Pages

Subscribe:

Thursday, June 12, 2008

periksa lagi

Hari pertama kembali ke sekolah setelah dua minggu dua hari cuti. Macam mana?

Err... so-so.

Hari ni saya sampai lewat sikit gara-gara pak cik van yang ingat saya tak sekolah (ye la... dua hari dia tengok kereta tak ada). Sampai-sampai saja ke kelas, saya terus menonong ke tempat duduk saya di belakang sekali dan hujung sekali. Tekad, tak nak pindah! <--- Betapa keras kepalanya saya!

Oh ya! Deskmate saya sudah bertukar. Sofia Umaiyah. Uh... tak berapa nak kisah sangatlah. Deskmate lama saya sudah ke depan. Bye mate! Terima kasih sangat-sangat kerana telah menghulurkan bantuan yang tak banyak pun sikitlah.

Pelajaran pertama ialah PQS. Baru beberapa minit belajar, guru BM panggil suruh ambil periksa. Duh! Ingat dah lepas seksa dah... rupanya tidak! Oleh kerana saya tak mahu menggagalkan kertas BM saya, saya ambil kedua-dua kertas. Dan kerana tak mahu menggagalkan kertas BI saya, saya ambil juga periksa. Pendek kata, sepanjang hari ni saya langsung tak belajar. Dari pagi hingga ke petang penuh dengan periksa.

Pagi kertas BM 1. Kemudian ujian syafawi. Lepas tu kertas BI 2 dan akhir sekali BM2. Satu lagi, saya langsung tak baca apa pun pasal komsas tu! Tak jangka hari ni ustazah suruh ambil periksa. Sudahnya, saya aplikasikan skill menghentam saya sepenuh hati. Pasrah...

Wednesday, June 11, 2008

family

Father And Mother I Love You = FAMILY.

Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days? But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives.

And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think?

What do YOU think?

Tuesday, June 10, 2008

back to school

Sekolah sudah bermula selepas dua minggu bercuti. Ah... malasnya nak ke sekolah! Tapi, saya harus ke sekolah. Orang lain bercuti dua minggu, saya dua minggu dua hari. Bagus kan? Sedangkan saya sudah berazam untuk mengurangkan jumlah hari saya tidak hadir ke sekolah selepas naik cuti. Tapi nampak gayanya macam tak ada harapan untuk dilaksanakan. Macam mana nak laksanakan kalau baru naik sekolah dah tambah lagi cuti.

Semalam seorang sahabat menelefon saya, bertanya khabar dan memberi sedikit 'taklimat' mengenai suasana di sekolah selepas cuti. Dan di akhir bicara, dia beritahu saya satu berita yang saya tak pasti sama ada ianya baik atau buruk. Kedudukan di dalam kelas sudah berubah. Oh... oklah! Tapi yang tak bestnya, kedudukan saya yang berada di belakang sekali, paling hujung sudah berubah ke barisan hadapan sekali paling hujung di sebelah meja guru!

DISASTER!!!

Dalam banyak-banyak tempat, itulah satu-satunya tempat yang paling saya elakkan. Saya tak kisah duduk di barisan hadapan sekali, tapi tidak di sebelah meja guru. Tidak sama sekali! Mentang-mentang saya tak datang, suka hati aje mereka 'campakkan' saya ke situ. Saya ni kan tinggi. Kalau duduk depan situ, nanti ada yang komplen tak nampaklah... itulah... inilah... Saya paling benci dengar kata-kata sebegitu. Dah mereka yang tempatkan saya di situ, kemudian nak bising-bising. Itulah yang sering terjadi bila saya ditempat di hadapan, lepas tu banyak pulak mulut suruh tunduk, ke tepi, ke bawah... Aku cili mulut tu baru tau!

Alangkan Najihah yang lebih rendah dari saya pun saya tak nampak bila duduk di belakang tu. Inikan pula saya yang tinggi ni. Lagilah tak nampak! Takkan itu pun tak terfikir kot? Kalau saya duduk di barisan hadapan tetapi di bahagian tepi tak apalah. Ini sebelah meja guru! Bagilah orang yang rendah sikit duduk situ.

Lagipun saya sangatlah suka kedudukan saya yang sekarang. Dan saya amat senang dengan deskmate saya. Kenapa perlu ubah? (Itu kata saya, tapi tidak yang lain!)

Sunday, May 25, 2008

mimpi

Tiba-tiba saya teringat mimpi saya beberapa hari lepas. Sehari sebelum saya menduduki peperiksaan untuk kertas Physics. Mimpi yang saya tak tahu nak tafsirkan macam mana. Tapi kan kata orang mimpi hanya mainan tidur.

Apa yang saya ingat, saya ke sekolah setelah beberapa hari tak ke sekolah kerana sebab yang telah dinyatakan sebelum ini (klik sini). Dalam mimpi saya itu, keadaan fizikal sekolah sudah lain. Seperti bangunan kolej (insyaALLAH satu hari nanti. Amin...) Orang pertama yang saya jumpa ialah Nadia, seperti biasa, dengan ayah dia!! Mereka sedang bersarapan di kantin yang kelihatan seperti cafeteria.

Maka saya dengan lagak selamba menegur mereka. (Kalau di dunia jaga ni, mati hidup semula pun saya tak buat macam tu. Lainlah kalau dengan mak dia, ini ayah dia!) Apa terjadi selepas itu saya tak berapa ingat, tapi saya ingat tak lama ayah dia mintak diri. Tinggallah kami berdua. Sementara menanti cik kak sorang tu habis makan, saya temankan dia.

Bila dah sudah, kami masuk ke kelas (yang moden, siap berair-cond dan berkarpet lagi!) dan terus buka buku untuk periksa. Subjek Physics! Macam tak berapa nak logik pulak. kebetulan saya baru lepas baca subjek tu sebelum tidur. Agaknya tu yang terbawa-bawa sampai ke mimpi tu. Kami belajar bersama-sama. Dan yang paling saya ingat ialah kami buat ulangkaji tentang tajuk Momentum. Elastic, Inelastic, Explosion dan formula-formula dia - formula sahaja, tak termasuk isi-isi lagi.

Bangun keesokan harinya, perkara pertama yang melintas di fikiran saya ialah mimpi malam tadi. Terus melekat apa yang saya dan Nadia belajar. Terutama formula-formula. Tapi still, tak dapat jawab periksa jugak. Macam mana tu?

Ini bukan pertama kali saya mimpikan rakan-rakan saya. Tapi inilah pertama kali saya mimpikan rakan saya dan kami belajar bersama. Simboliknya!

Saturday, May 24, 2008

menjaga hati

Alhamdulillah, saya sudah merdeka! Merdeka daripada belenggu kertas-kertas soalan yang menghambat fikiran saya siang dan malam. Akhirnya, saya sudah bebas. Dan sekarang masanya untuk cuti!!!

'Soalan tadi macam mana?'

Usahlah ditanya. Saya sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Sesungguhnya, saya mempraktikkan skill menghemtam saya sepenuhnya...

'Yakin tak boleh score?'

*Diam sekejap* Entahlah... Pasrah ajelah apa saja keputusan yang diterima nanti.

Huhu... inilah akibatnya apabila membaca buku dengan tidak bersungguh-sungguh. Dah tak boleh jawab soalan.

-----------------------------

Menjaga Hati
Yovie N The Nuno



Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah bertanda
Cinta tak disini lagi
Kau t'lah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Kau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku tak kan bisa menghapus dirimu
meskiku lihat kini kau di sebelah sana

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Lau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku tak kan pergi
Kau menjauh aku tak kan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

P/s : Saya suka rentak lagunya.

-----------------------------

*edited 24/5, 11:30 p.m.*

Next...

Dengan ini saya mengisytiharkan, barangsiapa yang ada meng'tag' saya dan sebagainya, sila tinggalkan jejak anda di peti suara saya yang comel di sebelah kanan anda. Atau, tinggalkan mesej melalui Yahoo!Messenger.

Saya tahu saya banyak hutang yang belum dilangsaikan.

Sekian terima kasih!

-----------------------------

Last but not least,

HAVE A HAPPY MID-TERM BREAK!!!

Friday, May 23, 2008

cuti

Alhamdulillah... periksa dah tamat. Kertas terakhir (secara majaznya) Aqidah yang bolehlah dikatakan hampir memecahkan kepala saya. Habis sahaja ujian, saya terus bergegas ke bilik guru berjumpa dengan Ustazah Siti Rohana untuk ujian Sejarah yang mengikut kata kawan-kawan saya susah! Bagi saya sederhana. Tak susah dan tak senang. Ada yang sikit mengelirukan, ada yang sangat mudah.

Esok saya ada periksa Chemistry, Komputer dan Mathematics (insyaALLAH...). Doakan saya. Dan selamat bercuti.

2 in the morning

Waktu sudah menginjak ke jam 2 pagi. Dan saya masih berjaga. Di depan PC. Kenapa?

Kerana saya perlu belajar untuk periksa esok. Esok PQS dan Aqidah. Dan SEJARAH!!! Sewaktu saya berjumpa Ustazah Rohana tadi, awal-awal ustazah dan bilang soalan susah. Huwaa!!! Saya cuma mampu tersengih sumbing. Dalam hati, matila! Aku tak baca lagi buku!

Maka dengan itu saya berazam untuk belajar habis-habisan. Kertas Sejarah dan PQS tak boleh pandang sebelah mata. Silap hari bulan duduk melangut je menghadap kertas soalan. Sekejap main pensel, sekejap main pen, sekejap conteng atas kertas soalan. Itulah gaya saya bila saya tak ingat atau tak dapat jawab satu-satu soalan.

Esok, rakan-rakan saya yang lain akan bebas dari belenggu peperiksaan yang menyeksakan (?) sejak dua minggu lepas. Tetapi tidak saya. Hari Sabtu saya ada periksa Chem pula. Dan kalau ada lagi subjek yang saya boleh ambil pada hari itu, saya akan ambil. Itulah, lain kali tak datang lagi periksa. Sampai seminggu pulak tu! Bila orang lain dah bersenang-lenang, saya masih bergelut dengan buku-buku pelajaran, bersengkang mata semata-mata kerana nak menjawab soalan keesokan harinya.

Baru seminggu saya naik sekolah semula, setelah bercuti selama seminggu terus waktu tidur saya, waktu malam saya, waktu belajar saya jadi tunggang terbalik. Upside down. Contohnya seperti hari ni. Saya hanya sempat menjamah nasi hanya apabila hampir ke tengah malam. Sedangkan sepanjang hari, perut saya hanya dialas dengan dua keping roti saja, itupun setelah ditolak bahagian yang saya beri pada rakan-rakan. Nasib baik tak meragam. Kalau tidak... Semuanya kerana saya nak menyiapkan projek komputer yang tinggal proses terakhir sebelum dihantar kepada Ustazah Zunainah. Menjelang tengah malam baru saya buka buku dan belajar. Bayangkan! Mana tak hidup saya jadi huru-hara.

Oh ya! Saya baru tahu hari ini mukhayyam pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 13 Jun. Cepat-cepat saya bergegas ke papan kenyataan sebelah bilik guru untuk melihat senarai ahli kumpulan saya. Saya kumpulan10. Kumpulan paling akhir. Dan saya tak suka berada di kumpulan yang paling akhir. Berada di kumpulan paling hadapan pun saya tak suka. Saya suka berada di tengah-tengah.

Alamak! Dah 2.20. Banyak lagi yang saya tak baca, terutamanya Sejarah. Selamat pagi dan selamat menjawab periksa kawan-kawan! Back to myself too!

Sunday, May 18, 2008

3 in 1

I am at lost for words. Berkali saya menulis, berkali juga saya memadam. Terlalu banyak yang ingin dikisahkan tapi saya tak tahu bagaimana untuk memulakan, dan apa yang harus diceritakan.

*tarik nafas*

*lepas*

"Kenapa anti lama tak datang?"

Oh... saya percaya berulang-ulang soalan yang sama akan diajukan sebaik saya menjejakkan kaki ke sekolah. Saya belum kembali ke sekolah pun sudah ada yang mengajukan pertanyaan yang sama. Tapi bukanlah ramai sangat pun, sorang je. And as a matter of fact, cuma sorang je telefon saya. Yang lain, tak ada! No! Yilee! Nil! Zero!

Seminggu saya tak ke sekolah menjaga nyai - temankan ummi jaga nyai di kampung sebenarnya, yang sakit. Mild stroke, bahagian tubuh sebelah kanan setelah jatuh dari kerusi dan pengsan. Bahagian kepala sebelah kanan sehingga telinga lebam, biru! Tiga hari dia di HSA, tiga hari juga saya dan ummi menjaga nyai. Dari pagi hingga malam. Mandikan, tukarkan lampin, suapkan makan dan etc... Dia mula admitted hari Sabtu (3/5/08).

Nak dijadikan cerita, malam kedua di wad, dia berjalan di sekeliling wad, mengejutkan orang. Ini diceritakan 'jiran' di katil sebelah dan juga nurse. Bila dengar je, saya rasa antara nak tergelak dan tak percaya. Sedangkan nak ke bilik air yang dekat pun mesti dipapah takut jatuh, inikan pulak berjalan keliling wad. Pulak tu siap mengejutkan orang. Saya betul-betul tercengang. Mungkin dia lapar agaknya sebeb siangnya, dia makan tak banyak. Dia seolah berjalan dalam tidur. Bila tanya dia cakap tak ada. Tapi yang peliknya boleh dia berjalan tu. Haila nyai... nyai...

Hari Selasa dia dibenarkan keluar dan dibawa balik ke rumah saya. Sebelum tu, dah tanya sama ada dia nak belik terus ke kampung ke, nak balik ke rumah saya. Dia kata tak kisah. Cadangnya keesokan harinya nak hantar dia balik ke kampung sebab tahu dia tak betah duduk di sini. Dulu sebulan lebih duduk sini di asyik sibuk nak balik. Pulaknya hari Rabu tu, dia dah lain macam. Mula cakap sesuatu yang tak pernah dia cakap. Tingkah dia pun dah lain. Seolah-olah dah tiba masanya nak pergi. Kebetulan saya tak ke sekolah kerana 'period pain'.

Aduh... saya, ummi dan mak teh dah kalut dah. Ummi terus telefon kampung. Sementara tu saya bacakan Yasin. Masuk waktu Zuhur, dia mintak nak sembahyang, sedangkan sebelum ni dia terbaring aje. Hati saya terus berdegup kencang. Terus saya terfikir, tiba-tiba cakap nak sembahyang, takkan lepas sembahyang nanti...

I don't even want to think abaout it. Tapi, alhamdulillah, dia okey. Kiranya false alarm. Tapi terus kami bawa balik kampung. Cadangnya saya akan duduk kampung sampai Ahad (minggu lepas) sahaja, tetapi oleh kerana Cik Ora kerja dan sementara nak cari orang - bibiklah kiranya dan nyai tak nak duduk sorang lepas kes orang pecah rumah hari tu, saya dan ummi saya yang jaga. Maka cuti saya berlanjutan dari hari Rabu sampailah sekarang.

Sudahlah sekarang minggu periksa. Banyak kertas yang saya tak ambil. Mungkin saya terpaksa korbankan seperuh masa cuti saya untuk menjawab soalan, itupun kalau dibenarkan.

------------------------

Seluruh sekolah gempar apabila bas Sabar 1 terlibat dalam kemalangan. Syukur alhamdulillah tak ada yang cedera parah atau maut (nauzibillah!).

Pada hari itu, mood saya dalam keadaan tak baik. Penat menjaga nyai hingga lewat malam baru balik, kemudian 'dipaksa' pula ke sekolah. Juga kerana perubahan hormon dalam badan. Saya sangat berharap masa akan berlalu dengan pantas sebab saya dah tak sabar nak balik. Malah upacara penyampaian hadiah unit sukan pun tak menarik minat saya seperti biasa. Apabila PKHEP ke depan sebagai wakil pengetua untuk memberi ucapan, hati saya jadi tidak sedap. Tambah lagi bila tengok mata guru Add Math saya yang merah.

Semakin bertimpa-timpa persoalan di kepala saya apabila sebelum itu beberapa orang pelajar masuk ke dalam dewan dalam dengan muka kesan menangis. Saya yang terus melayan perasaan sendiri tak ambil pusing pun. Malah hati diterjah rasa lucu apabila ternampak gerak bibir guru BM saya semasa tengkatan 1, "Kenapa? Kena inject ke?" Langsung tak terlintas di hati saya ada musibah yang berlaku. Saya anggap ketiadaan pengetua mungkin kerana beliau menghadiri mensyuarat.

Sebaik PKHEP mengumumkan berita tersebut, tubuh saya terasa seperti terkena arus elektrik. Mengertilah saya kenapa adik-adik yang masuk tadi berwajah begitu, kenapa mata guru Add Math saya merah, kenapa hati saya tidak sedap. Kedua belah tangan saya saling bersulam antara satu sama lain menahan perasaan.

Segera fikiran saya teringatkan nasib rakan-rakan dan adik-adik yang menaiki bas tersebut. Dalam hati tak henti saya berdoa agar dijauhkan segala musibah. Saya teringatkan rakan-rakan saya. Sepanjang hari kami menanti khabar tentang mereka. Cederakah mereka? Atau okkah mereka? Dan sepanjang hari juga, apa yang diajar guru-guru seakan tak lekat di kepala. Ibaratnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sungguh saya tak pasti saya akan dapat menerima dengan hati yang terbuka andai ada di kalangan rakan-rakan saya yang ditimpa musibah.

Kedua-dua peristiwa di atas membuatkan saya semakin tersedar, maut tidak menunggu masa juga tidak mengenal siapa. Bila-bila masa dia akan datang dan siapa-siapa juga dia akan meragut nyawa.

------------------------

Hawa. Balqis. Zulaikha.

Kak long. Kak ngah. Kak chik.

...

...

...

...

...

Saya kehilangan kata.

Sungguhlah kata orang, kita tak akan sedar betapa bermaknanya sesuatu itu sehingga kita kehilangannya.

Saturday, May 17, 2008

wajah baru

Beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya menukar layout blog ini kepada New Blogger. Setelah saya buang sana, buang sini, tambah situ, akhirnya hasilnya seperti yang saya idamkan.

Mula-mula mencuba-cuba New Blogger, baru saya tahu kenapa ramai orang boleh ada blog tanpa perlu faham HTML. Apabila tukar layout kepada mana template free yang ada, mula menggelabah bila sedar sesuatu yang mereke inginkan tiada.

Sebabnya, New Blogger tak perlukan kemahiran tentang HTML. Anda buta HTML sekalipun, blog anda akan terhias cantik. Anta buta HTML sekalipun, anda tak perlu risau tentang HTML.

Sedangkan sewaktu mula-mula berjinak-pinak dengan dunia blogger, saya perlu kenal, tahu dan faham apa itu HTML. Macam mana nak jadikan begitu, kenapa ia begitu etc...

Sekarang semuanya dan senang. Tak perlu nak kusutkan kepala dengan HTML ni semua...

Tuesday, April 29, 2008

lucunya

Hati saya terasa bagaikan digeletek. Adakah kisah hidup saya yang saya paparkan di sini sama seperti cerita di dalam sebuah novel atau cerita?

Hee... bagai digeletek hati saya!

Ceritanya begini. Tadi... saya berjalan dari satu blog ke satu blog sebelum saya berhenti di satu blog ini. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk melihat list blogroll di sidebar. Sedang saya memerhati, tiba-tiba saya terlihat satu nama atau lebih sesuai perkataan 'diary mylife'. Apa yang membuatkan saya terasa seperti mahu ketawa golek-golek dari hujung ke hujung ialah apabila melihat url blog saya diletakkan di bawah 'e-novel' macam tu la. Apa sebenarnya saya tak ingat.

Wah... jadi maknanya apa yang saya paparkan di blog ini samalah seperti cerita dan kisah di dalam novel atau cerita, ya? Lucunya...

Agak-agak ada tak publisher yang nak terbitkan 'my so called story' nih? Hahaha...

Baru saya tahu kiranya pengunjung blog saya ini ramai jugaklah. Sebelum ni saya tak sedar sebab pengunjung blog ini malu agaknya nak menjerit di shoutbox comel saya yang berwarna oren di tepi itu. Samalah macam saya. Saya lebih selesa untuk kekal anon. Kita serupalah ya wahai pengunjung blogku sekalian (itupun kalau seperti yang saya sangkalah!)

Minggu hadapan ialah minggu ulangkaji. Ini bermakna mingu satu lagi minggu peperiksaan. Oh tidak! Saya belum bersedia.

'Kalau nak ikut sedia ke tidak memang sepanjang masa tak pernahnya nak sedia, cik kak oi!' Suara di dalam hati saya meningkah.

Banyak lagi tak ulangkaji!

'Itulah... siapa suruh malas belajar? Kan dah...'

Boleh tak kalau tak nak periksa?

'Banyaklah cekadak mu!'

Lain di kepala lain di hati.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011