Pages

Subscribe:

Thursday, July 17, 2008

bulan rejab

Sedar tak sedar dah 15 Rejab. Kemudian diikuti pula oleh Syaaban. Dan akhirnya tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Apa persediaan yang telah kita lakukan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi?

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Memandangkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, maka perbanyakkanlah berpuasa kerana amalan terbaik dalam bulan Rejab ini adalah puasa.

Kelebihan bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

----------------------------------------------

Qiam BatchSebelas yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Ogos terpaksa ditunda ke satu tarik yang masih belum diketahui. Sama ada dicepatkan atau dilambatkan. Setakat ni, kami belum jumpa tarikh yang betul-betul sesuai memandangkan terlalu banyak program sekolah yang akan clash dengan program Qiam kami ni. Tak apalah, ALLAH telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari tersebut. Bukankah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri?

Tapi, nampaknya ramai yang macam tak puas hati bila dapat tahu Qiam BatchSebelas (baca: TERPAKSA) ditunda. Sedangkan ramai yang tahu Qiam akan diadakan pada 1 Ogos. Tapi apa nak buat. Kami, para AJK pun terkejut dengan berita yang baru diterima dari Ustaz Iswan Rabu lepas. Sekarang ni tengah pening cari tarikh yang betul-betul sesuai.

Ketahuilah wahai kawan-kawan, bukan kami suka-suka nak tunda, tapi menurut Ustaz Iswan, pada hari yang kita bakal mengadakan Qiam, sekolah pun ada program juga. Entah apa entah nama dia saya lupa. Daripada antum marah-marah tak puas hati, bukankah lebih baik kalau antum buat solat istikharah supaya ALLAH beri kita petunjuk, mohon pada ALLAH supaya apa yang telah kita rancangkan ni dapat berjalan dengan lancar.

Hari Rabu depan ada meeting lagi.

Monday, July 14, 2008

permintaan hati


Permintaan Hati
Letto

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Saya suka lagu ini. Kalau dihayati betul-betul, maksudnya sungguh mendalam. Bagi sayalah!

Dua tiga menjak ni saya dah kekeringan idea nak update blog ni. Sedangkan dulu saya amat gila untuk masukkan entri, waktu di blog lama dulu. Tapi sekarang...

Tuesday, July 8, 2008

demam

Apa saya nak tulis ya? Idea yang berlegar-legar di benak sebentar tadi hilang dibawa angin. Selalu macam ni. Sebelum saya duduk di depan PC dan sign ke account blogger saya, banyak yang ingin saya tulis. Tapi bila tetingkap untuk create post dah ada di depan mata, semua idea hilang entah ke mana.

I think this will be a short post since i am having a fever. Tak tahu nak cerita apa. Kepala pun macam tak berapa nak betul sikit, lopsided. Walaupun saya boleh bangun dan duduk di depan PC, tapi saya tetap rasa kepala saya berat. Satu badan sakit, lenguh sendi pun ya.

Dua tiga hari yang lepas, tekak saya perit yang teramat sangat. Saya sangka mungkin sejam dua baiklah, tapi tidak. Sampai ke hari ni, rasa perit tu masih ada. Saya tak sangka itu merupakan tanda saya bakal demam. Kalau dulu, sakit tekak sikit saya dah mengadu dekat ummi rasa macam nak demam. Alasan tak nak pergi sekolah. Sebab dulu saya sangat berharap saya akan sakit sebab tak nak pergi sekolah. Heheh...

Tapi tidak kali ini. Semalam, seharian di sekolah saya rasa badan saya seram sejuk. Walaupun orang lain kata panas, saya rasa sejuk yang teramat. Bila saya beritahu pada seorang rakan, dia kata itu perkara biasa bila tengah puasa. Tapi saya tahu bukan. Sebab ini badan saya. Saya cukup kenal badan saya. Tak cukup dengan itu, saya rasa tekak saya loya yang teramat. Tambahan pula kepala saya berpusing hebat. Sepanjang hari saya merintih dalam hati, bila nak balik?

Apabila tepat pukul 4, saya terus bergegas ke belakang tengok sama ada ummi dah sampai ke belum. Memang saya sengaja beritahu ummi supaya ambil pukul 4. Saya tak nak pergi kelas hafazan petang tu. Lagipun dari pagi saya rasa tak sedap badan. Tapi bila sampai ke belakang, ummi tak sampai lagi. Dengan berat hati, saya pergi juga ke kelas dengan keadaan kepala saya yang sangat pening dan sakit, dengan nak muntahnya, satu badan sakit-sakit.

Tepat lima petang, tengok ummi dah sampai. Saya dah agak sebab saya seolah-oleh terdengar bunyi hon kereta. Masuk kereta saya terus beritahu ummi. Sampai rumah, saya terus masuk bilik dan tidur sampai nak dekat Maghrib. Kemudian terus mandi dan berbuka. Kemudian terus tidur. Siap berselubung dengan selimut. Satu badan rasa sejuk yang teramat.

Huh... nasib baik esok cuti!

Sunday, June 29, 2008

nombor satu

Melangsaikan 'hutang' yang sudah lama tertangguh. Tag dari Cik Alifah.

1 minit yang lalu, apa anda buat?
Menjawab tag yang disuruh oleh Cik Alifah.

1 hari yang lalu, apa anda buat?
Tengok CardCaptor Sakura. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak doulu-doulu. hehe...

1 hari lagi, apa akan anda buat?
Oleh kerana esok ialah hari Isnin, maka saya terpaksa ke sekolah.

1 orang terakhir yang menelefon kamu.
Hurm... when is the last time i receive a phone call? Maklumlah... saya ni bukanlah orang yang popular yang perlu ditelefon setiap masa.

1 makanan yang baru dibeli.
Apa ek? Tak ingatlah!

1 barang yang baru hilang.
I always kept my things well. Tak ada barang yang hilang dalam masa terdekat ni.

1 cerita yang baru ditonton.
Di TV ke panggung? Kalau TV, The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and The Wardrobe. Kalau panggung, The Chronicles of Narnia : Prince Caspian.

1 hal terakhir yang digosipkan.
Maaf. Saya tak suka bergosip. (Ye ye aje!)

1 kata yang ingin diluahkan.
Saya malas nak ke sekolah esok. Sekian terima kasih...

1 buku yang sudah dibaca.
Apa ya? Lupa jugak!

1 penyakit yang sering datang.
Sakit kepala. Sakit perut. Selesema. Eh... dah tigalah!

1 keinginan.
Saya rasa macam nak cuti esok. Boleh?

Seterusnya... siapa saya nak tag?

Siapa-siapa yang rajin nak tag diri sendiri.

------------------------------


Android Intended for Nocturnal Assassination, Logical Infiltration and Yearly Analysis


Get Your Cyborg Name

Wednesday, June 18, 2008

i feel sick!


Badan rasa seram sejuk. Kepala rasa berat, berdenyut macam nak pecah. Hidung tersumbat. Saya rasa nak demam. Rasa macam malas pulak nak ke sekolah esok.

Tuesday, June 17, 2008

ponteng

Semalam, waktu buka blog Batchsebelas saya jadi terkesima sekejap. 54 orang! Wow! Pertama kali! 54 orang yang tak ke sekolah. Dan saya tergolong di kalangan 54 orang itu.

Saya memang awal-awal dah kata TAK NAK ke sekolah. Tapi bila balik ke rumah, saya berubah fikiran. Nak pergi sekolah. Tapi tak pergi juga. Lepas tidur, saya hanya sedar apabila hari sudah siang. Jadi, memang dah sah-sah saya ponteng lagi.

Bermakna, saya sudah memungkiri janji saya pada diri saya sendiri. Iaitu, tak nak ponteng lagi! Tanpa alasan yang kukuh.

Ummi pun bila bangun bising jugak. Kata tak nak ponteng lagi tapi ponteng jugak! Apa nak jadi ni?

Haha...

--------------------------------

Ampun beribu-ribu ampun. Saya tak sengaja. Pada pengunjung blog ini sejak semalam (kalau ada), saya terlupa nak tukar status blog ini kepada public semula lepas di'private'kan. Tujuan saya nak tukar layout, tapi oleh kerana ada masalah, saya guna semula template ini. Dan kemudian saya TERlupa saya dah privatekan blog ini. Sekali lagi saya minta maaf.

Kepada kak dina, ain tak merajuk pun. Cuma terlupa aje. Jangan risau, kalau ain nak privatekan, ain akan bagi notis awal-awal. Sekali lagi minta maaf ya!

Monday, June 16, 2008

gunung arong

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke rumah setelah tiga hari dua malam berkampung di Hutan Lipur Gunung Arong, Mersing. Satu pengalaman yang menyeronokkan dan amat manis untuk dikenang. Mendaki gunung, bermandi-manda di pantai, menikmati keindahan alam... Rasa seperti mahu saja diputarkan kembali waktu.

Jumaat, 13 Jun

Saya ke sekolah dengan perasaan berbaur - teruja, takut, gementar, seronok semua bercampur gaul - dengan beg pikul yang agak kecil dan ringan tetapi menyakitkan bahu. Pagi, kami ada MDP yang sudah lama rasanya tak ada. Rindu... Ustazah Zanaria ada ceritakan sikit gambaran mengenai Gunung Arong melalui pengalamannya mendaki Gunung Arong tahun lepas (kot?). Katanya, nak mendaki Gunung Arong agak susah kerana fizikalnya yang berbukit bukau. Sekejap naik, landai, kemudian naik lagi untuk sampai ke puncak. Saya sebenarnya tak berapa nak faham maksud Ustazah, jadi saya cuma menganggukkan kepala.

Tamat MDP, masuk ke kelas untuk matapelajaran Add Math (paper yang paling hancur kerana baaaaaaaaaanyak CARELESS mistake). Jam 10.30 kami turun ke bawah, bersiap sedia untuk bertolak kerana bas dijadualkan akan tiba jam 11 pagi. Ini bukan kali pertama saya sertai program luar sekolah dan saya amat maklum, jarang sekali bas akan tiba tepat pada waktunya. 11 lebih baru bas sampai. Tiga bas kesemuanya. Saya naik agak lambat kerana risaukan Maryam yang masih tak kembali dari tandas. Sudahnya naik bas ketiga - bas banin dan banat. Saya duduk di kerusi kedua dari belakang, sebelah tingkap dan di sebelah saya Amanina.

Kami main teka-teki dengan Safiah, Kak 'Atieqah, Izzah Fazi, Aqilah Omar dan Hafizah. Rulesnya, siapa yang tahu tak boleh jawab. Saya banyak kena marah sebab kebanyakannya saya jawab. Haha... Semua tak puas hati.

Bas bertolak apabila waktu hampir menginjak ke jam 12 tengahari. Saya mula terfikir, lebih baik tak payah bertolak sekarang kalau nak bagi banin solat Jumaat dulu. Seingat saya, saya tak jumpa masjid sepanjang awal perjalanan ke Mersing tahun lepas. Rupanya terus tak solat Jumaat. Tak lama kemudian, Kak Mawaddah yang bertindak sebagai fasilitator kami bangun dan beritahu tugasan kami seterusnya iaitu menghafal Surah Al-A'la, Al-Ghasiah dan At-Taariq. Sampai di sana, kami akan ditasmi' dan siapa tak hafal akan didenda.

Oleh kerana al-Qur'an saya di dalam beg di bawah bas, saya tidur dulu memandangkan ramai yang sibuk menghafal dan harapan tipis untuk meminjam al-Qur'an dari sesiapa. Tapi sementara nak tunggu terlelap mulut ikut juga bergerak apabila terdengar suara orang menghafal. Entah berapa lama terlelap sedar-sedar dah 1. Tengok keliling ramai yang tidur sementara kawan di sebelah sedang menghafal. Saya terus panggil Hazirah di kerusi sebelah cakap nak pinjam al-Qur'an. Kemudian saya tidur lagi sementara tunggu Aman habis hafal. Kemudian terjaga lagi. 1.30. Tengok keadaan tetap sama dan kawan sebelah dan tidur. Saya fikir macam mana cara nak ambil al-Qur'an di tangannya tanpa perlu mengejutkan? Tapi tak perlu kerana dia sudahpun terjaga dan menyerahkan al-Qur'an kepada saya.

Sedang asyik menghafal, saya terasa dinding perut saya seperti dihiris-hiris. Cepat saya melihat jam. Hampir ke 2.30. Patutlah pun... Walaupun pagi perut saya sudah diisi beberapa ketul nugget tapi nampaknya tak cukup sebagai alas perut sampai ke petang. Nak makan nasi tak boleh kerana tak dibenarkan pakcik bas. Nak makan curi-curi, sudu dah dipinjamkan kepada Aman dan malas nak makan dengan tangan. Akhirnya saya tahan rasa sakit dan teruskan menghafal.

Sampai di campsite, tengok banat-banat bas lagi satu buang plastik berisi pembungkus nasi. Yang sudah kosong! Mereka sudah makan sedangkan kami terpaksa mengikat perut. Huhu... Sebaik dapat kebenaran, terus makan. Langsung tak angkat muka pandang keliling. Lapar punya pasal! Habis makan, ambil wudhu' dan bersiap sedia untuk solat. Bila habis solat, baru perasan banin dan beberapa orang banat baru bersiap sedia nak solat. Tak apalah... Agenda seterusnya ialah pembahagian fasi seterusnya taklimat dan spotcheck. Kumpulan kami tak banyak yang dirampas. Tapi energy bars saya dirampas! Tak apa... Saya pujuk hati.

Usai semua, kami bergerak ke campxite untuk pasang khemah, masak, khidmat diri etc. Awalnya saya ditugaskan untuk pasang khemah tapi oleh kerana ada yang nak tukar tugas, saya offerkan diri saya untuk memasak kerana saya tak berapa nak suka pasang memasang khemah. Kami masak beramai-ramai. Seronok... macam-macam gelagat.

Malamnya, selepas Solat ada tazkirah dari saudara Fateh Hakim mengenai Dr Abdullah Azzam. Sesi seterusnya ialah ceramah (kot?) bersama Abu Nuha @ pakcik Ahmad Daniel, suami ustazah Rohaida, mentor saya sewaktu di SRIH. Tiba-tiba teringat Umar yang comel banget. Dah besar panjang dah, last jumpa masa darjah 6 dulu. Tentang tajuk pemimpim. Hampir ke penghujung program, ada aktiviti. Setiap orang diarahkan mengeluarkan dua helai kertas yang setiap satunya tertulis makanan kegemaran, nama ibu, saiz kasut dan kereta idaman. Kertas dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam plastik sampah yang besar! Godeh-godeh sekejap (ala-ala lucky draw) dan dipulangkan kembali. Setiap orang kena cari pemilik kertas tersebut dan minta tandatangan dan jumpa dengan pakcik Abu Nuha. Saya dapat Izzah Fazi dan S. Fatimah punya. Itupun lepas puas mencari.

Prgoram seterusnya, program yang paling ditunggu-tunggu. Night Walk! Seperti tahun-tahun lepas, setiap peserta dilepaskan seorang demi seorang ke dalam hutan dan balik semula ke campsite berdasarkan tali yang disediakan. Perasaan saya? Takut, tapi teruja. Alhamdulillah... saya tak mengalami sebarang gangguan, hanya jatuh sikit-sikit tu biasala. Saya pun taklah rasa takut sangat kerana jarak saya dengan orang di hadapan dekat! Balik ke campsite dan terus tidur.

Sabtu, 14 Jun

Memandangkan saya ditempatkan di kumpulan 10, kamilah kumpulan terakhir hirasah. Pukul 4 rasanya kami bangun. Tapi saya tak hirasah pun. Dan saya tak juga tidur. Saya ditugaskan untuk masak nasi sebagai bekalan kami semasa jungle trekking. Tak perlu susah-payah nak masak nasi, tinggal masak lauk.

Pagi, kami ada physical training sebagai persediaan mendaki Gunung Arong. Kemudian pack barang-barang masak untuk dibawa. Setiap seorang dari ahli kumpulan saya diarahkan membawa botol air. tak besar, kecil pun jadi. Segala coklat, ubat-ubatan pun dibawa bersama. Dengan semangat berkobar-kobar nak mendaki gunung, kami bergerak ke dataran untuk mendengar taklimat. Tak berapa nak dengar pun sebenarnya apa yang pakcik renjer tu cakap.

Kami ke kaki Bunung Arong dengan menaiki bas. Kalau nak jalan kaki, jauh! Hidayah yang duduk sebelah saya sempat tidur. turun dari bas, bunyi perkata yang mencecah telinga ialah bunyi kambing mengembek. Saya ingatkan perjalanan ke kaki Gunung Arong dekat, rupanya agak jauh. Dan kami terpaksa menapak lagi. Sambil diselang-seli dengan lawak jenaka dari kawan-kawan. Mula-mula jalan santai-santai di belakang, kemudian cepat-cepat lari ke depan kerana banin berada terlalu hampir di belakang.

Tiba di kaki gunung yang juga checkpoint 1, barang kami kena rampas. Sekali lagi. Segala barang makanan dan masakan kena tinggal. Yang dibenarkan cumalah dua botol besar air, satu sebagai amanah atau empat botol kecil, dua sebagai amanah dan coklat dua bar besar atau empat bar kecil. Mula-mula merungut juga, tapi akhirnya berterima kasih kepada mereka kerana mengurangkan beban kami.

Kumpulan saya kumpulan banat pertama yang naik dan kedua selepas banin. Kami diiringi Ustaz Rahim, Ustazah Rohana dan Ustazah Fazliaton kerana fasi kami, Ustazah Sakinah terseliuh kaki. Suku perjalanan, kaki saya yang baru lepas cramp sakit kembali. Tapi tahankan rasa sakit dan teruskan perjalanan. Saya berada di belakang sekali bersama Wan Hanan, Kaiyisah dan Maryam serta guru-guru pengiring. Ustaz tak putus beri semangat. Saya paksakan diri untuk terus mendaki sampai satu tahap, saya rasa nak termuntah. Lepas berehat sekejap, kami teruskan lagi perjalanan.

Oleh kerana lambatnya kumpulan kami, kami dipintas dua kumpulan banin. Tapi kami tetap dengan kelajuan kami. Tak lambat dan tak laju walaupun adalakanya terpaksa menjerit pada orang di hadapan supaya melambatkan langkah sedikit. Lama-kelamaan, saya rasa relaks sikit. Orang di hadapan pun tak selaju awal tadi. Sambil berjalan, ustaz cerita pengalaman mendaki Gunung Tahan, kenalkan pada kami nama pokok-pokok. Seronok! Sesekali juga bila rasa dah tak berdaya, ustaz cabar kami. Budak-budak yang daki Gunung Tahan lagi mencabar keadaan mereka dari kami. Terpaksa pikul beg yang berat, dengan keadaan kami yang mengelupas tapi mereka boleh sampai ke puncak. Gunung Arong ni berapalah sangat ketinggiannya kalau nak dibandingkan dengan Gunung Tahan? Saya rasa sikit bersemangat mendengar kata-kata ustaz. Ya... kenapa mereka boleh tetapi kami tak boleh. Sedangkan kami tak perlu pikul apa-apa.

Apabila sampai di puncak, bersyukur tak terkata. Saya terus duduk atas tanah. Sambil menyiapkan tugasan, dapatlah berehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan turun taklah sesukar seperti nak mendaki. Kumpulan saya tak ada 'pit stop' pun. Jalan terus. Semua tak sabar-sabar nak sampai ke pantai. Perjalanan turun kami disertai oleh pakcik renjer. Macam-macam nama pokok yang dia kenalkan pada kami. Teringat pokok meranti yang sangat besar!

Oleh kerana tak ada pit stop, terus turun aje, mungkin kerana terlalu menekan, ibu jari kanan saya sampai darahnya naik dan sedikit melecet. Berkali-kali kami sangkakan kami sudah semakin hampir, tapi rupanya jauh lagi perjalanan. Sampai akhirnya kami kata, next time kalau dengar bunyi ombak, jangan percaya kita dah dekat! Sebenarnya masih jauh. Pakcik renjer tu kata kalau dengar bunyi ombak maknanya dah makin dekat. Sampai saja di pantai, bersyukur tak terkira. Kami kumpulan banat pertama dan keempat yang sampai kalau tak silap. Lepas serahkan tugasan, terus main air. Habis tangan dan kaki saya calar-balar dek ketajaman batu-batu besar di pantai. Sementara menanti kumpulan yang lain sampai, lama juga kami dapat berehat. Kumpul balik tenaga.

Apabila semua dah sampai, kena berjalan lagi menyusuri pantai untuk ke tempat bas akan ambil kami. Jauh juga. Kali ni saya merungut lagi. Kaki saya sakit, kepala saya berdenyut sakit, tekak saya seperti dijolok-jolok sesuatu, rasa nak muntah! Sudahlah kami sangat haus, jauh juga kena jalan! Bila dah sampai, saya terus duduk atas akar kayu. Berehat sekejap dan solat sebelum sambung rehat lagi. Tak lama, barang rampasan kami dipulangkan semula. Ya ALLAH... bersyukur tak terkira bila dapat teguk air. Haus sangat! Dek kerana tak tahan denyutan di kepala yang semakin hebat, saya telan panadol dua biji. Actifast dan Muscle & Joint. Kemudian muntah sikit. Dan terus tidur di paha Hanani. Orang lain sibuk-sibuk makan dan masak, saya sedap-sedap tidur. Kesian Hanani terpaksa tampung saya. Tapi sebelum tu saya dah pesan, kalau nak makan pergilah. Saya memang tak selera nak makan.

Entah berapa lama saya tidur, Hanani kejutkan cakap bas dah sampai. Dengan mamai-mamai dan denyut yang masih tak surut, saya naik bas dan tidur lagi. Bila sampai campsite pun saya tidur lagi. Bila saya bangun jam 5 petang, saya rasa lebih segar. Tengok orang ramai tak ada, rupanya pergi mandi. Sementara nak tunggu bilik air susut sikit(yang menurut orang yang baru mandi, penuh), saya susun barang-barang dalam beg. Dalam 5.30 saya ke bilik air. Tengok kosong aje. Tak perlu tunggu lama, giliran saya sampai. Rasa segar sikit walaupun kepala masih sakit dan rasa nak muntah tu masih ada.

Malamnya, sewaktu ceramah dari Ustaz Rahim, saya asyik tersengguk aje. Mengantuk yang amat! Malah masa setiap kumpulan kena persembahkan bendera mereka pun, saya tak tumpukan perhatian. Sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi lama-lama saya jadi segar. Asyik ketawa aje. Tak kering gusi dibuatnya.

Kemudian... slot Batchsebelas, meraikan kejayaan Batchsebelas sewaktu PMR tahun lepas, walaupun agak lewat. But, better be late than never, aite? Terima kasih Ustazah Halimah. Kek yang comeldan BBQ yang sedap. Saya makan tak banyak sebab dah mengantuk sangat. Dalam pukul 12, bergerak semula ke khemah bersiap sedia untuk tidur. Ingatkan giliran hirasah samalah seperti malam sebelumnya, rupanya terbalik. Kami kumpulan pertama yang akan hirasah dulu. Dalam mamai-mamai mengantuk, tetap jalankan tugas walaupun tak buat apa sangat. Tepat 1.2o terus masuk khemah dan bila letak kepala aje terus tidur.

Rasa macam baru sekejap sangat tidur bila ada orang kejut. Mati-mati saya ingat dah pagi. Tengah saya sibuk cari stokin lagi sebelah, dengar jeritan fasi dari luar. Kelam-kabut saya cari stokin tak jumpa. Sudahnya saya keluar dengan keadaan tak berstokin dan berselipar! Dalam hati saya kata, kalau ada spotcheck ke apa ni, matilah... matilah... Bila dah berkumpul, saya jeling sekejap jam. Baru pukul 3 pagi! What the hell are they calling us tengah-tengah pagi buta macam ni? Nak kena denda ke? Kalau saya tahu tak ada benda sangat, memang saya sambung tidur je dalam khemah tu, seperti satu kumpulan tu.

Bila dah balik khemah semula, baru jumpa stokin lagi sebelah. Terus pakai takut kalau kena panggil lagi. Tak naklah keluar tak berstokin dan berselipar. Kalau pakai stokin tu tak apalah.

Ahad, 15 Jun.

Hari terakhir. Akhirnya...

Pagi seperti biasa, solat Subuh, baca Ma'thurat dan tazkirah. Masa baca Ma'thurat, tersengguk juga walaupun dah cuba tahan. Kemudian physical training. Okaylah... main Ice Water dan Bom. Segar juga diri yang mengantuk. Kembali ke zaman kanak-kanak riang sekejap.

Dah puas main, kembali semula ke campsite. Robohkan khemah, masak untuk sarapan etc... etc... etc... Sekali lagi saya memilih untuk masak kerana amat malas untuk mengemas sementelah barang-barang saya di dalam beg sudah dikemas sejak semalam. Waktu inilah masak paling banyak kerana nak habiskan segala macam bahan masakan yang dibawa atas arahan. Bila dah kumpulkan, membulat biji mata saya. Beras nak dekat 10 bungkus ada kot, tepung empat paket, dan macam-macam lagi. Saya macam whoa! Macam mana nak masak ni, banyak sangat? Bila Ustaz Rahim datang ustaz pun tak percaya. Ustaz pun kata, kalau tak larat nak masak semua, sembunyi-sembunyi bawa balik. Membazir kalau masak semua tapi tak habis. Oh ya! Barang rampasan dipulangkan kembali. Saya dapat semula energy bars saya. ^__^

Habis kemas, masak dan sebagainya ada majlis penutup oleh pengetua kami, Ustazah Kamaliah. Dapat hadiah beg Batchsebelas yang comel. Warna merah pink yang comel. Sementara tunggu bas datang, kami dihidangkan dengan nasi ayam dan solat. Bila bas datang, terus angkat beg naik bas. Saya duduk di belakang sekali. Sakit pinggang dan leher saya bila bas asyik terhenjut aje. Tidur saya pun tak berapa nak lena. Baru nak tidur, tersentak.

Sampai sekolah jam 5.30. Ummi belum sampai. Saya terus naik dan telefon ummi. Rupanya dia masih dekat rumah lagi! Sabar ajelah... Sangka saya dalam masa 30 minit dah boleh sampai, dekat sejam tunggu tak sampai-sampai lagi. Dah pukul 6.30. Telefon lagi, dia masih di rumah! Ya ALLAH... Hampir Maghrib baru sampai.

Di rumah, saya terus unpack bag, mandi, buka komputer sekejap dan tidur. Sedar bila hari dah siang. Niat asal saya nak sekolah terbantut!

Huhu... saya rindu nak panjat gunung lagi. Memang pada awalnya nak panjat memang azab, tapi bila dah turun nak naik lagi. Saya teringat kata-kata saya yang tahun depan saya tak sanggup nak panjat lagi. Tapi saya sanggup tarik balik kata-kata itu. Saya sanggup nak naik gunung lagi!

P/s : Post paling panjang sejak saya mula berjinak dengan dunia blogging.

Thursday, June 12, 2008

periksa lagi

Hari pertama kembali ke sekolah setelah dua minggu dua hari cuti. Macam mana?

Err... so-so.

Hari ni saya sampai lewat sikit gara-gara pak cik van yang ingat saya tak sekolah (ye la... dua hari dia tengok kereta tak ada). Sampai-sampai saja ke kelas, saya terus menonong ke tempat duduk saya di belakang sekali dan hujung sekali. Tekad, tak nak pindah! <--- Betapa keras kepalanya saya!

Oh ya! Deskmate saya sudah bertukar. Sofia Umaiyah. Uh... tak berapa nak kisah sangatlah. Deskmate lama saya sudah ke depan. Bye mate! Terima kasih sangat-sangat kerana telah menghulurkan bantuan yang tak banyak pun sikitlah.

Pelajaran pertama ialah PQS. Baru beberapa minit belajar, guru BM panggil suruh ambil periksa. Duh! Ingat dah lepas seksa dah... rupanya tidak! Oleh kerana saya tak mahu menggagalkan kertas BM saya, saya ambil kedua-dua kertas. Dan kerana tak mahu menggagalkan kertas BI saya, saya ambil juga periksa. Pendek kata, sepanjang hari ni saya langsung tak belajar. Dari pagi hingga ke petang penuh dengan periksa.

Pagi kertas BM 1. Kemudian ujian syafawi. Lepas tu kertas BI 2 dan akhir sekali BM2. Satu lagi, saya langsung tak baca apa pun pasal komsas tu! Tak jangka hari ni ustazah suruh ambil periksa. Sudahnya, saya aplikasikan skill menghentam saya sepenuh hati. Pasrah...

Wednesday, June 11, 2008

family

Father And Mother I Love You = FAMILY.

Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days? But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives.

And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?

What do YOU think?

Tuesday, June 10, 2008

back to school

Sekolah sudah bermula selepas dua minggu bercuti. Ah... malasnya nak ke sekolah! Tapi, saya harus ke sekolah. Orang lain bercuti dua minggu, saya dua minggu dua hari. Bagus kan? Sedangkan saya sudah berazam untuk mengurangkan jumlah hari saya tidak hadir ke sekolah selepas naik cuti. Tapi nampak gayanya macam tak ada harapan untuk dilaksanakan. Macam mana nak laksanakan kalau baru naik sekolah dah tambah lagi cuti.

Semalam seorang sahabat menelefon saya, bertanya khabar dan memberi sedikit 'taklimat' mengenai suasana di sekolah selepas cuti. Dan di akhir bicara, dia beritahu saya satu berita yang saya tak pasti sama ada ianya baik atau buruk. Kedudukan di dalam kelas sudah berubah. Oh... oklah! Tapi yang tak bestnya, kedudukan saya yang berada di belakang sekali, paling hujung sudah berubah ke barisan hadapan sekali paling hujung di sebelah meja guru!

DISASTER!!!

Dalam banyak-banyak tempat, itulah satu-satunya tempat yang paling saya elakkan. Saya tak kisah duduk di barisan hadapan sekali, tapi tidak di sebelah meja guru. Tidak sama sekali! Mentang-mentang saya tak datang, suka hati aje mereka 'campakkan' saya ke situ. Saya ni kan tinggi. Kalau duduk depan situ, nanti ada yang komplen tak nampaklah... itulah... inilah... Saya paling benci dengar kata-kata sebegitu. Dah mereka yang tempatkan saya di situ, kemudian nak bising-bising. Itulah yang sering terjadi bila saya ditempat di hadapan, lepas tu banyak pulak mulut suruh tunduk, ke tepi, ke bawah... Aku cili mulut tu baru tau!

Alangkan Najihah yang lebih rendah dari saya pun saya tak nampak bila duduk di belakang tu. Inikan pula saya yang tinggi ni. Lagilah tak nampak! Takkan itu pun tak terfikir kot? Kalau saya duduk di barisan hadapan tetapi di bahagian tepi tak apalah. Ini sebelah meja guru! Bagilah orang yang rendah sikit duduk situ.

Lagipun saya sangatlah suka kedudukan saya yang sekarang. Dan saya amat senang dengan deskmate saya. Kenapa perlu ubah? (Itu kata saya, tapi tidak yang lain!)

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011