Pages

Subscribe:

Sunday, January 6, 2008

1st week of school

First week of school. Not too bad I guess. Walaupun belum start belajar lagi, tapi dah rasa penat yang amat. Mungkin sebab tak buat apa-apa sebab tu lah penat. Mana taknya kalau dua hari berturut-turut cuma kena tadah telinga and listen jek. Kalau duduk dekat dewan peperiksaan tu ok la lagi, tapi bila masuk dewan al-Qadisiah, huh... Kejung duduk dekat situ.

Pelajar makin lama makin ramai. 599 orang. Tambah lagi sorang genap 600. Tahun sebelum-sebelum ni tak adalah ramai sangat macam tu. Rasa macam dah jadi nasi himpit. Memang tak selesa. Dengan bersilanya lagi. Nasib baik tak cramp. Itu pun dah sesak nafas dah. Rasa macam nak lari keluar ambik fresh air je. Sungguh... Walaupun hati meronta-ronta nak terus lari keluar, walaupun rasa macam tak cukup nafas, semuanya ditahan. Tapi balik memang sakit pinggang la.

PSFM akan diganti dengan KRS. Maknanya kena beli baju baru LAGI SEKALI. Dan rasanya uniform KRS tu bukan murah. Hadui... Dari form 1 sampaila sekarang tak pernahnya nak tetap. Asyik tukar je. Harap-harap lepas ni terus berkekalan lah yek. Tak tahanlah asyik nak kena beli baju baru je hampir setiap tahun.

Kemudian ada juga taklimat tentang pemilihan subjek untuk tingkatan 4. Taklimat mengenai 10% aktiviti kokurikulum yang bakal menyumbang bila nak masuk U nanti. Dan seperti biasa amanah Puan Pengetua bagi setiap tahun, and so on....

Rasa macam tak percaya saya dah menjadi pelajar tingkatan 4 SMIH. Rasa macam baru semalam saya melangkah ke tingkatan 1. Dah besar ye saya ni. Dan makin tua. Haha... Tingkatan 4 bukan tahun untuk berhoneymoon walaupun ramai yang kata gitu sebab baru habis PMR. Tapi kena sedar jugak tahun depan kita dah nak SPM. Takkan nak tunggu bila dah melangkah ke form 5 baru nak tumpukan betul-betul.

Hari ni dah hari Ahad. Esok Isnin. Isnin = sekolah. Esok sekolah.

Saya pun tak pasti sama ada saya dapat update blog selalu. Tapi saya akan cuba untuk update sekurangnya sekali seminggu. Almaklumlah, saya ada banyak blog untuk di attend. Tu lah... siapa suruh set up blog banyak-banyak, kan dah tak menang tangan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011