Pages

Subscribe:

Friday, February 8, 2008

uhibbukum fillah abadan abadaa

Sedih...

Seorang demi seorang rakan melangkah pergi. Membuatkan saya terfikir, mungkin perasaan ini jugalah yang bakal dirasai teman-teman saya sekiranya saya tetap dengan keputusan saya untuk berpindah. Sedih dan kehilangan! Dua rasa yang bercampur baur di dalam hati.

Saya tak dapat jumpa Amirah buat kali terakhir. Hari Rabu merupakan hari terakhir Amirah di SMIH. Dan saya tak datang kerana masalah kesihatan. Terkilan. Terkilan yang amat. Walau apapun saya doakan yang terbaik buatnya di sekolah baru kelak. Harapan saya moga jalinan persahabatan kami tidak akan terputus walaupun saya taklah begitu rapat dengan Amirah.

Sejenak saya terkenangkan rakan-rakan saya yang lain yang sudah tidak berada lagi di bumi Hidayah. Rahmah Nadiah, Noramizah, Zati Nadira. Dulu kami ada geng yang kami namakan F5 (Forever 5). Dua lagi ahli dah tentulah saya sendiri dan Aaeshah. Tapi bila melangkah ke tingkatan 1, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Maka F5 pun terbubarlah secara tidak rasmi.

Noramizah

Setahun lebih saya tak dengar khabar dari Nora. Sebelum ni, pantang cuti sekolah, sama ada dia akan call saya atau saya akan call dia. Saya faham dia duduk asrama. Tapi dalam pada waktu itu pun, kadang-kadang dia akan call saya dari sekolah. Pernah sekali dia call saya dari sewaktu bulan ramadhan. Bila saya tanya kenapa, jawapan yang saya terima betul-betul membuatkan saya terharu. "Ana rindu nt dan nak ucapkan Selamat Hari Raya!" Hampir menitik air mata saya. Waktu itu hampir waktu berbuka. Saya tak sangka begitu sekali ingatannya kepada saya.

Tapi entah kenapa sejak setahun kebelakangan ini, apabila saya cuba untuk call dia, asyik tak dapat. Engaged memanjang. Saya rindu sangat pada dia. Tiga tahun tidak menatap wajahnya membuatkan saya rindu. Dialah antara kawan yang paling saya senangi. Ye la... dua-dua sama-sama 'gila-gila'.

Zati Nadira

Dalam banyak-banyak kawan, ketiadaan Zati paling saya rasai. Saya kenal Zati bukan sehari dua, bukan juga setahun dua. Tetapi hampir 6 tahun. Sejak kami di darjah 4. Zati... kenapa tak cakap nt nak pindah masa kita jumpa hari tu. Janji kita nak buat outing lepas PMR tak terlangsai lagi. Entah bila kita ada masa untuk buat outing yek. Ana rindu waktu dolu-dolu... setiap kali kita buat outing. Juga pada waktu ana jadi posmen tak rasmi korang masa nt gaduh dengan Rahmah dulu.

Rahmah Nadiah

Kawan yang selalu buat saya risau dan pening kepala dengan perangai dan sikap dia. Saya selalu risaukan dia. Tapi sejak berpisah, saya langsung tak pernah dengar khabar dia. Walhal rumah dia taklah jauh sangat dari sekolah tu. Itupun kalau dia masih menetap di situ. Tapi dia duduk asrama. Tapi adakalanya Nora (dululah sebelum lost contact) ada juga cerita pasal dia. Cerita yang pastinya membuatkan saya mengeluh berat. Harapnya dia taklah begitu lagi. Setiap kali selepas solat saya berdoa supaya dia tidak dengan perangai lama dia tu.

Asiyyah

Perkenalan pertama yang sampai sekarang mampu membuatkan bibir saya mengukir senyum tanpa sedar. Sewaktu orientasi tingkatan 1 dulu, kami disuruh mengisi borang entah apa entah tak ingat. Kebetulan dia duduk di sebelah saya. Dia tak bawa pen. Dan saya yang bersemangat bawa pencil box yang gedabak tu pun dengan baik hatinya meminjamkan pen saya kepadanya. Sebelum tu saya dah perasan dia asyik menoleh pada saya. Selesai tugasan, pen saya dikembalikan. Masa tu yang meluncur dari bibir hanyalah "terima kasih..." dan "sama-sama". Itu sahaja!

Kemudian sewaktu nak keluar dari musolla banin (musolla lama, rindu pulak!) sekali lagi dia di sebelah saya. Dan waktu itulah dia membuka mulut dan bertanya. "Nt ni anak mak limah ke?" Itu yang saya dengar. Menyangkakan soalan itu bukan ditujukan kepada saya, saya pun buat tak tahu lah (sebab saya tunduk memandang kaki). Takdir kami ditempatkan di kelas yang sama. Dan hubungan kami mula rapat walaupun taklah serapat mana. Apabila kisah sewaktu orientasi dibuka kembali, saya ketawa berdekah-dekah.

Rupa-rupanya soalan yang diajukan ialah "Nt ni anak muallimah ke?" Kata Asiyyah, muka saya sama seperti anak muallimah. Dan kerana saya tak menjawab soalannya ketika itu, saya dicop sebagai orang yang sombong! Haha...

Ramai lagi sahabat yang sudah meninggalkan bumi hidayah. Untuk menulis bingkisan khas untuk setiap seorang dari mereka, entah bila akan habis. Nama mereka tidak tertulis di atas, tidak bermakna saya melupakan mereka.

Mardhiah
Faiqah
Iffah A'laa
Afiqah Shamsul
Farah Francis
Umi Fakhriyyah
Aisyah Ahmadi
Azyan
Aishah Ismail

dan ramai lagi yang tak tersebut namanya di sini...

Buat sahabat-sahabatku sekalian...

In my mind, you never leaved me,
In my heart, you always be with me,
But in reality, you never be with me.

Jarak yang memisahkan kita usah dijadikan alasan sebagai pemutus sebuah persabahabatan, kerana setiap saat dan detik, kalian sentiasa di lipatan kenangan.

Uhibbukum fillah abadan abada...

p/s : hampir sejam saya menulis entry ini....

Friday, February 1, 2008

it's februari

Bulan Februari dah menjelma. Tinggal 16 hari lagi sebelum... sebelum... sebelum... RAHSIA! Hehe... tunggulah sampai masanya. Pada yang dah tahu, diam-diam je tau. Mulut tu tutup dan zip rapat-rapat.

A month! Sebulan! Dah sebulan sekolah. Tapi asa macam setahun. Melangkah ke form 4, memang sungguh mencabar mental dan fizikal. Nak adapt dengan suasana baru. Suasana yang memang sangat berbeza dengan lower form yakni form 1, 2 dan 3. Sangat sangat sangat berbeza. Form 4 bukanlah tahun untuk honeymoon year. Konon-konon baru lepas PMR bolehlah rileks-rileks. Itu cuma mimpi di siang hari sahaja. Tahun depan dah nak SPM, ye kawan-kawan!

Jangan mimpilah nak berhoneymoon-honeymoon bila dah naik tingkatan 4 ni. Dengan kerja rumah yang datang sedepuk atas bahu, memang tak akan ada masa untuk berhoneymoon dan bersuka ria. Setiap hari, akan ada sahaja kerja rumah yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang (selalu) dalam sehari setiap subjek akan ada kerja rumah. Selalu rasa macam nak tersembul biji mata dari soket tengok list kerja rumah yang menanti untuk disiapkan. Tercungap-cungap mencari nafas nak siapkan.

Tapi Alhamdulillah, setakat ni saya dapat cope semua. Semua kecuali CHEMISTRY. Entah kenapa saya rasa chemistry SANGAT susah. Ada orang kata chemistry bukan susah tetapi MENCABAR. Memang mencabar. Sampai saya rasa nak koyak-koyak je buku tu. Entah apa masalahnya saya tak berapa nak faham apa yang diajar oleh Ustaz Iswan. Kesian ustaz penat dia mengajar, berbuih-buih mulut dia menerangkan, saya tetap tak dapat nak tangkap apa yang diajar. Rasa macam nak drop chemistry je. Tapi ini baru permulaan. Manalah tahu nanti saya akan faham chemistry dengan ilham ALLAH. YA ALLAH... berikanlah hambamu yang hina ini ilham untuk memahami chemistry. Amin...

Saya sangat suka BIOLOGY. Saya sangat suka PHYSICS. Saya sangat suka BAHASA ARAB TINGGI (BAT). Saya sangat suka BALAGHAH. Saya sangat suka PENDIDIKAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH (PQS). Saya sangat suka PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (PSI). Saya sangat suka ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (EST). Saya sangat suka ADDITIONAL MATHEMATICS. Saya sangat suka MATHEMATICS. Saya sangat suka BAHASA INGGERIS. Saya sangan suka BAHASA MELAYU. Saya sangat suka CHEMISTRY (demi untuk memupuk minat pada chemistry dan supaya saya dapat faham chemistry!).

Akhir kata, saya rindu MAMA JAMILAH!!! Oh... cepatlah pukul 12 tengahari, Sabtu bersamaan 2 Februari 2008. Saya nak jumpa mama saya!

Tuesday, January 22, 2008

it's 4 in the morning

Waktu sekarang menunjukkan pukul 4.46 pagi. Apa aje la saya buat pagi-pagi tak tidur ni? Saya dah tidur dah. Kemudian bangun sebab nak siapkan kerja rumah. Lepas tu terus tak boleh tidur.

Seminggu tak sekolah, bila belajar hari ni saya jadi pening-pening lalat. Banyak ooo yang saya tertinggal. Buku pun banyak yang tak ada lagi. Haiya... susah betullah belajar tak ada buku ni. Kena mintak ehsan kawan tolong pinjamkan sekejap.

Terima kasih ya pada Nadia (especially sebab dia sahaja yang duduk sebelah saya, sebelah sana banin) dan semua yang sudi meminjamkan buku mereka pada saya. Syukran! Arigatou-neh! Thanks!

maafkan teman

Maafkan Teman - Far East

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Seia cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda
Janji pada agama
Kitakan terus mara
Biarpun badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milik-Nya

Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati
Ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibina

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh teman...

Sekali lagi masalah yang sama. Kali ni dah malas nak cari tempat lain dah. Sebab saya tahu ramai yang tahu lagu ni. Enjoy!

kembara hidup

Kembara Hidup - Dehearty

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Eei... saya geram. Tak boleh nak letak lagu. Entah apa kenanya dengan Imeem tu, tak boleh paste codenya. Cari dekat tempat lain, semua tak de. Sejak pertama kali dengar dulu terus jatuh chenta. Kalau terasa nak dengar, sila klik SINI.

Thursday, January 17, 2008

slurpee


Dah tiga hari saya tak ke sekolah. Demam. Gara-gara saya makan ice cream banyak sangat Sabtu lepas. Vienetta yang baru luak suku saya habiskan sorang. Ice Kimo saya makan sampai 2 cup (kongsi dengan ummi).

Bila bangun pagi Ahad tu, tekak rasa perit sangat. Tapi belum demam. Tanda-tanda nak demam tu adalah. Tak cakap pada ummi. Cuma hisap ubat sakit tekak yang doktor bagi masa demam raya haji hari tu. Lepas tu tekak dah tak sakit lagi. Ingat dah baik la. Tapi ada la batuk sikit-sikit. Petang tu, badan rasa macam seram sejuk. Cakap kat ummi, terus ummi suruh telan panadol.

Hari Isnin. Pukul 5.45 ummi kejut nak pergi sekolah. (Van datang pukul 6.30. Mandi, solat apa semua gitu gini biasanya 6.20 baru siap. Kalau bangun pukul 6 alamat kelam kabut la jawabnya.) Kepala rasa pening sangat. Masa tu dah mula selesema dan batuk dah makin teruk. Tak pegi klinik. Makan ubat hari tu je.

Anehnya, lepas tu rasa macam tak ada apa-apa kecuali selesema, batuk dan kepala pusing sikit-sikit je la. Tapi keesokannya bila nak bangun pergi sekolah keadaan yang sama berulang. Memang mengada-ngada betullah. Macam Nadia cakap, sakit tu lebih sayangkan saya daripada sayang saya pada ilmu.

Dalam masa tengah sakit tu, boleh pulak tiba-tiba nak makan donat. Macam orang mengidam je. Bila dah dapat donat, tiba-tiba teringin nak makan slurpee pulak. Kalau tau dek ummi, memang kena marah. tengah batuk-batuk + selesema macam ni nak makan/minum benda-benda sejuk pulak. Kalau ikutkan hati rasa nak je bukak peti ais makan sebatang aiskrim. tapi mengenangkan batuk yang tak henti-henti (sakit dada asyik batuk je) niat tu dibatalkan. Tak apalah Ainnur. Dah baik nanti makanlah puas-puas.

Batuknya kadang-kadang sikit. Tapi ada masanya dia jadi teruk. Melarat-larat. Hai... saya pun tak faham dengan penyakit saya ni.

Tengok slurpee kat atas tu buat saya menelan liur. Waa... nak slurpee!!!

Wednesday, January 16, 2008

what's in a blog

What's in a blog?

Macam-macam ada. Ada e-novel, journal kawan-kawan (including orang yang saya tak kenal tapi main 'ceroboh' je blog orang tak bagi salam ke apa ke) dan macam-macam yang saya tak dapat nak figure out sekarang.

Tujuan saya membuka blog adalah untuk berkongsi kehidupan seharian (walaupun tak hari-hari update) dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya. Saya juga nak berkongsi suka duka hidup saya. Saya menjadikan blog saya ini sebagai satu medium untuk saya melepaskan tekanan di kala saya tension, marah, sedih dan sebagainya. TAPI tak semuanya saya luahkan di sini. Patut-patutla sikit.

Bukan tak tergerak hati untuk cuba menyebarkan da'wah melalui blog, tapi setiap kali saya sudah bersedi di hadapan PC dan jari-jari sudah berada di atas keyboard, saya kehilangan kata-kata. Otak saya tiba-tiba jadi kosong walhal sebelumnya penuh dengan idea yang bagaikan tak sabar-sabar untuk di'curah'kan dan disemadikan dalam bentuk kata-kata.

Penyudahnya saya lebih senang bercerita tentang kehidupan seharian saya, tentang orang di sekeliling saya dan apa yang saya rasa.

P/s : Ummi dah ada blog. Dah lama sebenarnya ada tapi sebab saya malas nak tolong cat rumah tu, ummi tak update. Dan oleh kerana hari ni saya tak sekolah, maka saaya pun merajinkan diri untuk mengecat dan mendekorasi rumah tu supaya cantik. Sampai pening kepala saya. Macam-macam yang ummi nak letak. Oleh kerana saya dah malas saya biarkan dulu. Nanti-nanti bila ada masa baru sambung balik. Kalau ada masa, sudi-sudikanlah melawat ke SINI.

Monday, January 14, 2008

next quizzie...

You Have a Melancholic Temperament
Introspective and reflective, you think about everything and anything.
You are a soft-hearted daydreamer. You long for your ideal life.
You love silence and solitude. Everyday life is usually too chaotic for you.

Given enough time alone, it's easy for you to find inner peace.
You tend to be spiritual, having found your own meaning of life.
Wise and patient, you can help people through difficult times.

At your worst, you brood and sulk. Your negative thoughts can trap you.
You are reserved and withdrawn. This makes it hard to connect to others.
You tend to over think small things, making decisions difficult.

You Follow Your Head
You're rational, collected, and logical.
Generally, it takes you quite a while to fall in love.
In fact, you've even been accused of being very picky.
While you're cool, you're not ice cold.
You just know what you want, and don't mind waiting to get it.

What Your Handwriting Says About You
You are sometimes a very energetic person, but you are sometimes quite lethargic. You're moody, prone to ups and downs, and you don't have a lot of endurance.

You range from very outgoing to very shy. You are a shapeshifter who is very versatile. You adapt well, and you look at things from many angles.

You are balanced and grounded. You know how to get along well with others.

You need a bit of space in your life, but you're not a recluse. You expect people to give you a small amount of privacy, and you respect their privacy as well.

You are somewhat traditional, but you are also open to change. You listen to your head and your heart.

You are a poor communicator. No one really knows exactly what you're getting at.

Sunday, January 13, 2008

bahana ice-cream

Bahana makan ice-cream banyak sangat, tekak sakit dan perit. Bahana makan ice-cream banyak sangat, batuk-batuk. Bahana makan ice-cream banyak sangat dada sakit.

Esok rasa macam tak nak sekolah je. Kepala pun rasa berpusing je. Ummi... esok tak nak sekolah buleh tak? :P

Wednesday, January 9, 2008

doa awal dan akhir tahun

Doa Akhir Tahun


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Nota kaki : Selamat menyambut Awal Muharram 1429H.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011