Pages

Subscribe:

Wednesday, April 2, 2008

soooooooo sleepy

Hari ini saya saaaaaaaaangat la mengantuk. Pagi-pagi lagi dah mengantuk. Terutama sekali masa waktu Chemistry. Ngaaaaantuk!!! Sangat-sangat!!! Pedih mata saya menahan rasa mengantuk yang TERLALU menguasai. Kepala pun dah rasa berdenyut semacam je. Saya hampir-hampir TERmuntah sebab tak tahan sakit kepala yang teramat sangat. Nasib baik tak muntah je kat kelas tu tadi. Entah apa ustaz ajar pun tak berapa nak lekat kat kepala.

Sepanjang hari saya rasa mata saya pedih. Kepala saya sakit. Saya cuba cari masa nak tidur. Tapi tak ada. Alhamdulillah... saya berjaya tahan rasa mengantuk saya sampai ke petang. Huhu... nasib baik masa BIO saya tak tersengguk. Kalau tak... hmm...

Homework setakat ni tak la banyak sangat. Tapi saya yang buat dia jadi banyak sebab sikap saya yang suka bertangguh, melengah-lengahkan kerja. Itu yang jadi setinggi gunung Everest tuh. Apa nak jadi Ainnur? Dan musuh utama saya ialah MALAS! Malas nak buat kerja, malas nak pergi sekolah, malas nak ulangkaji pelajaran, malas nak muraja'ah hafazan, malas nak hafaz hafazan baru, semuanya malas. MALAS... MALAS... dan MALAS...

Ahad lepas sekolah saya baru selesai majlis Ihtifal berkonsepkan high-tea. Yang bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa sesama ibu bapa dan anak-anak bersama anak-anak. (saya merepek) Yang pada saya ok la walaupun ada beberapa perkara yang saya tak puas hati.

  • Minuman meja kami laaaaaaaammmmbat sampai sedangkan meja di sekeliling kami dah dapat air mereka. Kering tekak kami ni tau!
  • Makanan. Sangatla simple. Saya masak sendiri pun boleh. But then again, apa sangatla yang boleh kita harap kalau harga yang dibayar untuk makanan cuma RM 10 sahaja.
  • Macam manalah pihak penganjur boleh silap nama ummi. Kalau salah eja tu tak pelah. Ini tidak, pepandai je dia tukar nama orang. Daripada M********h jadi Maimunah. Bila masa pulak la nama mak saya tukar?

Cadangan saya, tahun depan tak payahla buat konsep high-tea ni. Yang macam tahun-tahun sebelum ni dah cukup ok.

Pertama kali naik pentas. Gambar yang sempat dirakam ummi dari kejauhan. Dan abaikan nama hamba ALLAH di slide show tu. Sesungguhnya itu bukan nama saya tetapi nama orang di belakang saya kalau tak salah.

Persembahan boria oleh pelajar-pelajar form 5 2008

Persembahan penutup. Choral speaking oleh pelajar-pelajar banat form 4 dan banin form 2.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011