Pages

Subscribe:

Sunday, March 9, 2008

tutorial

Tadi blog hopping dekat blog kawan-kawan. Bila sampai blog Alifah, bacalah her most recent post. Membuatkan saya teringat kisah zaman dahulu kala. Zaman sewaktu saya mula-mula ada blog. Saya pun macam dia. Buta pasal code-code nih. Apa mendelah html, xhtml tuh. Search la kat internet, cari free tutorial. Lama kelamaan saya pun faham dan tahu.

Sebab kenapa lepas saya set up blog ni dan berbulan-bulan saya tak update selepas tu, sebab saya nak fahamkan diri saya tentang code-code html dan xhtml nih la. Tapi masa tu main blog saya di blogdrive. Yang sekarang sudah didelete atas sebab-sebab tertentu.

Saya masih ingat betapa tensionnya saya waktu itu apabila semua percubaan saya untuk menukar template blog ini tak menjadi. Waktu itu, hanya Nadia yang tahu kewujudan blog ini. Nadia ingat tak? Link asal blog ini ialah teratakimpian.blogspot.com. Saya lebih tumpukan pada blogdrive saya daripada blogspot. Sebab blogdrive bagi saya lebih senang. Code dia pun tak adalah berbelit sangat macam blogspot nih.

Tapi once saya dah mula pandai main code nih, perhatian saya mula tertumpu di sini. Saya tak suka template yang sedia ada! Maka mulalah saya menggodam code tu sana sini sampai hasilnya seperti yang saya inginkan. Lama kelamaan saya pun mula lupa dengan blogdrive saya. Kacang lupakan kulit betul! Tapi saya delete bukan kerana itu, tapi sebab lain.

Saya sayang sangat dengan blog tu. Itulah blog pertama yang saya punyai. Di situ saya mula kenal dengan ramai bloggers. Tapi apabila blog itu terkubur begitu sahaja, saya terus lost contact dengan diaorang semua. Sedih!!!

Panjangnya saya melalut. Habis bukak semua kisah zaman tok kaduk dulu. Sedangkan tujuan saya nak bagi sedikit cebisan ilmu yang saya tahu mengenai code nih. In other word, sedikit tutorial. Bukanlah nak bangga diri ke apa.

Macam Alifah, dia kata dia nak blog yang ada shoutbox dan boleh comment. Dan kalau kita perhatikan, ada sesetengah template yang kita jumpa tak ada ruangan untuk comment. Kita boleh tambah ruang untuk comment tuh. Cara yang selalu saya buat ialah simpan html code yang kita guna sebelum ni, dan copylah code2 tu. Nak paste kat mana? Biasanya code untuk comment ni di bawah ruangan post.

Lagi satu, bila tukar template, adalah dinasihatkan supaya code template yang diguna disimpan atau dicopy terlebih dahulu ke notepad atau words atau apa-apa sahajalah. Ini senang untuk rujukan sekiranya kita nak tukar template lagi pada masa akan datang.

Saya tengok kan, kebanyakan (tak semua) rakan bloggers saya, setiap kali tukar template, shoutbox pun mesti tukar. Sebenarnya, tak semestinya apabila kita tukar template shoutbox pun kena tukar. Sayang. Sebab itu kena simpan code-code yang digunakan sebelum ni.

Untuk shoutbox, tak kisahlah guna apa pun, Cbox ke, Shoutmix ke, Oggix ke, bila kita tukar template tak perlu sebenarnya untuk cari yang baru. Kan bila kita nak gunakan service diaorang, kita kena register. Bila tanpa sengaja kita terdelete code untuk shoutbox tu, kita boleh dapatkan semula. Caranya sign in ke apa-apa host shoutbox yang kita guna dan dapatkan semula code tu. Kalau asyiik tukar aje, berapa banyak account untuk shoutbox yang kita ada nanti.

Harap fahamlah ye. Kalau tak faham, tanyala.

Oh ya... satu cara untuk edit template blog ni, guna Microsoft FrontPage. Senang dan mudah. Budak2 SMIH, kalau tak reti guna sila rujuk pada buku Teknologi Maklumat Siri 3. Di dalam tu ada caranya.

Adios!

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011