Pages

Subscribe:

Thursday, January 17, 2008

slurpee


Dah tiga hari saya tak ke sekolah. Demam. Gara-gara saya makan ice cream banyak sangat Sabtu lepas. Vienetta yang baru luak suku saya habiskan sorang. Ice Kimo saya makan sampai 2 cup (kongsi dengan ummi).

Bila bangun pagi Ahad tu, tekak rasa perit sangat. Tapi belum demam. Tanda-tanda nak demam tu adalah. Tak cakap pada ummi. Cuma hisap ubat sakit tekak yang doktor bagi masa demam raya haji hari tu. Lepas tu tekak dah tak sakit lagi. Ingat dah baik la. Tapi ada la batuk sikit-sikit. Petang tu, badan rasa macam seram sejuk. Cakap kat ummi, terus ummi suruh telan panadol.

Hari Isnin. Pukul 5.45 ummi kejut nak pergi sekolah. (Van datang pukul 6.30. Mandi, solat apa semua gitu gini biasanya 6.20 baru siap. Kalau bangun pukul 6 alamat kelam kabut la jawabnya.) Kepala rasa pening sangat. Masa tu dah mula selesema dan batuk dah makin teruk. Tak pegi klinik. Makan ubat hari tu je.

Anehnya, lepas tu rasa macam tak ada apa-apa kecuali selesema, batuk dan kepala pusing sikit-sikit je la. Tapi keesokannya bila nak bangun pergi sekolah keadaan yang sama berulang. Memang mengada-ngada betullah. Macam Nadia cakap, sakit tu lebih sayangkan saya daripada sayang saya pada ilmu.

Dalam masa tengah sakit tu, boleh pulak tiba-tiba nak makan donat. Macam orang mengidam je. Bila dah dapat donat, tiba-tiba teringin nak makan slurpee pulak. Kalau tau dek ummi, memang kena marah. tengah batuk-batuk + selesema macam ni nak makan/minum benda-benda sejuk pulak. Kalau ikutkan hati rasa nak je bukak peti ais makan sebatang aiskrim. tapi mengenangkan batuk yang tak henti-henti (sakit dada asyik batuk je) niat tu dibatalkan. Tak apalah Ainnur. Dah baik nanti makanlah puas-puas.

Batuknya kadang-kadang sikit. Tapi ada masanya dia jadi teruk. Melarat-larat. Hai... saya pun tak faham dengan penyakit saya ni.

Tengok slurpee kat atas tu buat saya menelan liur. Waa... nak slurpee!!!

1 comment:

taqwaforever said...

salam rindu buat ainnur~

la. ana tak tau pula yg anti tak sihat. maafkn ana sbb tak telefon anti. BTW, (brp no tel anti?). hehe. moga anti cepat sembuh. makan ubat yg dok. kasi tu tau. mungkin ini ujian Allah yg x boleh kita elak. moga2 ia menambahkan iman kita dan sebagai kaffarah dosa kita yg lalu. ok ~wassalam!!~

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011