Pages

Subscribe:

Saturday, August 16, 2008

nisfu syaaban

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada ALLAH yang masih memanjangkan umur saya di muka bumi. Hari ini, usia saya sudah memcecah angka yang ke 17 mengikut taqwim Hijrah. Menurut kata ummi, saya dilahirkan pada malam Nifsu Syaaban. Sangat senang untuk diingat, kan?

--------------------------------------

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w. berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda s.a.w. selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Sumber : Malabari Network

--------------------------------------

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya, insyaALLAH.

it's over

Salam...

Alhamdulillah, lima hari yang menyeksakan sudah berlalu. Perasaan saya? Sangat-sangatlah lega, tak terkata, tak terkira.

Setiap kali lepas periksa, saya selalu pesan pada diri saya supaya selalu rajin belajar, jangan malas-malas suapa apa yang terjadi pada periksa kali ini tak akan terjadi pada periksa yang akan datang. Tapi setiap kali periksa keadaannya tetap sama, tak berubah. Esoknya nak periksa, malam sebelum baru sibuk nak buka buku, buat latihan itu ini. Kalau tak, haram! Kemudian, bila keputusan keluar, barulah nak menyesal.

Makanya, cuti kali ni saya akan cuba manfaatkan sebaik-baiknya untuk tebus balik kesilapan saya.Walaupun untuk UB dah tak berguna dah, tapi apa salahnya kalau saya bersedia awal untuk persiapan peperiksaan semester 2 yang sebulan lebih (kot!) lagi. Tak apa kalau kali ni saya gagal, tapi jangan saya gagal sewaktu SPM nanti.

Masa tu, menangis air mata darah sekalipun tak berguna.

JANGAN MALAS-MALAS, HIDUP MESTI RAJIN!!!

Quote yang diambil dari blog BatchSebelas yang sememangnya berguna sebagai peringatan untuk diri yang sentiasa leka dan terlupa.

Dan akhir sekali,

Selamat Bercuti!

Tuesday, August 12, 2008

2nd day

Second day of exam. I am quite relax compared to yesterday.

Kertas pertama, Hafazan. Bila orang lain sibuk menghafal, saya lepak duduk goyang kaki sambil berbual dengan kawan. Sudahnya bila menatap kertas soalan buat pertama kalinya saya dah rasa nak pengsan, bukan tergolek lagi dah.

Beginilah keadannya bila otak saya dah blank nak jawab soalan tu!

Seterusnya, Mod Math. Saya jawab dengan senang hati. Macam ada keyakinan dapat A1. Tapi kalau tak dapat, target paling-paling pun A2. Kurang dari tu, memang saya kena paksa diri supaya fahamkan lagi.

Kertas terakhir, Bahasa Inggeris. Yang agak meng'stress'kan. Pengajarannya, lain kali sebelum buat karangan tu rancang baik-baik sebelum mula tulis. Bila dah tak kena, tak adalah kena buat balik dalam masa setengah sahaja yang terakhir.

Esok hari Rabu. Kertas-kertas untuk esok memanglah... speechless saya dibuatnya.

PQS, Komp, Bio, Add Math! Otak saya dah tak compute dah apa yang saya baca.

Moralnya...

JANGAN STUDY LAST MINUTE!

Huh... cepatlah hari Jumaat tiba!


Monday, August 11, 2008

1st day

Again... i broke my promise with myself.

First day of exam, I would say 50-50 : Good-Bad.

Kertas pertama, BAT yang buat saya rasa nak bergolek dari hujung dewan ke hujung dewan. Kena terjemah 'karangan' pendek ke dalam Bahasa Arab yang mana saya tak ingat istilah dia walaupun boleh tahan jugak saya dok mengingat perkataan-perkataannya.

Bila buka muka surat kedua, berganda rasa nak tergolek tu. Tiba-tiba otak macam blank nak jawab Masdar. Terus skip pergi soalan terakhir sebelum kembali menjawab mengikut urutan.

Seterusnya kertas Aqidah. Yang saya jawab dengan bahagianya. Agak senang, tapi ada satu soalan saya lupa jawapannya. Goreng!

Kertas terakhir, BM. Kertas soalan dijawab dengan bersungguh-sungguh selain berusaha menahan mata yang memberat, seperti digantung dengan peti ais.

13 papers to go.

Ganbatte-neh, Ainnur-chan!!! <----- Terjangkit dengan Cardcaptor Sakura yang diulang tengok buat kesekian kalinya.

---------------------------------------

Bila berulang kali tengok, saya rasa macam ada yang tak kenalah dengan template blog ni. Rasa macam nak tukar.

Maybe later, after exam.

Sunday, August 10, 2008

exam schedule


My schedule for next week. 16 subjects!!! 16 papers!!!

friendship poem

Got this via e-mail. Funny... And true.

True Friendship

None of that Sissy Crap

Are you tired of those sissy 'friendship' poems that always sound good, But never actually come close to reality?

Well, here is a series of promises that actually speak of true friendship. You will see no cutesy little smiley faces on this card- Just the stone cold truth of our great friendship.

When you are sad -- I will jump on the person who made you sad like a spider monkey jacked up on mountain dew.

When you are blue -- I will try to dislodge whatever is choking you.

When you smile -- I will know you are plotting something that I must be involved in.

When you are scared -- I will rag on you about it every chance I get.

When you are worried -- I will tell you horrible stories about how much worse it could be until you quit whining.

When you are confused -- I will use little words.

When you are sick -- Stay away from me until you are well.

When you fall -- I will point and laugh at your clumsiness.

This is my oath... I pledge it to the end.

Why?' you may ask;

'Because you are my friend'.


------------------------------

Right Here
Hannah Montana



I'll be right here where you need me
Anytime just keep believing
And I'll be right here...
If you ever need a friend
Someone to care and understand
I'll be right here

All you have to do is call my name
No matter how close or far away
Ask me once and I'll come, I'll come running
And when I can't be with you dream me near
Keep me in your heart and I'll appear
All you gotta do is turn around
Close your eyes, look inside

I'm right here

Isn't it great that you know that
I'm ready to go wherever you're at
Anywhere, I'll be there

All you have to do is call my name,
No matter how close or far away,
Ask me once and I'll come, I'll come running
And when I can't be with you dream me near,
Keep in your heart and I'll appear,
All you gotta do is turn around
Close your eyes look inside
I'm right here

Whenever you need me
There's no need to worry
You know that I'm gonna be right here

Ask me once and I'll come, I'll come running
And when I can't be with you dream me near,
Keep me in your heart and I'll appear
All you gotta do is turn around
Close your eyes look inside
I'm right here

just around the corner

Juat around the corner!


Exam is just around the corner. 24 jam lebih sikit sahaja lagi. And i haven't read most of the books yet!!!

What am i doing right now?

Someone please knock some sense into my head so that i will be a good girl and study, not wasting my time doing nothing in front of the computer.

So... i will be away for a week until exam week is over.

bulan Syaaban

Cepat sungguh masa berlalu! Kita dah masuk bulan Syaaban rupanya. Ini bermakna tak lama lagi Ramadhan pula bakal menjelma. Jadi mari kita tengok serba sedikit tentang bulan Syaaban sebagai menambah ilmu pengetahuan.

----------

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya: "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".

Baginda bersabda: "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."

Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah R.A., beliau telah berkata yang maksudnya: "Adalah Rasulullah S.A.W.. sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah S.A.W. pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Sumber : myMasjid

----------

Akhirul kalam, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan puasa sunat di bulan Syaaban ini berdasarkan hadis :

Dari Aisyah r.a katanya: "Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Saturday, August 9, 2008

2 tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa seperti sudah terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. Kesian si oren ini yang tak diserikan dengan sebarang entri dalam masa lebih kurang dua minggu, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan duduk melongo di depan komputer.

Entahlah, semenjak dua menjak ni mood saya untuk berblog dah tak seghairah dulu, macam masa mula-mula ada blog dulu. Kalau boleh setiap hari nak hantar n3!

On a second thought, bukan memang setiap hari ke hantar n3 dulu?

Sedar tak sedar, hampir dua tahun dah usia blog - diarymylife, teratakimpian, teratakidaman (yang sekarang dah ditukar urlnya), dan beberapa blog lain yang tak perlu diberitahu di sini. Cepat sungguh masa berlalu!

If my memory is not failing me, i think i started blogging since October (i think) 2006. It was when i was in form 2. Tarikh sebenar saya tak ingat, since i've deleted teratakimpian which is my first blog for some reason, but i'm quite sure sure it was around that time.

Kan Yaya?


'Baju-baju' yang telah menghiasi blog ini sepanjang usianya.

Birjinak-pinak dengan dunia blogging ni, baru saya kenal pasal HTML, XHTML, CSS ni semua. Saya yakin, kalau saya tak ada blog, memang sepatah haram saya tak faham semua ni. Tapi, bila dah ada blog sendiri saya harus tahu, kenal dan belajar semua tu walaupun waktu itu saya melongo depan komputer saja. Sedikit demi sedikit saya merangkak untuk belajar pengetahuan yang saya ada sekarang ini walaupun tidaklah seberapa.

-------------------------------

Terlalu lama sangat tak update, saya tak dapat nak buat special n3 sempena birthday rakan-rakan sekelas saya yang dah mencecah 16 tahun.

Qurrah, Safiah dan Alifah.

Happy birthday!!!

Maaf kerana lambat wish. Maaf juga kerana tak ada hadiah yang dapat ana bagi, cuma sepotong ucapan sahaja.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-16!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011