Pages

Subscribe:

Wednesday, July 23, 2008

pendrive


Inilah keadaannya setiap kali selepas saya cucuk pendrive saya ke komputer sekolah. Virus banyak yang menyerang. Ini adalah faktor utama kenapa saya tak suka cucuk pendrive ke komputer di sekolah.

Hari ni ada spotcheck. Pendrive kena ambil oleh pengawas yang menjalankan spotcheck. Walaupun dah dapat satu, tapi saya perlukan satu lagi. Kerana kebanyakan fail penting saya berada di dalam pendrive yang itu. Tadi, bila pendrive kena rampas, saya risaukan fail-fail untuk Qiam sampai saya jadi over emo sikit banyak. Dahlah banyak hal yang tak settle lagi dan semua benda berkenaan Qiam berada di dalam pendrive hitam saya tu. Yang Maryam pulangkan tu taklah penting sangat, tak ada apa pun.

Bila saya tanya Maryam kenapa pendrive lagi satu tak dipulangkan sekali (sebab kedua-duanya saya gantung di tali yang sama, dan apabila Maryam pulangkan salah satunya, saya takut dia bercerai), dia kata Aisyah nak check dulu. Dalam hati saya, yang satu sempat pulak check. Kenapa yang lagi satu tak check sekali padahal kedua-duanya diikat di tali yang sama.

Right now, I desperately need my pendrive back! Cik-cik pengawas, haraplah antunna dapat segera pulangkan pendrive ana tu. It is very important to me!

Saturday, July 19, 2008

new skin

New skin. Sebelum ni, saya jarang gunakan skin di blogskin. Tapi kali ni exception. Saya agak terpikat dengan skin ni. Mungkin kerana oren adalah salah satu warna kegemaran saya. Itu yang buat saya terpikat. Walaupun banyak kerja pengeditan yang perlu saya lakukan. Bilalah saya akan pandai untuk buat skin saya sendiri?

Kalau setakat edit sana, edit sini, tambah itu, tambah ini, tolak itu, tolak ini ikut suka hati saya, itu kira perkara mudah bagi saya. Walaupun kadang-kadang tak berapa menjadi, tapi kita kena try and error kan?

Saya agak berpuas hati dengan hasil kerja kali ini.

Thursday, July 17, 2008

gantung



Gantung
Melly Goeslow

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih�

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Nota kaki : Setiap lagu yang saya letakkan di sini tak ada kena mengena dengan saya. Saya letak kerana saya suka rentak lagu tersebut atau liriknya. Itu sahaja!

bulan rejab

Sedar tak sedar dah 15 Rejab. Kemudian diikuti pula oleh Syaaban. Dan akhirnya tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Apa persediaan yang telah kita lakukan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi?

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Memandangkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, maka perbanyakkanlah berpuasa kerana amalan terbaik dalam bulan Rejab ini adalah puasa.

Kelebihan bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

----------------------------------------------

Qiam BatchSebelas yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Ogos terpaksa ditunda ke satu tarik yang masih belum diketahui. Sama ada dicepatkan atau dilambatkan. Setakat ni, kami belum jumpa tarikh yang betul-betul sesuai memandangkan terlalu banyak program sekolah yang akan clash dengan program Qiam kami ni. Tak apalah, ALLAH telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari tersebut. Bukankah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri?

Tapi, nampaknya ramai yang macam tak puas hati bila dapat tahu Qiam BatchSebelas (baca: TERPAKSA) ditunda. Sedangkan ramai yang tahu Qiam akan diadakan pada 1 Ogos. Tapi apa nak buat. Kami, para AJK pun terkejut dengan berita yang baru diterima dari Ustaz Iswan Rabu lepas. Sekarang ni tengah pening cari tarikh yang betul-betul sesuai.

Ketahuilah wahai kawan-kawan, bukan kami suka-suka nak tunda, tapi menurut Ustaz Iswan, pada hari yang kita bakal mengadakan Qiam, sekolah pun ada program juga. Entah apa entah nama dia saya lupa. Daripada antum marah-marah tak puas hati, bukankah lebih baik kalau antum buat solat istikharah supaya ALLAH beri kita petunjuk, mohon pada ALLAH supaya apa yang telah kita rancangkan ni dapat berjalan dengan lancar.

Hari Rabu depan ada meeting lagi.

Monday, July 14, 2008

permintaan hati


Permintaan Hati
Letto

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Saya suka lagu ini. Kalau dihayati betul-betul, maksudnya sungguh mendalam. Bagi sayalah!

Dua tiga menjak ni saya dah kekeringan idea nak update blog ni. Sedangkan dulu saya amat gila untuk masukkan entri, waktu di blog lama dulu. Tapi sekarang...

Tuesday, July 8, 2008

demam

Apa saya nak tulis ya? Idea yang berlegar-legar di benak sebentar tadi hilang dibawa angin. Selalu macam ni. Sebelum saya duduk di depan PC dan sign ke account blogger saya, banyak yang ingin saya tulis. Tapi bila tetingkap untuk create post dah ada di depan mata, semua idea hilang entah ke mana.

I think this will be a short post since i am having a fever. Tak tahu nak cerita apa. Kepala pun macam tak berapa nak betul sikit, lopsided. Walaupun saya boleh bangun dan duduk di depan PC, tapi saya tetap rasa kepala saya berat. Satu badan sakit, lenguh sendi pun ya.

Dua tiga hari yang lepas, tekak saya perit yang teramat sangat. Saya sangka mungkin sejam dua baiklah, tapi tidak. Sampai ke hari ni, rasa perit tu masih ada. Saya tak sangka itu merupakan tanda saya bakal demam. Kalau dulu, sakit tekak sikit saya dah mengadu dekat ummi rasa macam nak demam. Alasan tak nak pergi sekolah. Sebab dulu saya sangat berharap saya akan sakit sebab tak nak pergi sekolah. Heheh...

Tapi tidak kali ini. Semalam, seharian di sekolah saya rasa badan saya seram sejuk. Walaupun orang lain kata panas, saya rasa sejuk yang teramat. Bila saya beritahu pada seorang rakan, dia kata itu perkara biasa bila tengah puasa. Tapi saya tahu bukan. Sebab ini badan saya. Saya cukup kenal badan saya. Tak cukup dengan itu, saya rasa tekak saya loya yang teramat. Tambahan pula kepala saya berpusing hebat. Sepanjang hari saya merintih dalam hati, bila nak balik?

Apabila tepat pukul 4, saya terus bergegas ke belakang tengok sama ada ummi dah sampai ke belum. Memang saya sengaja beritahu ummi supaya ambil pukul 4. Saya tak nak pergi kelas hafazan petang tu. Lagipun dari pagi saya rasa tak sedap badan. Tapi bila sampai ke belakang, ummi tak sampai lagi. Dengan berat hati, saya pergi juga ke kelas dengan keadaan kepala saya yang sangat pening dan sakit, dengan nak muntahnya, satu badan sakit-sakit.

Tepat lima petang, tengok ummi dah sampai. Saya dah agak sebab saya seolah-oleh terdengar bunyi hon kereta. Masuk kereta saya terus beritahu ummi. Sampai rumah, saya terus masuk bilik dan tidur sampai nak dekat Maghrib. Kemudian terus mandi dan berbuka. Kemudian terus tidur. Siap berselubung dengan selimut. Satu badan rasa sejuk yang teramat.

Huh... nasib baik esok cuti!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011