Pages

Subscribe:

Thursday, May 31, 2007

masihkah ada sinar

Tertarik dengan apa yang ditulis Maziah di blognya. Tentang perasaannya yang terluka kerana kawan. Well... my dear friend, itulah lumrah hidup. Yang terluka dan yang melukakan.

Years ago, hati ini pernah terluka. Luka yang teramat sampai meninggalkan kesan dalam diri. Semua yang cuba menghampiri, cepat-cepat melarikan diri. Bimbang pisang berbuah dua kali sedangkan kelukaan lalu masih utuh bertapak. Parut masih berdarah, bernanah. Dan sejak itu, susah rasanya untuk percaya pada insan bernama kawan. Perit bila ditikam kawan sendiri, begitu mencengkam.

Bertahun cuba dirawat luka yang terukir. Si dia mungkin tak sedar luka yang ditinggalkan. Saban masa berseronok, bersuka ria. Malah setiap masa bertukar teman. Tapi itu taklah menghairankan. Dari mula-mula kenal, dah tahu sikap dia macam. Senang berbaik dengan yang baru, yang lama ditinggalkan.

Bila luka di hati mula sembuh, sekali lagi dilukakan. Dunia terasa gelap. Terasa seolah-olah ada bom yang meledak atas kepala bila mendengarkan perkhabaran tersebut. Bahagia yang diharap sudi menjengah, berlalu pergi dibawa angin lalu.

Kesan apa yang terjadi, perlahan-lahan, cuba menjauh dari rakan-rakan. Bimbang untuk terluka buat kesekian kali. Cukuplah berkali-kali luka yang cuba dirawat dirobek. Berkali-kali cuba dipujuk hati yang degil. Tak terkira air mata yang tumpah. Tak tertanggung luka yang dirasa.

Bila hati masih dirundung duka, si dia muncul. Menyedarkan diri yang khilaf. Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Setiap kata nasihat dan kata-kata semangat yang dilontarkan bagai menyuntik kembali semangat yang bagaikan terbang melayang dibawa kelukaan.

Dalam diam, diri ini masih berharap, akan kemunculan seseorang. Seseorang yang sudi meminjamkan bahu di kala hati dirundung duka. Sudi meminjam telinga mendengar segala keluh kesah. Sudi membimbing diri menuju ke arah kebenaran. Bukan diri ini lupa pada sang pencipta Yang Maha Berkuasa, tidak sama sekali. Namun kehadiran seseorang masih diharapkan.

Seseorang yang bergelar sahabat.

Masihkah ada sinar bahagia yang sudi menjengah diri?

I wish I had someone's hand to hold sometime, somebody to hug. A person to call when I've had an awful day. A person who wants to make me feel better for that bad day. Somebody to laugh with, cry with, a person that was unequivoically on my side.

I don't.

Never have, really.

Not sure I ever will.

Monday, May 28, 2007

It's Been A Long Time

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu lama tak post apa-apa dekat blog. Hampir - atau sudah menginjak dua minggu. Dalam masa tu dengan demamnya, ummi yang baru lepas kena operate (minor one), examnya lagi.

Dah lama tak demam. Tapi bila demam, terus diserang habis-habisan. Sampai tak berdaya nak bangun. Baring je sepanjang masa. Seminggu lebih demam, asyik berulang-alik ke klinik dan hospital. Entah berapa banyak ubat yang ditelan pun tak tahu. Masa pergi hospital untuk check darah, blood count dengan platelets ok. Tak kena admitted. Alhamdulillah... tak ada apa-apa.

Kemudian, bila demam dah kebah, dah boleh bangun, ummi pulak ada operation. Minor operation je. Overnight dah boleh balik. Sepanjang tu, mak teh temankan. Kemudian, oleh kerana ummi tak mampu nak drive untuk sementara waktu, cuti dulu. Sementelah demam pun tak berapa baik lagi.

Bila semua dah ok, sibuk dengan periksa. Waktu demam, tak terdaya nak menatap buku lama-lama. Pening. So... bila time periksalah strive nak menghadap buku-buku tu semua. Itu pun ada subject yang kena drop sebab tak sempat nak ambil. Pasrah dan redha.

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan. Tapi tak tahu nak mula dari mana. So... I guess, berhenti dululah. Nanti cerita lagi.

Pada semua para pelajar yang sedang bercuti semester, cuti-cuti ni, jangan melingkar je. Belajar. Terutama yang bakal ambil periksa besar hujung tahun ni.

Pen off.

Friday, May 11, 2007

alahai demam...

Dalam jarak masa tak sampai sebulan, demam sekali lagi. Suhu agak tinggi. 40 darjah. Memang tinggi. Sakit peningnya, tak payah cakap. Hanya Allah yang tahu. Dahlah minggu depan nak exam. Inilah ujian Allah...

Masa masuk bilik rawatan, belum sempat nak duduk atas kerusi, doktor dah tanya "Pergi mana pulak?" Aik... macam tahu-tahu je doktor ni baru balik dari studython. Demam ni tak tahulah pasal apa. Kalau sebab pakai speck, tak adalah sampai demam, suhu tinggi. Setakat pening-pening biasa je. Tapi ni sampai tahap tak boleh nak angkat kepala. Pusing yang teramat rasanya.

Alhamdulillah... pening dah berkurangan. Tapi tekak masih tak dapat nak terima makanan. Makan je muntah. Makan je muntah.

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Masih tak terlewat kan untuk beri ucapan. Kenanglah jasa ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, susah payah yang dilalui semata-mata untuk membawa kita ke dunia. Tak akan terbalas jasa insan bernama ibu pada kita. Hargailah ibu kita selama hayatnya masih ada. Buatlah sebanyak mana bakti yang boleh. Jangan menderhaka pada ibu. Sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Tuesday, May 8, 2007

Let the story begins

Another story. Apa storynya? Sebenarnya... sejujurnya... seikhlasnya... malas nak mengupdate blog ni. Tatau nak tulis apa. Tapi jalan je lah. Apa-apa yang patut. Kalau rasa boring, merepek, gaban tahap maksima tu, buat dono je lah ek (hihi...).

Let the story begins.

Alkisahnya begini. Pagi tadi kerainan. Bangun dah pukul 6.30. Pakcik baru je lalu. Nasib baju dah gosok, mandi. Saje je nak berlama-lama dalam bilik air tu. Best main air pagi-pagi. Lepas tu pergi sekolah. Waktu rehat ke-2, dengan penuh yakin, mengofferkan diri untuk menjaga laptop ustazah Norhayati dekat kelas sementara yang lain solat. Habis solat, Sofia masuk. Pesan kat dia, nak tidur sat. Sedar bila dengar bunyi bising. Banin dah masuk kelas. Lama jugak tidur. Ada nak dekat 1/2 jam. Waa... bestnya.

Semasa sedang menunggu ketibaan ummi, duduklah dekat belakang tu. Sekali, sikit punya banyak asap. Entah berapa banyak carbon dioxide yang disedut ke dalam paru-paru. Bau dia pun sikit punya wangi. Akhirnya... hilanglah asap.

Ummi sampai. Cakap dekat ummi, bila nak check mata. Nanti power bertambah lagi susah. Ummi diam je. Maklumlah orang dah rabun kan. Mata pun dah tak berapa nak clear. Kemudian, dah nak sampai rumah, ummi kata pergi IOI sat. Tanya buat apa, kata nak check mata. Oh... Masa check tu best pulak. Hehe...

Mata kanan = 125.
Mata kiri = 100.

Selamat... Taklah tinggi sangat. Dah alang-alang, beli sekali cermin mata. Optician tu pun kata, dah macam ni, memang kena pakai. Makin tinggi power karang, makin rosak mata. Ummi pun redha je lah. Dia pulak yang sibuk dok milih cermin mata mana yang sesuai. Biaq pi lah. Tapi masih berfikir sama ada nak pakai sepanjang masa atau waktu-waktu tertentu sahaja.

I'm Home

Akhirnya, 3 hari 2 malam berkampung di Teratak Buana, Mersing, kembalik jua ke rumah. I miss my pillow, my bed, and everything very much. Studython dengan budak-budak MRSM Mersing best!!! Semua sporting. Rindu la pulak dekat diorang.

Jumaat, 4 Mei 2007

Dengan malasnya pergi ke sekolah. Rasa macam nak balik je. Tambah lagi kena heret beg. Kemudian, tengah nak betulkan letak beg dekat tangan tu, tiba-tiba muncul seorang banin. Mak oi... nak tercabut jantung. Terus angkat beg, jalan buat do no je. Walhal jantung rasa macam nak tercabut. Tetiba muncul. Mana tak terkejut.

Sementara tunggu banin balik solat Jumaat, kami dengan bersemangatnya angkut la beg ke pondok bas. Kemudian naik balik. Jumpa Ustazah Kartini, ustazah kata, tunggu dalam kelas. Bas datang lambat lagi. Laa... ingat 2.30 terus bertolak. Tunggulah dalam kelas. Tak lama, kena panggil. Mati-mati ingat bas dah sampai. Rupanya belum. Nasib tak payah tunggu lama-lama. Bas sampai terus naik. Duduk sebelah Nani.

Kemudian ambil buku Science memandangkan malamnya tutorial Science. Baru 1/4 jalan, dah ngantuk. Tambah pula kepala dah peing tahap giga. Syahidlah jawabnya. Sedar-sedar dah nak sampai. Lamanya tidur. Rasa macam sekejap je. Kemudian Nani kata, masa tengah tidur tu ada yang muntah. Laa... ye ke? Macam manalah tak muntah kalau jalan sikit punya bengkang bengkok macam ular kena palu.

Akhirnya, sampai juga ke Teratak Buana. Sampai nak dekat pukul 6, 6.30 macam tu. So... tak payahlah dengar ceramah motivasi. Kemudian, ditentukan doom. Dapat doom 2. Sebilik dengan Nadia, Sakinah, Farah Sofia, Nadhirah, Fatimah, Alifah dan S. Aisyah. Budak-budak MRSM nya pulak, Safwa, Yasmine, Munirah, Niesa, Yat, Faida, Baz dengan Amal. Sporting memang diorang ni. Best!!!

Malam, tutorial Science. Adoi mak... Ada 3 set soalan. MRSM punya soalan, 2 set sebab asing bab Respiration dengan Land Its Resources. SMIH punya gabung. Tapi soalan boleh tahan. Mau berasap kepala. Pening-pening lalat tak main. Pening-pening gajah jadinya kepala. Nasib tak migrain. Ubat tak bawak. Habis tutorial, ada perjumpaan sekejap. Pilih penghulu dengan penghuluwati. Penghulu, Effy (WHAT?!), penghuluwati Bazilah. Tak terbayang ekspresi budak-budak SMIH masa tu. Semua jatuh rahang kalau ikut istilah hlovate. Bila tanya, diorang kata handsome dengan baik. WHAT?! EFFY?! HANDSOME?! BAIK?!

Sabtu, 5 Mei 2007

Bangun seawal jam 5. Alaa... nak tidur lagi. Sementara tunggu budak-budak lain mandi, sempat lagi baring-baring. Nyaris-nyaris nak tertidur. Tak sempat mandi, gosok gigi, solat. Lepas tu tazkirah. Lepas tu riadah. Kemudian, mandi sekejap. Kemudian bermulalah aktiviti untuk hari itu. Dimulai dengan tutorial Science, kemudian periksa. Kemudian tutorial Math. Uwaa... rasa macam nak pecah otak je. Dan tibalah waktu yang paling menyeksakan. Migrain!!! Susah tahap petala ke lapan soalan. Nak menangis je time tu. Soalan periksa pun sama. Petang tu, tak dapat nak riadah tepi pantai. Sebab nak hujan. Balik dorm, baring-baring. Orang lain pergi solat, kita duduk dorm. Uwaa... perut sakit. Kepala sakit. Semua sakit.

Malam, tutorial Sejarah. Kemudian periksa. Lepas tu BBQ. Ingat nak BBQ tepi pantai. Tapi ghupanya BBQ segera. Sejuk. Makan dengan mee. Liat. Lepas tu zzzzzzzzzz. Budak-budak dorm kitorang, mula-mula semua dah baring. Lampu dah tutup. Kemudian tiba-tiba siapa entah yang bukak topik pasal suka banin ni. Lepas tu budak-budak MRSM ni pun tanyalah, korang boleh ek couple kat sekolah. Terus semua bangun, mulalah nak buat bising. Berbual-bual. Sampai pukul berapa entah. Kemudian tidur. Yang tak bestnya time tidur ni, asyik kena tendang dengan Fatimah je. Nadhirah pulak asyik menghimpit kat sebelah je. Ruang yang sebesar-besar alam tu jadi sekecil-kecil alam. Pusing kanan, Fatimah. Nak pusing ke belakan, Nadhirah betul-betul kat belakang. Alamatnya tak senang tidur la malam tu asyik kena tendang je.

Sebelum tidur tu, kitorang buat surprise party untuk Nadhirah Maslan sempena birthday dia.

Ahad, 6 Mei 2007

Hari bangun lewat sikit. Jam 5.15. Kalau Nadia tak kejut, sah tak bangun. Semua pun bangun agak lambat. Malam tidur lambat. Lepas solat, riadah. Main baling-baling belon berisi air. Best... Fatimah baling tak kena badan, tapi tepi kaki. Afiqah baling, betul-betul kena Sakinah. Maryam pun basah jugak. Kesian... rasa macam nak terguling je tengok diorang masa kena baling tu. Terkedu.

Lepas tu tutorial Geografi. Kemudian periksa. Kemudian majlis penutup. Masa majlis penutup, penghulu dengan penghuluwati kena bagi ucapan. Bila Effy bagi ucapan, ramai yang ketawa. Kemudian toleh pada Nani yang tengah terkekek, 'Apa yang kelakar sangat?' Muka pun blur je. Kemudian penyampaian hadiah untuk kumpulan top 10. My group, ranking ke 7 kalau tak silap. Lepas tu, top 20 individu. Alhamdulillah, top 3 semua SMIH.

Kemudian, tibalah waktu perpisahan. Rasa macam nak buat drama air mata je kat situ. Sedih... 3 hari bersama. Rasa macam ada simpulan yang mengikat. Bila bas diorang dah nak jalan, lambailah. Tengah syok-syok melambai tu, tiba-tiba muncul budak-budak lelaki yang ikut melambai. Semua terkejut. Terus tersandar ke kerusi. Malunya!!!

Sebelum keluar dorm, sempat mintak alamat, emel, etc. Kemudian bertolak balik. Tak boleh tidur. Baru nak tidur, ada je yang ganggu. Kepala pun dah pusing. Nak muntah je rasa. Novel yang ada kat tangan tak jadi nak baca. Kalau baca jugak, muntah jawabnya nanti. Huda request kat driver bas nak tengok TV. Tengok cerita Chermin. Apa-apa jelah.

Samapi sekolah pukul 6.30. Sampai rumah pukul 7. Ummi lepas hantar terus pergi majlis Maulidur Rasul. Kemudian mandi, makan, online, terus tidur. Bila ummi balik pun tak sedar. Sedar-sedar ummi kejut suruh pergi sekolah. Tak nak pergi sekolah. Kepala pening, penat, migrain, senggugut. Tak sekolah...

Thursday, May 3, 2007

Studython

Studython. Apakah yang dimaksudkan dengan studython? Study + marathon = studython. Boleh pakai ke equation ni? Gasaklah.

Esok, selama 3 hari me and my friends akan berkampung di Mersing untuk program yang diberi nama studython. Kami ke sana atas jemputan MRSM Mersing. Dah orang ajak, pergi sajalah. Dapat peluang nak bersosial dan tambah kawan. Sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, kerjanya belajar, belajar dan belajar. Dah pergi sana tujuannya memang nak belajar.

Baju dah pack. Balik sekolah terus pack baju. Waa... for 3 days, no internet, no MP3 player, no novels. OMG!!! Kalau tengah stress, benda-benda nilah yang akan dicapai dan dituju. Ambik MP3, pasang kuat-kuat, sambil baca novel atau surf internet. Release sikit tension.

Entah apa keadaan sepanjang kat sana tak tahulah. Tunggu balik nanti baru boleh cerita.

Wednesday, May 2, 2007

maaf

Forgive but not forget. Is it true? Sometimes, kadang-kadang walaupun lidah mengatakan 'saya maafkan awak', adakah hati turut berkata perkara yang sama? Kadangkala, timbul keraguan di sudut hati, apa betul saya sudah memaafkan? Dan tanpa sedar, masih ada demdam di sudut hati. Bara kemarahan masih menyala. Parut kelukaan masih bernanah. Dan tanpa sedar juga, timbul perasaan benci pada orang tersebut.

Orang boleh melafazkan maaf. Tapi dapatkah kemaafan disalurkan bila hati terluka? Kenapa susah sangat nak melafazkan 'saya maafkan awak'. Sekeras batukah sekeping hati ini? Sungguh... saya boleh memaafkan, tapi tak mungkin untuk melupakan. Walau berkali cuba dinyah jauh-jauh, ia akan tetap hadir kembali. Betapa senangnya orang melafazkan maaf bila dengan senangnya melukakan hati orang lain. Kemudian, kesalahan yang sama diulang berkali-kali. Jadi... untuk apa lafaz maaf itu? Cuma sekadar kata-kata yang tak bermakna.

Someone pernah kata, mungkin dengan lafaz maaf yang diucapkan boleh membuat keadaan kembali jernih. Berikan si dia kemaafan yang dipinta. But for me, walaupun kemaafan sudah diberi, tak akan mungkin ada second chance lagi. Cukuplah sekali dengan apa yang pernah dibuat dulu. Parut yang ditinggalkan masih bernanah. Luka yang terpalit di hati masih berdarah.

Tuesday, May 1, 2007

Virus M

Alahai... lamanya blog ni dibiarkan sepi. Sabtu lepas tu lama sangat ke? Whatever la. Tiga hari dapat extra cuti, Isnin - Rabu, dekat rumah tak buat apa sangat. Pagi menghadap buku, petang kalau tak tidur, menghadap TV, malam bertenggek depan komputer. Sampai Ummi kata badan dah berisi sikit dah. Alamat kena control la ni. Banyak exercise. Haila...

Hujung minggu kena pergi studython di MRSM Mersing. Pakej 3 hari 2 malam. Dari pagi ke petang, menghadap buku je la jawabnya. Baju tak pack lagi. Berapa pasang nak bawa? Apa nak bawa? Haila... Malas betullah.

InsyaAllah... kalau jadi, hari Selasa (8 Mei), me, Nadhirah and Maziah akan pergi ke pertandingan memasak peringkat daerah. Apa semua tak prepare lagi. Haila... Pertandingannya pula dua hari lepas balik studython. Penat pun tak habis masa tu. Haila... Nak masak apa pun tak tahu lagi. Haila...
Banyak yang perlu dilaksanakan. Haila... Nampaknya virus M dah mula menyerang. Malas + migrain. Haila...

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011