Pages

Subscribe:

Tuesday, February 3, 2009

getting better

Maybe i did not mention it in my post before that i am sick. Fever! 'Ts been more than a week now. Sebaik sahaja lepas sukan berlansung.

Tapi sekarang, dah beransur pulih. Kepala dah tak macam baru lepas turun roller coaster. Tekak dah tak macam kena belah lagi. Hidung dah tak macam baru lepas kena sembur dengan serbuk lada lagi dah. Kalau tak, tentunya saya masih terlantar lagi, tak larat nak bangun sebab kepala berat sangat.

Alhamdulillah...

Kalaulah keadaan seperti di atas masih berlanjutan, mahu pengsan saya. Dalam sehari saja, tak terkira berapa banyak kali saya berlari ke bilik air setiap kali lepas batuk sebab nak muntah. Dah berapa kali dalam sejam saya bersin tak henti-henti sampai perit tekak dan hidung saya dibuatnya. Itu belum lagi dengan batuk yang tak henti-henti sampai suara saya bertukar menjadi garau.

Dek kerana demam yang agak teruk jugaklah saya terpaksa burnkan hari sekolah saya sebanyak 3 hari. Termasuk hari (kira semalam la tu) ni empatlah.

Terima kasih pada seorang teman yang menghantar mesej bertanyakan khabar. Buat seketika, saya terkedu! Rupanya ada juga yang mengambil berat tentang diri saya...

Terima kasih sahabat!

Monday, February 2, 2009

sports day

I know... I know... orang lain dah habis cerita saya baru sibuk nak bercerita.

Tapi... apa aku kisah?
(Haha... tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang katanya saya lebih rebellious sekarang ni.)

Mind you, this might be a very... very... long post.

Or a very short one. Ikut mood la!

Sebelum apa-apa, personally saya rasa sukan tahun ni lebih memberi makna pada saya. Bukan sahaja kerana ini merupakan tahun akhir saya di sekolah, tapi juga kerana pada tahun inilah saya benar-benar dapat merasai semangat kesukanan tu membara dalam diri. Pertama kali saya menangis kerana sukan! Sesuatu yang agak luar biasa.

Seperti tahun-tahun lepas, saya hanya sipi-sipi masuk acara sebelum akhirnya nama saya 'ditendang' keluar daripada mewakili rumah sukan kesayangan saya, MERAH! Satu-satunya acara yang saya dapat bolosi temboknya ialah acara perbarisan.

Haa... teringat kata umi. Saya dah betul-betul jadi anak mamak, bukan macam anak mamak lagi dah! :P Semua gara-gara perbarisan, terpaksa berjemur tengah-tengah terik matahari, untuk latihan perbarisan sampai 'masak' kulit saya dibuatnya. Semuanya semata-mata hanya kerana MERAH JUARA!

Our outfit, 100% handmade. Hasil kerja tangan banat-banat rumah merah terutama budak-budak asrama dan beberapa kerat yang lain yang ringan tulang membantu menyiapkan outfit kami yang katanya sangat 'comel' itu! Terima kasih! Then again, bila saya tengok balik gambar, nampak cantik pulak! Idea bernas dari Syu!

Tema perbarisan Oriental - yang menggabungkan konsep dari Jepun, China dan Korea. Jadi outfit kami adalah sikit ala-ala pakaian pendekar China zaman dahulu kala. Siap dengan belit. Saya sangat teruja bila melihat gambar-gambar yang diambil semasa acara perbarisan berlangsung.

Sejujurnya, secara peribadi saya tak meletakkan harapan yang tinggi supaya Merah memang acara perbarisan sebab bagi saya rumah-rumah lain tak kurang hebatnya. Tapi bila diumumkan Merah juara perbarisan rasa macam nak melompat. Walaupun tak letakkan harapan yang tinggi... tapi siapa tak nak menang, ye tak? Adat orang bertanding, mesti nak menang!

Bila tiba masa nak diumumkan tempat kedua, saya dah tutup telinga. Tak nak tahu keputusan. Dan bila diumumkan Biru tempat kedua, saya terus melompat bangun dan peluk Hidayah. Dalam pada tu, tak sedar air mata mengalir. Mungkin kerana tahun ni tahun last, jadi saya agak emosional sikit.

Sekalipun Merah bukan juara tahun ni, dalam hati saya Merah tetap juara dalam apa juga keadaan. Saya sangat sayang Merah!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011