Pages

Subscribe:

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan and Syawal 1433H

18 August 2012 / 29 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah, praise be to ALLAH for giving us the chance to live through until this day. Ramadhan is leaving us. I'm thankful to ALLAh for giving me the chance to experience Ramadhan this year. Alhamdulillah...

I've been anticipating the announcement by the Pemegang Cap Mohor Di-Raja or whatever they called it since yesterday. And finally it comes. As expected, tomorrow would be the first day of Syawal and Hari Raya Aidilfitri. It felt like it's just yesterday we are celebrating the month of Ramadhan and now we are welcoming the month of Syawal. Time sure really flies.

Waktu-waktu begini, mungkin ada yang baru nak bertolak pulang atau sudah dalam perjalanan. Highway pasti sesak dengan kenderaan. Atau mungkin juga masih ada yang bersesak di shopping complex, last minute shopping. Tak seperti tahun-tahun lepas, malam raya tahun ini I am still at home, mengemas dan menghias rumah pastinya. Selalunya, malam raya my mum and I dah berada di kampung. Tapi tahun ini kami masih di rumah terchenta mengemas rumah. Esok pagi-pagi lepas Subuh baru akan bertolak balik kampung.

Selalu, waktu-waktu macam ni dekat kampung, satu rumah sibuk dengan pelbagai aktiviti. Rebut ketupat, pasang langsir, kemas rumah, siapkan bahan-bahan masakan untuk santapan pagi raya, mop lantai dan sebagainya. Kebiasaannya, untuk ketupat lebih senang beli yang instant, tinggal rebut. Kalau anyam pun tak banyak. Adalah dalam 20-30 biji. Masa kecil-kecil dulu, nyai masih sihat kerisik untuk masak rendang kami buat sendiri. Dari petik kelapa, kopek, parut dan goreng hampas kelapa tu sampailah ke tumbuk hampas kelapa yang dah digoreng sampai keluar minyak. Sayalah yang jadi tukang tumbuk kelapa goreng tu. Maklum anak dara sorang. Kerja-kerja dapur memang saya yang kena tolong. Itu cerita berbelas tahun dulu. Sekarang, nak masak rendang cuma pakai kerisik instant dalam paket tu. Senang dan mudah.

Persiapan raya tahun ini sederhana saja, tak ada mewah-mewah. Baju kami anak-beranak cuma beli sepasang saja untuk dipakai pada raya pertama. Hari-hari berikutnya ulang pakai baju raya tahun-tahun lepas. Persiapan untuk rumah pun biasa-biasa saja. Langsir recycle untuk entah tahun keberapa, tak ada shopping perabot baru. Kuih raya pun beli ala kadar, cukuplah nak menjamu tetamu yang datang.

As Ramadhan is coming to an end, let's hope that we end our Ramadhan with the best deed, and with a clean heart. May ALLAH bless us in all good ways.

Eid Mubarak to all Muslims around the world.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011