Pages

Subscribe:

Saturday, January 31, 2009

sayang...

First of all...

I HATE PINK!!!

Itu satu statement yang jujur dan ikhlas dari hati. Peringatan buat diri - lain kali tangan jangan nak gatal nak letak layout blog warna pink! Too.... ish... undescribable. Lepas ni satu kerja pulak nak set up new layout.

Tahun 2009 merupakan tahun yang amatlah sibuk dan mencabar buat saya. Sebab pada tahun 2009 inilah banyak perubahan besar yang akan terjadi dalam hidup saya.

Pertama sekali, tak lain dan tak bukan peperiksaan SPM yang dijangka pada 16 November, itupun kalau tak tukar tarikhlah. Berdebar tetap berdebar. Saya masih tak percaya saya sudah di tingkatan 5 dan usia saya bakal menginjak ke angka 17 dalam masa beberapa hari lagi. Bila isi borang pendaftaran pengambilan subjek SPM, lagilah saya tak percaya. Kadang-kadang tertanya-tanya sendiri, betul ke aku dah form 5 tahun ni?

Sedar tak sedar hampir sebelas tahun saya di bumi Hidayah. Masih setia ditemani rakan-rakan yang saya kenali sedari masing-masing masih budak hingusan sampailah semua sudah tumbuh menjadi anak gadis dan anak teruna yang cantik dan kacak belaka semuanya. Haha... Bila tatap kembali gambar-gambar masa zaman kanak-kanak ribena doulu-doulu, rasa nak tergelak ada, nak menangis pun ada. Kenangan... Dan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi masa akmi warga BatchSebelas di bumi Hidayah yang permai itu.

Mungkin satu ketika dulu, saya beria-ia nak tinggalkan bumi Hidayah yang menjadi naungan saya selama ini. Tapi sekrang, apabila masanya kian hampir saya jadi berat hati. Sebak rasanya bila mengenangkan perpisahan yang akan tiba. Bukan sedikit masa yang kami luangkan bersama. Bukan baru persahabatan yang dibina. Bertahun lamanya. Sayang nak tinggalkan semuanya. Bercakap memang mudah... Susah senang dilalui bersama. Suka duku ditempuh bersama biarpun pahit pada awalnya biarpun manisnya tetap terasa di penghujung.

Dulu... saya sekadar melihat abang-abang dan kakak-kakak, generasi demi generasi meninggalkan bumi Hidayah, sekarang tiba pula giliran kami. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa kawan-kawan yang selama ini menjadi nadi dalam kehidupan saya, kawan-kawan yang sama-sama mengalirkan air mata ketika sedih, sama-sama ketawa ketika gembira, kawan-kawan yang teranas saya sayangi biarpun adakalanya berlaku pergaduhan dan berkecil hati dengan mereka. Tapi bagi saya, they are the best friend i had ever!

Last statement,

SAYA SANGAT SAYANGKAN SELURUH WARGA BATCHSEBELAS!

Thursday, January 1, 2009

baru

Baru...

Apa yang baru?

Tahun baru... kelas baru... layout baru... azam baru... segala-galanya baru.

Untuk memulakan tirai tahun baru, pertama sekali saya tukar url buat kali keenam. Biarlah jejak saya hilang seketika di mata mereka. Sementelah saya butuhkan waktu untuk bersendirian tanpa mereka mengekori langkah saya, sekurangnya di alam maya walau bukan di alam nyata.

Haih...

Seakan tak percaya. Akhirnya tahun 2009 menjelma juga. SPM menjelang jua. Bersediakah saya? Sejujurnya tidak. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam saya berada di tadika, berkejar-kejaran bersama teman-teman. Seperti baru tadi saya melangkah masuk ke darjah satu. Baru beberapa saat tadi saya menjadi pelajar sekolah menengah dan baru mengambil keputusan PMR.

Bermula detik waktu untuk countdown. Berdebar? Sudah tentu. Dada terasa seperti dipalu. 10 bulan bukanlah lama. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu saya sudah duduk di dewan peperiksaan.

Betullah... masa tidak pernah menunggu manusia, manusia yang perlu mengejar masa.

Saat ini, bermacam-acam perasaan bergelodak di dalam hati. Terasa seperti ingin kembali ke masa lalu andai masa bisa diputar kembali.

Kata orang, apabila sudah masuk ke tahun baru tidak perlulah menolah ke belakang lagi. Tinggalkan semua cerita yang sudah berlalu dan tumpukan saja pada masa depan. Hati berdetik, adakala kita perlu menoleh sebentar ke belakang. Mengimbas kembali segala apa yang telah dilakukan sebelum ini. Baik atau buruk. Dan jadikan ia sebagai panduan untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Apa yang buruk diperbaiki dan yang baik dipertingkatkan.

--------------------------------

Ramai yang tertanya ke mana hilangnya saya? Perlukah diberitahu kepada mereka sedangkan semakin hari saya berasa semakin jauh dari mereka. Ibaratnya, seperti ada jurang yang memisahkan dan semakin hari semakin dalam dan melebar.

Sudah matikah kepercayaan saya pada persahabatan?

Mungkin kerana saya belum merasai keindahan persahabatan yang sebenarnya itu sendiri. Mungkin kerana saya telah menutup pintu hati dari diketuk sebuah persahabatan. Pengalaman lalu sungguh memeritkan. Adakala saya tertanya sendiri, andai satu masa perkara yang sama terjadi sekali lagi, akan kuatkah saya?

Wallahu'alam...

--------------------------------

Layout baru. Terasa pelik pula apabila warna pink yang menjadi pilihan sedangkan merah jambu tidak tersenarai di tangga teratas warna kegemaran saya.

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011