Kertas pertama, Hafazan. Bila orang lain sibuk menghafal, saya lepak duduk goyang kaki sambil berbual dengan kawan. Sudahnya bila menatap kertas soalan buat pertama kalinya saya dah rasa nak pengsan, bukan tergolek lagi dah.
Kertas terakhir, Bahasa Inggeris. Yang agak meng'stress'kan. Pengajarannya, lain kali sebelum buat karangan tu rancang baik-baik sebelum mula tulis. Bila dah tak kena, tak adalah kena buat balik dalam masa setengah sahaja yang terakhir.
Esok hari Rabu. Kertas-kertas untuk esok memanglah... speechless saya dibuatnya.
PQS, Komp, Bio, Add Math! Otak saya dah tak compute dah apa yang saya baca.
Moralnya...
JANGAN STUDY LAST MINUTE!
Huh... cepatlah hari Jumaat tiba!









No comments:
Post a Comment