akan dapat hari Ahad nanti.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011