Pages

Subscribe:

Saturday, February 23, 2008

alhamdulillah

Alhamdulillah...

Periksa dah habis. Kertas terakhir - Sejarah.

Alhamdulillah...

Saya dapat jawab walaupun ada sikit yang saya hentam. Err... banyak kot.

Alhamdulillah...

Allah masih panjangkan usia saya. Saya sudah berusia 16 tahun 6 hari.

Alhamdulillah...

Sunday, February 17, 2008

personaliti diri

FEBRUARI

Berfikiran abstrak (ntahlah ye... saya pun tak tau)

Sukakan benda yang realiti dan abstrak (ohh... sangatlah benar)

Intelligent (no komen...)

Bijak dan genius (bukan sama ke dengan yang kat atas tuh?)

Personaliti yang mudah berubah (haa... ni kena tanya orang sekeliling saya. saya ni ada multiple personaliti ke?)

Mudah menawan orang lain (tanyalah pada kawan-kawan saya)

Agak pendiam (true...)

Pemalu dan rendah diri (sebab saya tak ada ayah dan orang lain ada ayah?)

Jujur dan setia pada segalanya (mungkinlah kot)

Keras hati untuk mencapai matlamat (sikap yang dapat dilihat apabila ummi tak kasi beli novel, saya tetap nak beli!)

Tidak suka dikongkong (tak rasa rimas ke kalau orang asyik kata... ainnur... don't do this... ainnur... don't do that... ainnur... bla... bla... bla...)

Mudah memberontak apabila dikongkong (rasa macam nak flying kick je orang tu!)

Suka kegiatan yang lasak (teringin nak rock climbing... bunji [lantaklah eja cemana] jumping... nak ikut pergi ekspidisi gunung tahan!)

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif (*garu kening dengan senyum sumbing*)

Mudah mempamerkan marahnya (betul... betul... betul...)

Tidak suka benda yang remeh-temeh (ini sangatla betul. saya sokong 200%)

Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya (mungkin sebab tu kawan saya cuma boleh dibilang dengan jari. sebab saya asyik tunjuk muka straight 24/7. orang takut nak kawan dgn saya sebab saya garang. terima jelah ainnur...)

Sangat berani dan suka memberontak (bila saya tak puas hati dengan apa-apa situasi)

Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan (haha... angan-angan saya untuk menjadi jutawan terkaya di dunia)

Ada harapan untuk merealisasikan impiannya (insyaAllah...)

Pemerhatian yang tajam (mata saya tajam ke. hehe...)

Suka hiburan dan sukan (saya tak suka hiburan yang buat kepala saya jadi pening. bila bersukan saya dapat release tension)

Suka benda yang bersifat seni (saya SANGAAAAAT suka seni)

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran (woohoo!)

Berkecenderungan pada benda yang tahyul (ntahlah ek. saya pun tatau)

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros (err... tetiap bulan beli novel sampai 3-4 buah kira boros ke?)

Perlu belajar untuk mempamerkan emosi (ada sesiapa yang nak ajar saya?)

ayat-ayat cinta

Ayat-Ayat Cinta - Rossa



Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

hampir ke situ

Hampir Ke Situ - Mendua



Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh...

it's 17


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam...

It's 17 February.

The day has finally come.

It's the day I was born 16 years ago.

And today I am 16.

How time flies...

Happy birthday Ainnur...

Thank you ALLAH... for giving me the chance to live until now.

Monday, February 11, 2008

cinta dalam hati

Cinta Dalam Hati - Ungu



Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Semenjak dua menjak ni rasa macam suka sangat dengar lagu-lagu macam ni. Adakah ini petanda... Aiyoo!

Friday, February 8, 2008

permintaan

Salam...

Pada cik abang, cik akak, cik adik sekalian... Lain kali kalau nak komen apa-apa di blog orang, harapla sangta-sangat disertakan nama. Tak perlulah nak sorok identiti dengan menggunakan nick 'Insan', 'anonymous', 'Hamba Allah' dan sebagainya. Apa cik abang, cik akak, cik adik semua tak ada nama? Macam mana nak bangunkan Islam kalau sekadar nak menegur orang pun tak berani untuk tonjolkan diri. Cuma pengecut sahaja yang buat begitu!

Lagi satu... mohon la sangat-sangat supaya cik abang, cik akak, cik adik semua menggunakan bahasa yang sopan, yang sedap dibaca dan tidak mengguris perasaan sesiapa yang membaca terutama tuan punya blog! Kami juga manusia yang punya perasaan. Kalau nak menegur tu, biarlah dengan cara yang berhemah. Bukan datang ceroboh blog orang, cakap 'bodoh', 'bangang', 'b*b*' ikut sesedap hati. Apa perasaan cik abang, cik akak, cik adik sekali jika orang mengatakan begitu kepada cik abang, cik akak, cik adik?

Saya menegur dengan cara yang pada perkiraan saya berhemah. Bukan marah-marah, membabi buta menuduh dan mengeluarkan perkataan yang tidak enak dibaca. Jadi saya harap dan mohon pada sesiapa yang berkenaan, haraplah ubah cara selepas ini.

uhibbukum fillah abadan abadaa

Sedih...

Seorang demi seorang rakan melangkah pergi. Membuatkan saya terfikir, mungkin perasaan ini jugalah yang bakal dirasai teman-teman saya sekiranya saya tetap dengan keputusan saya untuk berpindah. Sedih dan kehilangan! Dua rasa yang bercampur baur di dalam hati.

Saya tak dapat jumpa Amirah buat kali terakhir. Hari Rabu merupakan hari terakhir Amirah di SMIH. Dan saya tak datang kerana masalah kesihatan. Terkilan. Terkilan yang amat. Walau apapun saya doakan yang terbaik buatnya di sekolah baru kelak. Harapan saya moga jalinan persahabatan kami tidak akan terputus walaupun saya taklah begitu rapat dengan Amirah.

Sejenak saya terkenangkan rakan-rakan saya yang lain yang sudah tidak berada lagi di bumi Hidayah. Rahmah Nadiah, Noramizah, Zati Nadira. Dulu kami ada geng yang kami namakan F5 (Forever 5). Dua lagi ahli dah tentulah saya sendiri dan Aaeshah. Tapi bila melangkah ke tingkatan 1, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Maka F5 pun terbubarlah secara tidak rasmi.

Noramizah

Setahun lebih saya tak dengar khabar dari Nora. Sebelum ni, pantang cuti sekolah, sama ada dia akan call saya atau saya akan call dia. Saya faham dia duduk asrama. Tapi dalam pada waktu itu pun, kadang-kadang dia akan call saya dari sekolah. Pernah sekali dia call saya dari sewaktu bulan ramadhan. Bila saya tanya kenapa, jawapan yang saya terima betul-betul membuatkan saya terharu. "Ana rindu nt dan nak ucapkan Selamat Hari Raya!" Hampir menitik air mata saya. Waktu itu hampir waktu berbuka. Saya tak sangka begitu sekali ingatannya kepada saya.

Tapi entah kenapa sejak setahun kebelakangan ini, apabila saya cuba untuk call dia, asyik tak dapat. Engaged memanjang. Saya rindu sangat pada dia. Tiga tahun tidak menatap wajahnya membuatkan saya rindu. Dialah antara kawan yang paling saya senangi. Ye la... dua-dua sama-sama 'gila-gila'.

Zati Nadira

Dalam banyak-banyak kawan, ketiadaan Zati paling saya rasai. Saya kenal Zati bukan sehari dua, bukan juga setahun dua. Tetapi hampir 6 tahun. Sejak kami di darjah 4. Zati... kenapa tak cakap nt nak pindah masa kita jumpa hari tu. Janji kita nak buat outing lepas PMR tak terlangsai lagi. Entah bila kita ada masa untuk buat outing yek. Ana rindu waktu dolu-dolu... setiap kali kita buat outing. Juga pada waktu ana jadi posmen tak rasmi korang masa nt gaduh dengan Rahmah dulu.

Rahmah Nadiah

Kawan yang selalu buat saya risau dan pening kepala dengan perangai dan sikap dia. Saya selalu risaukan dia. Tapi sejak berpisah, saya langsung tak pernah dengar khabar dia. Walhal rumah dia taklah jauh sangat dari sekolah tu. Itupun kalau dia masih menetap di situ. Tapi dia duduk asrama. Tapi adakalanya Nora (dululah sebelum lost contact) ada juga cerita pasal dia. Cerita yang pastinya membuatkan saya mengeluh berat. Harapnya dia taklah begitu lagi. Setiap kali selepas solat saya berdoa supaya dia tidak dengan perangai lama dia tu.

Asiyyah

Perkenalan pertama yang sampai sekarang mampu membuatkan bibir saya mengukir senyum tanpa sedar. Sewaktu orientasi tingkatan 1 dulu, kami disuruh mengisi borang entah apa entah tak ingat. Kebetulan dia duduk di sebelah saya. Dia tak bawa pen. Dan saya yang bersemangat bawa pencil box yang gedabak tu pun dengan baik hatinya meminjamkan pen saya kepadanya. Sebelum tu saya dah perasan dia asyik menoleh pada saya. Selesai tugasan, pen saya dikembalikan. Masa tu yang meluncur dari bibir hanyalah "terima kasih..." dan "sama-sama". Itu sahaja!

Kemudian sewaktu nak keluar dari musolla banin (musolla lama, rindu pulak!) sekali lagi dia di sebelah saya. Dan waktu itulah dia membuka mulut dan bertanya. "Nt ni anak mak limah ke?" Itu yang saya dengar. Menyangkakan soalan itu bukan ditujukan kepada saya, saya pun buat tak tahu lah (sebab saya tunduk memandang kaki). Takdir kami ditempatkan di kelas yang sama. Dan hubungan kami mula rapat walaupun taklah serapat mana. Apabila kisah sewaktu orientasi dibuka kembali, saya ketawa berdekah-dekah.

Rupa-rupanya soalan yang diajukan ialah "Nt ni anak muallimah ke?" Kata Asiyyah, muka saya sama seperti anak muallimah. Dan kerana saya tak menjawab soalannya ketika itu, saya dicop sebagai orang yang sombong! Haha...

Ramai lagi sahabat yang sudah meninggalkan bumi hidayah. Untuk menulis bingkisan khas untuk setiap seorang dari mereka, entah bila akan habis. Nama mereka tidak tertulis di atas, tidak bermakna saya melupakan mereka.

Mardhiah
Faiqah
Iffah A'laa
Afiqah Shamsul
Farah Francis
Umi Fakhriyyah
Aisyah Ahmadi
Azyan
Aishah Ismail

dan ramai lagi yang tak tersebut namanya di sini...

Buat sahabat-sahabatku sekalian...

In my mind, you never leaved me,
In my heart, you always be with me,
But in reality, you never be with me.

Jarak yang memisahkan kita usah dijadikan alasan sebagai pemutus sebuah persabahabatan, kerana setiap saat dan detik, kalian sentiasa di lipatan kenangan.

Uhibbukum fillah abadan abada...

p/s : hampir sejam saya menulis entry ini....

Friday, February 1, 2008

it's februari

Bulan Februari dah menjelma. Tinggal 16 hari lagi sebelum... sebelum... sebelum... RAHSIA! Hehe... tunggulah sampai masanya. Pada yang dah tahu, diam-diam je tau. Mulut tu tutup dan zip rapat-rapat.

A month! Sebulan! Dah sebulan sekolah. Tapi asa macam setahun. Melangkah ke form 4, memang sungguh mencabar mental dan fizikal. Nak adapt dengan suasana baru. Suasana yang memang sangat berbeza dengan lower form yakni form 1, 2 dan 3. Sangat sangat sangat berbeza. Form 4 bukanlah tahun untuk honeymoon year. Konon-konon baru lepas PMR bolehlah rileks-rileks. Itu cuma mimpi di siang hari sahaja. Tahun depan dah nak SPM, ye kawan-kawan!

Jangan mimpilah nak berhoneymoon-honeymoon bila dah naik tingkatan 4 ni. Dengan kerja rumah yang datang sedepuk atas bahu, memang tak akan ada masa untuk berhoneymoon dan bersuka ria. Setiap hari, akan ada sahaja kerja rumah yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang (selalu) dalam sehari setiap subjek akan ada kerja rumah. Selalu rasa macam nak tersembul biji mata dari soket tengok list kerja rumah yang menanti untuk disiapkan. Tercungap-cungap mencari nafas nak siapkan.

Tapi Alhamdulillah, setakat ni saya dapat cope semua. Semua kecuali CHEMISTRY. Entah kenapa saya rasa chemistry SANGAT susah. Ada orang kata chemistry bukan susah tetapi MENCABAR. Memang mencabar. Sampai saya rasa nak koyak-koyak je buku tu. Entah apa masalahnya saya tak berapa nak faham apa yang diajar oleh Ustaz Iswan. Kesian ustaz penat dia mengajar, berbuih-buih mulut dia menerangkan, saya tetap tak dapat nak tangkap apa yang diajar. Rasa macam nak drop chemistry je. Tapi ini baru permulaan. Manalah tahu nanti saya akan faham chemistry dengan ilham ALLAH. YA ALLAH... berikanlah hambamu yang hina ini ilham untuk memahami chemistry. Amin...

Saya sangat suka BIOLOGY. Saya sangat suka PHYSICS. Saya sangat suka BAHASA ARAB TINGGI (BAT). Saya sangat suka BALAGHAH. Saya sangat suka PENDIDIKAN AL-QUR'AN DAN SUNNAH (PQS). Saya sangat suka PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (PSI). Saya sangat suka ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (EST). Saya sangat suka ADDITIONAL MATHEMATICS. Saya sangat suka MATHEMATICS. Saya sangat suka BAHASA INGGERIS. Saya sangan suka BAHASA MELAYU. Saya sangat suka CHEMISTRY (demi untuk memupuk minat pada chemistry dan supaya saya dapat faham chemistry!).

Akhir kata, saya rindu MAMA JAMILAH!!! Oh... cepatlah pukul 12 tengahari, Sabtu bersamaan 2 Februari 2008. Saya nak jumpa mama saya!

Followers

Ain Aliya © 2006 - 2011