Pages

Subscribe:

Sunday, September 14, 2008

spaghetti bolognese


Entah kenapa, dua tiga hari lepas saya teringin sangat nak makan spaghetti bolognese. Lalu saya cadangkan kepada ummi supaya masak spaghetti saja sebagai hidangan untuk berbuka. Beberapa hari lepas waktu pergi Jusco TC sempatlah beli sos prego tu. Malas nak buat sendiri, leceh!

Dengan berbekalkan resepi Chicken Ball dari myresepi (itu saja yang buat sendiri, lain instant!), berhempas pulaslah kami dua beranak dekat dapur tu masak spaghetti bolognese.

Chicken Ball
1 ½ cawan isi ayam (dicincang halus)
½ cawan parmesan cheese
½ cawan serbuk roti
1 biji telur
½ sudu kecil lada sulah (ikut cita rasa)
garam secekup rasa
2 sudu besar minyak masak/olive oil
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali telur dan olive oil.
  2. Pukul telur dengan garfu. Masuk telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk campuran tadi sambil digaul. Kalau adunan dah elok untuk buat bulat-bulat, berhentilah masuk telur.
  3. Bulatkan kecil-kecil.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Masuklah ayam dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam sos spaghetti anda.
Anggaran boleh dapat 15 biji kalau buat besar. Kalau kecil, dalam 30+ boleh dapat. Untuk sos dia pula, main taram aja apa bahan nak letak.

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
½ halia
Tumis semua bahan di atas. Untuk mempelbagaikan sos dia, kami letak saleri dan sosej Ayamas yang comel tu.

Ni kira dah pas. Lepas ni boleh buat carbonara pula.

Monday, September 8, 2008

if everyone cared

If Everyone Cared
Nickelback



From underneath the trees, we watch the sky
Confusing stars for satellites
I never dreamed that you'd be mine
But here we are, we're here tonight

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

And I'm singing

Amen I, Amen I, I'm alive
Amen I, Amen I, Amen I, I'm alive

And in the air the fireflies
Our only light in paradise
We'll show the world they were wrong
And teach them all to sing along

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive
(I'm alive)

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

And as we lie beneath the stars
We realize how small we are
If they could love like you and me
Imagine what the world could be

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died
When nobody died...

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day when nobody died

The song discusses how people can change the world if everyone cared. In the video, it shows some people who changed the world by caring.
From Wikipedia

never had a dream come true

Never Had A Dream Come True
S Club 7



Ooh...

Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering (or wondering)
How it could be now or neither been (or neither been)
All this I know but still I can't find ways to let you go

I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

Somewhere in my memory I lost all sense of time
Amd tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or neither been (or neither been)
Oh this I know but still I can't find ways to let you go

I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

You'll always be the dream that fills my head
(Yes you will, say you will, you know you will, baby)
You'll always be the one I know (I'll never forget)
There's no use looking back or wondering (or wondering)
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye
No no no no

A part of me will always be with you...

One of my favourite song. Quite some time tak dengar lagu ni.

8 Ramadhan

8 Ramadhan.

Lapan hari yang meletihkan dan menyeronokkan.

Sangat letih sebab walaupun puasa, balik pukul 4 sedangkan adik-adik tingkatan 1 dan 2 balik 2.30. Semata-mata kerana masih banyak lagi silibus pembelajaran yang belum habis belajar.

Seronok dan bersyukur kerana masih dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Walaupun kadang-kadang terasa sangat letih, tetapi masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa ini. Tapi bila dah sampai rumah, terus melepek atas katil. Penat! Lesu!

Hari ni, saya agak gembira kerana buat pertama kalinya 4 Imtithal dapat pelajar baru. Perempuan. Lepas ni dah tak ada lagi dah undi seri ke apa. Sebabnya banat akan tambah satu lagi 'suara'.

Solehah (mungkin begini ejaannya), selamat menyertai SMIH dan terutama sekali 4 Imtithal. Walaupun saya tahu dia mungkin tak akan baca post ni.

Tuesday, September 2, 2008

bored!

Tagi lagi sekali. Disebabkan saya bosan dan tak ada siapa nak tag saya, saya tag diri sendiri.

Who sits next to you in class/office?
- The one and the only, Alifah. Belah kanan kosong.

Did she ever makes you become sensitive?
- No. Asyik nak buat orang ketawa aje adalah!

The last person who made you boring?
- Secret. Cukuplah saya sorang tahu. Dan ALLAH.

Name three things you would do in you're in jungle?
- Tersesat ke camping dalam hutan yang dimaksudkan?

Where did you get this tag?
- Lets say that i stole it from Safiah's blog. Bosan punya pasal.

Why did you answer this?
- One word. Bosan!

What's your cellphone?
- Don't have one. Telefon rumah boleh?

On Friendster, who's the 1st person in your featured friends? Girl/Boy?
- Pergi check kejap. Berzaman dah tak bukak mende alah ni.
- If you're hoping that it's a boy, sorry. Unfortunately it's a girl by the name Dilla...

Would you say "I love you and care about you" to her'him?
- Definitely because she's my friend.

Web that you love to visit?
- My blog, my friends blog, Teratak Santai, Cari Forum, penulisan2u, youtube, wikipedia.

Craziest thing that you've done?
- Can i keep it as a secret?

Are you wasting your time by answering this?
- Not really because i'm bored and answering this quite help. And interesting.

People who was unlucky to get this tag?
- Anybody who wants to do this.

Monday, September 1, 2008

usrah

Ha! Rasanya sudah terlalu lama saya tak ditag oleh sesiapa. Terima kasih pada Cik Qurrah yang sudi mentag saya. Tiba-tiba teringat cacing. Tegak bulu roma saya. Geli!

Jadi... teruskan ke agenda utama.

1. Berapa lama anda dah sertai usrah?
-- Hampir enam tahun. Sejak berusia 10 tahun ketika di darjah 4 sehingga sekarang.

2. Bagaimana anda boleh sertai usrah?
-- Kerana menjadi kewajipan di sekolah. Begitulah bermulanya.

3. Kenapa anda menyertai usrah?
-- Kerana tidak boleh tidak, mesti sertai juga.
-- Kesedaran diri yang ingin berubah menjadi hamba yang lebih baik.
-- Keseronokan dan kegembiraan yang dirasa setiap kali selepas menyertai usrah.
-- Dapat ilmu yang banyak.

4. 3 perasaan anda setelah menyertai usrah.
-- Bersyukur
-- Bahagia
-- Gembira

5. 5 perkara yang anda dapat selama menyertai usrah.
-- Kemanisan ukhuwwah.
-- Islam sebaik-baik agama untuk dianuti.
-- Berkongsi, meluahkan rasa dan pandangan.
-- Beruntungnya saya dilahirkan sebagai Islam.
-- Ilmu pengetahuan yang insyaALLAH berguna untuk diri.

Peraturan tag :
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri.
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di blog masing-masing.
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain.
5. Jangan lupa untuk maklumkan mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda.
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain.


So...

6. Lima orang yang kena tag (saya tak pasti mereka pernah kena tag/dah buat)
-- Nadia Hakim
-- Alifah (boleh jawab di mana-mana blog)
-- Safiah
-- Shafiyah (walaupun saya tak dapat tembus masuk ke blognya)
(Asalnya sorang ja, tapi setelah dicadangkan oleh Cik Yaya, saya tambah lagi bilangannya.)

akhirnya...

Akhirnya...

Setelah puas saya berhempas pulak menggodeh code-code HTML, berjaya juga saya tukar template buat kesekian kalinya. Walaupun hasilnya tak seperti yang saya harapkan, tapi saya tetap berpuas hati. Kerja keras saya berbaloi. ;)

Sakit hati tak payah katalah bila coding yang dibuat tak menjadi. Lebih-lebih lagi bila guna template dari Blogskin. Kebanyakan skin yang saya berkenan, memang banyak kerja mengedit yang perlu dilakukan.

Contohnya seperti skin ni. Rupa asalnya dia agak terperosok ke sebelah kiri dan belah kanan kosong. Saya tak suka template yang sebegitu. Oleh kerana dah berkenan, saya buat keputusan tambah sendiri sidebar di sebelah kanan supaya taklah nampak kosong sangat.

Setiap kali mengedit, selalu terdetik di hati, bilalah saya boleh design template sendiri? Selama ni, apa yang saya lakukan hanya mengubah suai apa yang ada sahaja.

Ramadhan al-Mubarak






KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sumber : astech

ADAB BERPUASA DAN SOLAT TERAWIKH

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Sumber : Utusan Malaysa Online

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011